Thursday, November 17, 2011

Dugaan demi dugaan

Dugaan demi dugaan menimpa dan kuatkah sekeping hati untuk menghadapinya demi meneruskan kehidupan. Mampukah kita apabila dugaan demi dugaan yang melanda hidup kita?Ya ALLAH....kepadaMU lah kami memohon kekuatan untuk menghadapi ujian yang KAU berikan. KepadaMU lah kami memohon petunjuk untuk menghadapi segala ujian yang KAU berikan......Ya ALLAH........................ Dulu aq ada kenal seseorang yang amat rapat juga dengan aq. Dari kecil hingga umurnya melangkah ke alam remaja dia tidak pernah merasa kebebasan yang sebenar-benarnya. Dia hanya meluahkan kepada ku dan memendam dalam hatinya apa yang dia rasakan. Mak bapanya tidak memahami kehendaknya dan asyik di persalahkan. Adakah dengan menggunakan kekerasan untuk mendidik anak-anak adalah yang wajar........ Macam-macam yang berlaku sehinggakan dia terfikir nak lari dari rumah. Ntahlah. Memang kalau sesorang asyik memendam perasaan itulah yang akan muncul di fikiran orang itu.

Hingga ke hari ini kawan aq mengadu lagi hidupnya di "kacau" lagi.... Dugaan datang lagi. Dia kata dia terlalu penat untuk semua ini. Aq yang hanya mendengar juga seperti ingin menangis dengan apa yang di ceritakan dan kerana itulah aq menulis semuanya dalam blog ini. Kesian kepada member aq sorang ini. Dahlah dari kecil tidak habis-habis di uji sekarang ini pun di uji lagi oleh orang-orang sekeliling terutamanya dari keluarganya sendiri. Adik beradik ramai ni pun masalah juga kan. Ada jak yang tidak kena. Masing-masing punya cerita tersendiri. 


Kita sebagai manusia kadang-kadang lemah bila dugaan demi dugaan yang menimpa. Biarkanlah ia berlalu. Kita kena kuat untuk menghadapi semuanya supaya kita tidak tewas dengan masalah yang ada. Kepada kawanku semoga tabah menghadapi semuanya.....pasrah dan redha dengan semuanya. Walaupun zaman kanak-kanak amat perit redhalah....zaman remaja yang asyik memendam perasaan.....Zaman dewasa asyik di duga dengan kehidupan........... Hidup hanya sekali.............Nikmatilah........^_^


Sunday, November 13, 2011

Contest 2 in 1 strange contest by two strange blog

Contest ni aq di tagged oleh CIK SUER.....Contest yang CIK EBELL dan CIK EYRA yang anjurkan. Contest ni ada 2 cuma aq nak buat yang "contest sweet couple" jak sebab contest lagi satu tu aq pun tak tahu macam mana nak jawab...hehehe......



Kapel-Kapel ^_^

Ni gambar aq bersama dengan pujaan hati ku dulu...kini dan selamanya.....

Pak we aq dilahirkan -----> 15/Julai/1984
Aq di lahirkan -----> 30/November/1987
Perjalanan percintaan kami berdua bermula -----> 01/Oktober/2009 



Kenangan Manis & Pahit....

Sepanjang perhubungan aq dengan dia kenangan yang manis apabila dia sentiasa disisi ku tidak kira susah atau senang. Walapun seperit mana dugaan yang aq lalui dalam hidup ni, dia ada di sisiku. Aq ni banyak kekurangan yang aq sendiri pun sedar tapi dia tetap terima aq dengan seadaanya dan penuh kesabaran. Biarlah aq membebel macam mana pun dia tetap senyum dan buat lawak...geram memang geram tapi akhirnya aq akan tertawa sendiri. Keinginan aq jarang dia hampakan dan dia akan berusaha untuk penuhi. Banyak yang kami lalui dengan penuh kemanisan....berniaga bersama.....jalan-jalan...... Itulah antara kenangan manis yang sukar aq lupakan dan tak akan aq lupakan sampai bila-bila.....

Kalau di kaitkan dengan kenangan pahit mesti pasal nangis-nangis kan....Macam tu lah aq dengan dia juga. Aq paling tidak suka bila di tinggikan suara bila kami bergaduh. Tapi kalau aq yang tinggikan suara tak apalah....huhuhu...... Biasalah perempuan kan sensitif banyak....So kalau lelaki yang kita sayang tinggikan suara pasti akan mengalir air mata tanpa di paksa. Lepas itu aq paling tidak suka bila kami bergaduh di sebabkan ROKOK....... Dari dulu sampai sekarang benda tu lah yang selalu mencetuskan pergaduhan. Dia jenis yang merokok dan aq tidak suka dengan lelaki yang kerap merokok... Ntahlah susah nak ubah tabiat orang.........Dan yang paling pahit bila kami bergaduh kerana orang lain tidak kiralah kerana kawan dia atau kawan aq sendiri......... Sebab bila kami bergaduh pasal itu mesti akan berlarutan sampai berhari-hari.............



