Sunday, July 15, 2012

Happy Birthday Sayang..... ^_^

15 Julai 2012.....Besday my love aq...... Selamat Hari lahir Sayang....... Walaupun tak dapat celebrate sbb jauh tp sekurangnya aq dah jadi orang yang first wish...hehehehe........Dah tua pun dia..... Hari ni dah masuk 28tahun dia. Aq harap apa yang dia hajati akan tercapai dan mengikut apa yang di rancangkan........

Friday, July 06, 2012

Penghibur ati.... ^_^

Dari kecil aq minat dengan haiwan yang paling aq anggap comel. Walaupun ada sesetengah orang tidak menyukai, geli atau rasa kotor tapi bagi aq ia lah haiwan yang paling comel dan manja..... Mesti semua orang dah dapat teka kan....... Kucing..... haiwan itulah yang paling aq minat.... Aq masih ingat masa umur 10 tahun aq ada seekor kucing. Namanya comel secomel rupanya. Sejak ada comel dalam hidupku aq makin menyayangi haiwan ini. Kalau boleh aq nak pelihara sebanyak mana. Mungkin kerana anak bongsu dan tiada adik, comellah yang aq anggap adik. Tempat aq meluahkan perasaan. Segala-galanya dengan comel. Tapi usia comel tak panjang.............

Kadang-kadang kalau aq nak hiburkan hati aq lihat gambar-gambar kucing yang ada di facebook. Lucu bila tengok gelagat2 "mereka". Menghiburkan. Cuma sekarang aq duduk rumah sewa. Aq teringin nak pelihara kucing tapi housemate aq macam tak suka. Aq tidak boleh pentingkan diri sendiri juga. Tapi keinginan dalam hati begitu kuat..... Huhuhuhu....... Mak aq juga suka kucing. Pernah sekali jiran mak aq tegur sebab dengar mak aq mengomel2 sendiri sedangkan tidak ada sesiapa pun di rumah. Mak aq kata cakap dengan kucing sebab tak pandai dengar kata. Lucu juga bila aq dengar mak aq bercerita. Mak aq mengomel macam mengomel dengan aq bila kucing-kucingnya buat hal. Cuma sekarang ini rumah aq di sabah dah tak da kucing sebab mak aq jarang di rumah. Lagipun kampung aq popular dengan anjing liar. Selalu gigit kucing sampai mati. Banyak kucing aq mati di mulut anjing tu. Sampaikan mak aq dah fed up mau cari kucing lagi untuk di pelihara. Cuma kadang2 ada juga beberapa kucing datang cari makan di rumah. Sebab kalau aq balik kampung, ada jak kucing datang mau makan.

Ni aq bagi nama Putih. Kucing yang selalu berkeliaran di koridar hostel aq masa aq study dekat UPM. Aq selalu bawa dia masuk bilik bila aq tak da kelas. Putih selalu temankan aq dalam bilik. Masa mula2 di muncul dekat koridor hostel aq badan dia comel. Telinga dia hitam dan banyak tahi mata. Aq dengan roomate aq, Mai lah yang bagi bersih sebab kesihan. Cuma tak lama dia di koridor kami. Lepas itu aq pun tak tau dia pergi mana..............



Yang ni aq gelar Putih juga....hehehe sebab kaler dia putih aq tetap panggil putih. Putih ni aq "kenal" dia tahun ni. Dekat Intra Bekal tempat kerja ku sekarang. Sebab apa dia terbaring???? Panjang betul umur c putih ni sebab masa aq jumpa dia, dia dah terbaring dan basah satu badan. Bila aq pegang dia, dia marah. Nampak betul dia kesakitan. Aku nak bawa dia pergi klinik aq tak da transport lepas tu macam mana dengan kos dia. Tengah hari tu aq turun dari ofis tengok dia, mulut dia dah bersemut, najis dah keluar2 dari dubur dia... YA ALLAH sayu betul aq tengok. Lepas tu bos aq yang baik hati tu suruh bawa juga pergi klinik. Alhamdulillah ada juga orang baik hati. Dengan kebenaran bos aq ajak rakan sekerja untuk bawa dia pergi klinik. Sampai di klinik doktor kata hanya mampu berusaha. Sedih betul tengok dia. Putih warded dekat klinik tu sebab masih tak mampu makan sendiri. Terpaksa masukkan tiub dalam badan. Lepas 4 hari, alhamdulillah Putih sihat.... Panjang betul umurnya. Sekarang ini dia dah aktif berkeliaran di sekitar kilang........

