Thursday, April 12, 2012

Harap-harap ada hikmahnya.........

Sebenarnya esok aq ada interview sebagai pembantu tadbir dekat kementerian kesihatan malaysia (KKM) tetapi aq tolak. Jawatan itu adalah sambilan. Dan aq memang tidak boleh terima memandangkan banyak kekurangan yang ada pada diriku. Hidup di sini banyak yang kena fikir. Tempat tinggal, pengangkutan dan banyak lagi. Mungkin ada hikmahnya aq tolak walaupun aq memang teringin nak masuk kerajaan. Itupun dapat interview sebab ada sorang abg di tempat kerja ku sekarang ini orang rumahnya kerja situ. Walaupun rasa bersalah tapi aq memang kena fikirkan masa akan datang. Kerana itulah aq tidak akan menghadirkan diri esok. Aq dah mula fikir adakah rugi aq lepaskannya............. Macam tak mengenang budi lak. Dah di tolong tapi tak nak lak. Huhuhuhu....... Aq nak beli kereta tapi dalam masa yang sama aq nak kumpul duit untuk kahwin..... Jadi mana satu aq nak dulukan. Kalau ada kereta aq senang nak ke mana-mana. Tapi kahwin pun penting juga sebab aq dengan hasbi dah lama kawan. Takkan hubungan kami hanya sekadar kawan. Lagipun rasanya tak elok selalu keluar tanpa ikatan. Ai pening juga jadi orang bujang ni. Bila dah kahwin lak kena fikir masa depan untuk anak-anak. Nampak sangat manusia tidak akan berhenti berfikir dan merancang apa yang di perlukan dalam kehidupan. Nampaknya aq kena minta maaf dengan abang sekerja dengan aq sebab dia dah tolong tapi aq macam main-main.......Harap-haraplah dia tak marah..........................................................


Friday, April 06, 2012

2 in 1

Cinta tidak seharusnya memiliki........ ya memang cinta tidak seharusnya kita milik kerana dalam alam percintaan pasti ada pengorbanan.... Bersediakan kita untuk berkorban? Mungkin tidak semua orang yang sanggup. Begitu juga dengan aq. Pertama kali dalam hidup aq menghadapi dugaan yang aq sendiri tidak duga yang aq akan di duga dengan dugaan ini. Apatah lagi dalam alam percintaan. Tapi aq kena kuat untuk menghadapi semua ini dan aq harus menghadapi nya. Bak kata orang kalau sudah jodoh pasti tidak ke mana. Pesan seorang kakak di tempat kerjaku “berdoa banyak-banyak supaya apa yang kita rancangkan berjalan dengan lancar dan di permudahkan oleh ALLAH”..... Memang betul katanya... Kita hanya mampu merancang tapi ALLAH yang menentukan. Walaupun percintaan ini mengalami masalah namun aq akan cuba pertahankan sampai akhirnya. Itu tentang alam percintaan........
Hari ini juga, aq berasa kecil hati dengan housemate aq yang sorang tu. Walaupun jarang bertegur sapa tapi janganlah sampai orang lain melihat kami semua sebagai orang jahat. Semalam dia kemalangan tetapi dia tidak balik rumah. Dia pergi rumah orang lain dan aq tahu dia kemalangan pun masa aq sampai di tempat kerja. Ntahlah ragam manusia susah betul nak duga. Baginya kami di rumah ini tidak mengambil kisah dengannya. Tapi kami sebenarnya tidak sekejam itu. Susah senang kami boleh menghadapinya bersama. Tapi apa boleh buat, aq sendiri tidak boleh paksa semuanya.......................... Lumrah kehidupan........................................


Monday, April 02, 2012

Muncul Kembali........^_^

Kini kembali lagi......dah lama aq tak update blog aq ni....dah berhabuk rasanya.... Sejak broadband terminate susah betul mau tulis blog. Di tempat kerja mana ada masa mau update2 blog ni. Sebenarnya banyak story dalam otak ku ni tapi susah aq mau tulis. Semuanya bagaikan rahsia........ Misi bulan 5 ni yang merisaukan aq sekarang ni. Adakah misi tu dapat jalan yang +ve atau –ve..... Ntahlah. Dalam hati ni hanya ALLAH yang tahu. Tahun ni banyak benda yang aq mau buat Cuma aq rasa macam tak mampu nak buat semuanya. Tahun ini jugalah aq baru sedar yang aq perlukan semua itu dan rasa macam menyesal tak mulakan dari awal. Macam itulah manusia, bila keadaan mendesak barulah terfikir mau buat semuanya sedangkan kemampuan manusia ada hadnya. Tentang pekerjaan aq kena berubah. Mencari sesuatu yang lebih baik. Menambah pengalaman yang lebih lagi. Tidak semestinya harus selesa di tempat yang lama. Walaupun sedikit selesa tapi aq kena berani mencari perubahan dalam alam pekerjaan. Pening juga bila fikir pasal alam pekerjaan ni. Semuanya perlukan duit dan semuanya kena ada kerja yang kukuh.....pening....pening........