3 Perangai Pelik Bin Ajaib Pasal Dia......

Dia ni suka wat gaya ala-ala perempuan. Aq pun pelik bila lihat dia wat begitu sebab nak kata dia ni pondan tak juga tapi cara jalan memanglah dia macam perempuan...hahaha......Sorry       bang.........Nasib baiklah dia tak "parah" sangat.......just main-main.....

Tak pandai marah bila di cubit..... Aq memang selalu cubit dia dan tidak pernah sekali pun dia marah kalau aq cubit.... Selalu jadi mangsaku lengannya.... Sekuat mana dan sekerap mana aq cubit dia memang dia takkan marah...Paling-paling pun senyum jak.....^_^

Bila keluar sesama ada masanya dia smart ada masanya dia selekeh.... Ntahlah, pelik juga aq....Bila dia selekeh mesti aq marah sebab aq punyalah smart kuar dengan dia tp dia selekeh......Sebab tu lah bila aq nak dating aq pakai simple2 jak......

Tuesday, November 08, 2011

Apa yang kita mahukan.....

Hari ini balik kerja aq berseorangan. Housemate aq semua OT. Aq? Tak larat dan penat semalam pun belum hilang lagi. Bila seorang aq mula melayan apa-apa rancangan yang ada...Kejap-kejap tukar TV3 kejap-kejap TV9.... Ntahlah sehinggalah selepas aq menonton Soffiya episod last....Terlintas di fikiran ku.... Apa sebenarnya yang aq mahu dalam hidup ni dan apa sebenarnya yang orang mahu dalam hidup mereka.......... Dalam diri aq sememangnya macam-macam yang ada dalam otak ku tapi untuk jawapan yang pasti aq tak boleh tentukan. Bangun pagi pergi kerja....petang balik keja....malam tidur dan rehat dan pagi pergi semula dan seterusnya.....Jika kita fikir semula begitulah rutin hidup kita.... Tanpa kerja kita nak makan apa. Takkan nak harapkan mak bapa yang tanggung lagi kan. Dah besar so kenalah tanggung diri sendiri. Bila dah kerja rutin kita akan tetap seperti yang aq dah katakan. Aq sendiri tidak pasti apa yang aq mahukan. Aq tak mampu untuk buat semuanya dan aq tak tahu macam mana nak buat semuanya. Perjalanan hidup kita dah di tentukan.....Sejauh mana kita merancang pun ALLAH yang tentukan samada apa yang kita rancangkan tu dapat kita laksanakan atau sebaliknya. Sekarang ini apa yang aq tahu aq perlu sendiri. Walaupun kita kadang2 x perlu fikiran sesuatu yang akan merumitkan kita tapi ada masanya kita harus juga fikirkan. Pakwe aq sendiri bengang dengan aq malam ini. Dia mesej tapi aq balas acuh tak acuh.... Dan aq sendiri pun tak tahu kenapa.... Adakah sebab aq merajuk dia tak datang hari ini? Atau aq kecewa sebab hari ini aq perlukan sesorang menemani aq namun aq bersendirian juga..... Ntahlah...Yang pastinya aq kecewa sendiri....... Sebab itulah aq dah kata aq sendiri pun tak tahu apa yang aq mahukan sebenarnya............ Aq teringat kampung halaman....mak bapa......hidup aq kat sini dan mcam2 lagi....... Dan kerana itulah iya mendorong aq menulis semuanya di blog ini. Aq tak kisah pak we aq nak marah or tak sebab apa yang aq tulis malam ini hanya lah yang terlitas di fikiran ku yang betul2 bercelaru.........


bilik aq.....

Tuesday, November 01, 2011

Kita Tak Mampu Puaskan Hati Semua Orang......

01/11/2011...Pembukaan bulan 11 dan aq tertarik dengan ayat "kita tak mampu puaskan hati semua orang"... Memang benar, sebagai seorang manusia kita memang tidak mampu dan tak akan mampu nak puaskan hati semua orang tapi kita sekadar mampu berusaha untuk memuaskan hati semua orang. Kenapa kita harus memuaskan hati semua orang???? supaya kita dapat menjalankan hubungan baik dengan semua orang??? kalau hati kita sendiri yang sakit mampukah kita  nak jaga hati orang lain??Bila taip dekat google banyak juga orang huraikan tentang topik ini. Nampak sangat banyak yang "makan hati" dalam diam terhadap orang sekeliling.......


yes or no??? Itulah yang selalu bermain di fikiran kita bila kita berada dalam di lema. Nak buat itu salah,nak buat ini salah.... Adakah kita akan jawab YA andai hati kita sakit menerima hakikat itu atau pun kita akan jawab TIDAK andai kita pasti akan melukakan hati orang di sekeliling kita?? kita hanya insan biasa yang hanya mampu memperbaiki kelemahan diri sendiri bagi memenuhi semua keperluan dengan sempurna. 