Setakat inilah aq cerita pasal kucing. Gambar2 kucingku yang dulu tak da. Maklumlah dulu hanpne tak canggih. Tak boleh tangkap gambar.....hehehe....... Impianku bila ada rumah sendiri aq nak pelihara kucing sebanyak yang mungkin....Hahaha itupun kalau bakal suami aq izinkan. Kalau tak, terpaksalah peliharan paling2 pun 3 ekor kucing...hahahaha..........................................

Wednesday, May 02, 2012

Di Uji Lagi.......

Di uji lagi........ YA ALLAH, kuatkanlah hatiku untuk menerima segala ujian yang KAU berikan......... Aku sendiri tidak menyangka yang perjalanan hidupku begini dan aku sendiri tidak menyangka yang aku melaluinya.... Ibarat cerita di dalam novel aku rasa. Namun aku tahu apa yang berlaku pasti ada hikmahnya kerana ALLAH tidak akan menguji hamba NYA kalau DIA tahu hambanya tidak mampu. Kali ini aku hanya mampu tersenyum dengan ujian yang diberikan.


Aku berharap aku dapat bertahan dan memperjuangkan apa yang dah aku pilih dan aku harap aku tidak salah memilihnya. Walaupun tangisan tetap mengalir tapi aku kena kuat dan menghadapi kenyataan itu. Seperti terjaga dalam mimpi ngeri namun sebenarnya sememangnya hakikat. Ntahlah..... Sejak beberapa hari ini aku begitu resah dengan semua yang akan berlaku. terlalu banyak di dalam fikiran ku sekarang ini. Hanya masa yang dapat menentukan..................................................


Dugaaan itu.....

30/April/2012 - Isnin-

Penghujung bulan 4 yang mempunyai cerita tersendiri. Pagi ini seperti biasa aq pergi ofis tiba-tiba seorang akak  memanggil kami semua pergi biliknya..... Akhirnya apa yang menjadi tanda tanya terhadap dirinya terjawab jua........ Kami sendiri tidak sangka apa yang berlaku terhadap dirinya. Ntahlah memang kita akan di uji tidak kira sama ada cepatnya kita di uji atau lambat. Masa itu akan tiba jua......

Akak tu divorce dengan suaminya sedangkan dah kahwin selama 29 tahun. Bila mendengar ceritanya kami semua menangis dan aq sendiri tidak sanggup nak berlama-lama di dalam biliknya. Aq ni dah lah lemah bila tengok orang nangis dan aq kalau dah layan nangis memang susah nak berhenti. So lebih baik aq keluar buat kerja. Bukan tidak sudi mendengar luahannya tapi aq memang tidak kuat untuk semua. Bila tengok orang lain aq memang akan nangis... Tengok ganas tapi dalam ati ada taman beb...hehehe........


Cuma aq harap akak tu tabah menghadapi segala dugaan yang datang. Kami di sekeliling ada untuk memberi sokongan. Tanpa lelaki kita juga boleh berdiri di kaki sendiri. Kita sebangai manusia memang tidak akan duga apa yang terjadi dengan diri kita sendiri. ALLAH MAHA MENGETAHUI......... Cuma dari kita samada kita kuat menghadapinya atau tidak.........

Thursday, April 12, 2012

Harap-harap ada hikmahnya.........

