Wednesday, May 02, 2012

Dugaaan itu.....

30/April/2012 - Isnin-

Penghujung bulan 4 yang mempunyai cerita tersendiri. Pagi ini seperti biasa aq pergi ofis tiba-tiba seorang akak  memanggil kami semua pergi biliknya..... Akhirnya apa yang menjadi tanda tanya terhadap dirinya terjawab jua........ Kami sendiri tidak sangka apa yang berlaku terhadap dirinya. Ntahlah memang kita akan di uji tidak kira sama ada cepatnya kita di uji atau lambat. Masa itu akan tiba jua......

Akak tu divorce dengan suaminya sedangkan dah kahwin selama 29 tahun. Bila mendengar ceritanya kami semua menangis dan aq sendiri tidak sanggup nak berlama-lama di dalam biliknya. Aq ni dah lah lemah bila tengok orang nangis dan aq kalau dah layan nangis memang susah nak berhenti. So lebih baik aq keluar buat kerja. Bukan tidak sudi mendengar luahannya tapi aq memang tidak kuat untuk semua. Bila tengok orang lain aq memang akan nangis... Tengok ganas tapi dalam ati ada taman beb...hehehe........


Cuma aq harap akak tu tabah menghadapi segala dugaan yang datang. Kami di sekeliling ada untuk memberi sokongan. Tanpa lelaki kita juga boleh berdiri di kaki sendiri. Kita sebangai manusia memang tidak akan duga apa yang terjadi dengan diri kita sendiri. ALLAH MAHA MENGETAHUI......... Cuma dari kita samada kita kuat menghadapinya atau tidak.........

No comments: