Cinta tidak seharusnya memiliki........ ya memang cinta tidak seharusnya kita milik kerana dalam alam percintaan pasti ada pengorbanan.... Bersediakan kita untuk berkorban? Mungkin tidak semua orang yang sanggup. Begitu juga dengan aq. Pertama kali dalam hidup aq menghadapi dugaan yang aq sendiri tidak duga yang aq akan di duga dengan dugaan ini. Apatah lagi dalam alam percintaan. Tapi aq kena kuat untuk menghadapi semua ini dan aq harus menghadapi nya. Bak kata orang kalau sudah jodoh pasti tidak ke mana. Pesan seorang kakak di tempat kerjaku “berdoa banyak-banyak supaya apa yang kita rancangkan berjalan dengan lancar dan di permudahkan oleh ALLAH”..... Memang betul katanya... Kita hanya mampu merancang tapi ALLAH yang menentukan. Walaupun percintaan ini mengalami masalah namun aq akan cuba pertahankan sampai akhirnya. Itu tentang alam percintaan........
Hari ini juga, aq berasa kecil hati dengan housemate aq yang sorang tu. Walaupun jarang bertegur sapa tapi janganlah sampai orang lain melihat kami semua sebagai orang jahat. Semalam dia kemalangan tetapi dia tidak balik rumah. Dia pergi rumah orang lain dan aq tahu dia kemalangan pun masa aq sampai di tempat kerja. Ntahlah ragam manusia susah betul nak duga. Baginya kami di rumah ini tidak mengambil kisah dengannya. Tapi kami sebenarnya tidak sekejam itu. Susah senang kami boleh menghadapinya bersama. Tapi apa boleh buat, aq sendiri tidak boleh paksa semuanya.......................... Lumrah kehidupan........................................
No comments:
Post a Comment