Sebenarnya esok aq ada interview sebagai pembantu tadbir dekat kementerian kesihatan malaysia (KKM) tetapi aq tolak. Jawatan itu adalah sambilan. Dan aq memang tidak boleh terima memandangkan banyak kekurangan yang ada pada diriku. Hidup di sini banyak yang kena fikir. Tempat tinggal, pengangkutan dan banyak lagi. Mungkin ada hikmahnya aq tolak walaupun aq memang teringin nak masuk kerajaan. Itupun dapat interview sebab ada sorang abg di tempat kerja ku sekarang ini orang rumahnya kerja situ. Walaupun rasa bersalah tapi aq memang kena fikirkan masa akan datang. Kerana itulah aq tidak akan menghadirkan diri esok. Aq dah mula fikir adakah rugi aq lepaskannya............. Macam tak mengenang budi lak. Dah di tolong tapi tak nak lak. Huhuhuhu....... Aq nak beli kereta tapi dalam masa yang sama aq nak kumpul duit untuk kahwin..... Jadi mana satu aq nak dulukan. Kalau ada kereta aq senang nak ke mana-mana. Tapi kahwin pun penting juga sebab aq dengan hasbi dah lama kawan. Takkan hubungan kami hanya sekadar kawan. Lagipun rasanya tak elok selalu keluar tanpa ikatan. Ai pening juga jadi orang bujang ni. Bila dah kahwin lak kena fikir masa depan untuk anak-anak. Nampak sangat manusia tidak akan berhenti berfikir dan merancang apa yang di perlukan dalam kehidupan. Nampaknya aq kena minta maaf dengan abang sekerja dengan aq sebab dia dah tolong tapi aq macam main-main.......Harap-haraplah dia tak marah..........................................................


Friday, April 06, 2012

2 in 1

Cinta tidak seharusnya memiliki........ ya memang cinta tidak seharusnya kita milik kerana dalam alam percintaan pasti ada pengorbanan.... Bersediakan kita untuk berkorban? Mungkin tidak semua orang yang sanggup. Begitu juga dengan aq. Pertama kali dalam hidup aq menghadapi dugaan yang aq sendiri tidak duga yang aq akan di duga dengan dugaan ini. Apatah lagi dalam alam percintaan. Tapi aq kena kuat untuk menghadapi semua ini dan aq harus menghadapi nya. Bak kata orang kalau sudah jodoh pasti tidak ke mana. Pesan seorang kakak di tempat kerjaku “berdoa banyak-banyak supaya apa yang kita rancangkan berjalan dengan lancar dan di permudahkan oleh ALLAH”..... Memang betul katanya... Kita hanya mampu merancang tapi ALLAH yang menentukan. Walaupun percintaan ini mengalami masalah namun aq akan cuba pertahankan sampai akhirnya. Itu tentang alam percintaan........
Hari ini juga, aq berasa kecil hati dengan housemate aq yang sorang tu. Walaupun jarang bertegur sapa tapi janganlah sampai orang lain melihat kami semua sebagai orang jahat. Semalam dia kemalangan tetapi dia tidak balik rumah. Dia pergi rumah orang lain dan aq tahu dia kemalangan pun masa aq sampai di tempat kerja. Ntahlah ragam manusia susah betul nak duga. Baginya kami di rumah ini tidak mengambil kisah dengannya. Tapi kami sebenarnya tidak sekejam itu. Susah senang kami boleh menghadapinya bersama. Tapi apa boleh buat, aq sendiri tidak boleh paksa semuanya.......................... Lumrah kehidupan........................................


Monday, April 02, 2012

Muncul Kembali........^_^

Kini kembali lagi......dah lama aq tak update blog aq ni....dah berhabuk rasanya.... Sejak broadband terminate susah betul mau tulis blog. Di tempat kerja mana ada masa mau update2 blog ni. Sebenarnya banyak story dalam otak ku ni tapi susah aq mau tulis. Semuanya bagaikan rahsia........ Misi bulan 5 ni yang merisaukan aq sekarang ni. Adakah misi tu dapat jalan yang +ve atau –ve..... Ntahlah. Dalam hati ni hanya ALLAH yang tahu. Tahun ni banyak benda yang aq mau buat Cuma aq rasa macam tak mampu nak buat semuanya. Tahun ini jugalah aq baru sedar yang aq perlukan semua itu dan rasa macam menyesal tak mulakan dari awal. Macam itulah manusia, bila keadaan mendesak barulah terfikir mau buat semuanya sedangkan kemampuan manusia ada hadnya. Tentang pekerjaan aq kena berubah. Mencari sesuatu yang lebih baik. Menambah pengalaman yang lebih lagi. Tidak semestinya harus selesa di tempat yang lama. Walaupun sedikit selesa tapi aq kena berani mencari perubahan dalam alam pekerjaan. Pening juga bila fikir pasal alam pekerjaan ni. Semuanya perlukan duit dan semuanya kena ada kerja yang kukuh.....pening....pening........