Dari kecil aq minat dengan haiwan yang paling aq anggap comel. Walaupun ada sesetengah orang tidak menyukai, geli atau rasa kotor tapi bagi aq ia lah haiwan yang paling comel dan manja..... Mesti semua orang dah dapat teka kan....... Kucing..... haiwan itulah yang paling aq minat.... Aq masih ingat masa umur 10 tahun aq ada seekor kucing. Namanya comel secomel rupanya. Sejak ada comel dalam hidupku aq makin menyayangi haiwan ini. Kalau boleh aq nak pelihara sebanyak mana. Mungkin kerana anak bongsu dan tiada adik, comellah yang aq anggap adik. Tempat aq meluahkan perasaan. Segala-galanya dengan comel. Tapi usia comel tak panjang.............
Kadang-kadang kalau aq nak hiburkan hati aq lihat gambar-gambar kucing yang ada di facebook. Lucu bila tengok gelagat2 "mereka". Menghiburkan. Cuma sekarang aq duduk rumah sewa. Aq teringin nak pelihara kucing tapi housemate aq macam tak suka. Aq tidak boleh pentingkan diri sendiri juga. Tapi keinginan dalam hati begitu kuat..... Huhuhuhu....... Mak aq juga suka kucing. Pernah sekali jiran mak aq tegur sebab dengar mak aq mengomel2 sendiri sedangkan tidak ada sesiapa pun di rumah. Mak aq kata cakap dengan kucing sebab tak pandai dengar kata. Lucu juga bila aq dengar mak aq bercerita. Mak aq mengomel macam mengomel dengan aq bila kucing-kucingnya buat hal. Cuma sekarang ini rumah aq di sabah dah tak da kucing sebab mak aq jarang di rumah. Lagipun kampung aq popular dengan anjing liar. Selalu gigit kucing sampai mati. Banyak kucing aq mati di mulut anjing tu. Sampaikan mak aq dah fed up mau cari kucing lagi untuk di pelihara. Cuma kadang2 ada juga beberapa kucing datang cari makan di rumah. Sebab kalau aq balik kampung, ada jak kucing datang mau makan.
Ni aq bagi nama Putih. Kucing yang selalu berkeliaran di koridar hostel aq masa aq study dekat UPM. Aq selalu bawa dia masuk bilik bila aq tak da kelas. Putih selalu temankan aq dalam bilik. Masa mula2 di muncul dekat koridor hostel aq badan dia comel. Telinga dia hitam dan banyak tahi mata. Aq dengan roomate aq, Mai lah yang bagi bersih sebab kesihan. Cuma tak lama dia di koridor kami. Lepas itu aq pun tak tau dia pergi mana..............
Yang ni aq gelar Putih juga....hehehe sebab kaler dia putih aq tetap panggil putih. Putih ni aq "kenal" dia tahun ni. Dekat Intra Bekal tempat kerja ku sekarang. Sebab apa dia terbaring???? Panjang betul umur c putih ni sebab masa aq jumpa dia, dia dah terbaring dan basah satu badan. Bila aq pegang dia, dia marah. Nampak betul dia kesakitan. Aku nak bawa dia pergi klinik aq tak da transport lepas tu macam mana dengan kos dia. Tengah hari tu aq turun dari ofis tengok dia, mulut dia dah bersemut, najis dah keluar2 dari dubur dia... YA ALLAH sayu betul aq tengok. Lepas tu bos aq yang baik hati tu suruh bawa juga pergi klinik. Alhamdulillah ada juga orang baik hati. Dengan kebenaran bos aq ajak rakan sekerja untuk bawa dia pergi klinik. Sampai di klinik doktor kata hanya mampu berusaha. Sedih betul tengok dia. Putih warded dekat klinik tu sebab masih tak mampu makan sendiri. Terpaksa masukkan tiub dalam badan. Lepas 4 hari, alhamdulillah Putih sihat.... Panjang betul umurnya. Sekarang ini dia dah aktif berkeliaran di sekitar kilang........
Setakat inilah aq cerita pasal kucing. Gambar2 kucingku yang dulu tak da. Maklumlah dulu hanpne tak canggih. Tak boleh tangkap gambar.....hehehe....... Impianku bila ada rumah sendiri aq nak pelihara kucing sebanyak yang mungkin....Hahaha itupun kalau bakal suami aq izinkan. Kalau tak, terpaksalah peliharan paling2 pun 3 ekor kucing...hahahaha..........................................
No comments:
Post a Comment