Friday, September 13, 2013

Ujian HIV.....Alhamdulillah........

Hari ini ambil half day petang sebab nak wat ujian hiv. Minggu lalu hasbi beritahu yang dia nak buat ujian hiv tu. So misi minggu ni mmg nak buat ujian hiv tu. Hari isnin baru2 ni hasbi call klinik kesihatan seri kembangan. Kalau ikutkan hati aq nak cari klinik kesihatan yang xpayah nak wat temu janji. Walk in je tapi bila dapat call KK seri kembangan kena wat temu jani. Itupun hanya 3 hari je. Isnin....Selasa....Jumaat. So hasbi pilih hari jumaat sebab oleh kerana aq ni makan gaji dgn org kenalah mohon cuti 4 hari sebelum nak cuti tu. Petang hari isnin tu jugalah aq isi form cuti.  Ambil half day je...Jimat cuti....hahaha....

Hari selasa tu hasbi pergi wat temu janji tu sebab tak boleh buat temu janji by phone. Lega bila dah confirm buat hari jumaat..... so prosedur wat ujian hiv di klinik kesihatan seri kembangan ni...... sampai sana kena ambil nombor... pastu kena isi borang. Bagi perempuan ni dia bagi 2 borang. 1 borang untuk saringan hiv dan lagi satu untuk kehamilan. Bila dah habis isi borang... hasbi dah ke bilik 6 tapi aq kena p check darah tinggi.... ketinggian...berat.... barulah pergi ke bilik 6.

Tunggu punya tunggu giliran aq sampai..... Memang berdebar2...... Masa nurse tu cucuk memang x sanggup nak tengok. Seram.... Dahlah cari urat x dapat2....Memang pedihlah. Dahlah ambil darah ku banyak....hahaha...... Selesai ambil darah tu kena hantar lak darah tu ke makmal 7. Mungkin nak check kencing manis or apa je lah....... Yang peliknya lelaki meka cucuk hujung jari je. Kalau perempuan dekat lipatan lengan tu............ Nak tunggu keputusan tu lah yang lama. Hampir sejam 30minit tungu. Barulah keputusan tu dapat. Alhamdulillah selesai satu pekara penting.....Simple tapi leceh sebab tunggulama. Tapi syukur sangat2 sebab dah selesai dan yang penting alhamdulillah aq BEBAS DARI HIV..... hehehe......



                                     Asbi dapat kawan dari China...

                                       Keputusan.......