Cuma apa yang pasti kita tidak mampu nak berkata lebih-lebih. Lain orang lain yang mereka akan alami. Kadang-kadang ada orang akan temui jalan penyelesaian dan ada orang yang tidak pasti dengan diri sendiri. Putaran hidup memang macam itu. Cuma sebagai manusia biasa kita hanya mampu berusaha,berdoa dan bertawakkal kepada ALLAH serta minta petunjuk daripada ALLAH... Seperti kata-kata di bawah ini......UBAT HATI.......
Manusia hanya mampu merancang tapi ALLAH yang tentukan semuanya....Perjalanan hidup masih panjang untuk kita teruskan. Semua terletak pada diri sendiri untuk mencorak diri sendiri.
Yang penting hidup kena ceria dan gembira sebab kalau kita hidup dalam kemurungan pasti akan memudaratkan diri sendiri. Tanya pada diri sendiri apa yang diri sendiri mauhukan....Jangan kerana hanya nak menjaga hati orang lain diri sendiri yang derita.......^_^....



...Ofis aq....

Sunday, October 30, 2011

aQ terpikat......

Hari ni....30/10/2011 - Siang tadi aq beli sebuah novel. Aq betul2 terpikat dengan ayat yang terdapat di belakang novel tu.... Tajuk novel tu "Seandainya..." ringkas tapi menarik...

"tak semestinya kita dapat memiliki apa yang di pilih oleh hati kita sendiri kan...tak semestinya yang bukan pilihan kita itu tak baik untuk kita. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.."
"mencintai seseorang itu bukan hanya pada kata-kata. Mencintai itu adalah suatu perasaan tanpa sebarang ungkapan. Hanya yang benar-benar ikhlas boleh memahaminya..."

Cantikkan ayat di atas..... Kita kadang-kadang memang akan di uji dengan pelbagai perkara yang menyebabkan kita berada di dalam di lema. Tapi mampukah kita menghadapinya atau kita membiarkan semua itu berlalu tanpa ada tindakan????? Novel "Seandainya..." ini di tulis oleh rys areesa keluaran KAKI......Kadang-kadang membaca novel ni dapat muhasabah diri kita supaya tahu menghadapi perjalanan hidup yang kita sendiri tidak pasti apa yang berlaku.....

Friday, October 28, 2011

Balas Balik

Sebenarnya aq sendiri pun x tahu nak tulis macam mana apabila CIK SUER ni main tagged2 nama ni, dengan soalan2 lagi....Apapapun aq cubalah balas balik apa yang di soal tu......Tapi sebelum nak terjebak dengan "i m Tagged" ni kena lah ikut PERATURAN yang telah di tetapkan.....Jom tengok....

1.You must post these rules.

2.Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3.Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.
4.You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5.Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER
6.No tag back!
7.No stuff in the tagging section about " YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people.

11........Siapa aQ
S = Seri Nofiamy Binti Chaing nama penuhku
E = Email ku amieycomel@ymail.com
R = Rumah "kelahiran" dekat Tawau Sabah
I = Impian ku nak mempunyai keluarga yang bahagia
N = Nama pakwe ku Mohd Hasbi
O = Ofis aq kerja namanya Intra Bekal
F= Fanatik dengan warna Hijau
I = Ijazah Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran) kelulusan ku
A = Agamaku Islam
M = Membaca Novel adalah hobiku
Y = Yistanaamy adalah ciptaanku

Ok..kat atas tu sedikit sebanyak tentang aq.....Sekarang nak jawab pulak soalan2 yang Cik Suer kita tu buat.....

Favorite Color ??
Mesti dan semestinya warna HIJAU

Apa Yang Anda Lakukan Bila Boring ??
Melalak vs menyanyi dalam bilik

Ada Kekasih Tak ?? Sape ??
Mestilah ada.....Jejaka bertuah tu adalah Mohd Hasbi

Apa Pendapat Korang Tentang Orang Yang Talam Bermuka² ??
Menyampah....Cakap x serupa bikin.....huhuhu....

Genre Music & Movie Kesukaan Anda ??
Musik dan movie kesukaan???aq ni hentam ja...yang mana syok aq layan......

Anda Addicted Game Tak ?? Game Apa ??
Tak sangat sebab aq ni mudah bosan....tapi yang aq "layan" sampai tamat Plant vs Zombie....

Anda Minat Cartoon Apa?
Winnie the POOH 

Bila Korang Start Buat Belog ??
Dah lama buat tapi x aktif......tarikh tu x ingatlah pulak....

Siapa Yang Membuatkan Anda Tertarik untuk Menceburi Dunia Blogger ??
Kawan-kawan terutamanya Cik Suer Kita....

Kenapa Anda Membuat Belog ??
Boleh publish sendiri cerpen yang di buat dan berkongsi apa-apa saja...

Sapa Idola Anda Dalam Dunia Belog ni ??
Pak we aq, Cik suer dan Lyssa

Ok...sekarang pulak soalan2 aq untuk kengkawan k....
1. Impian anda?
2. Perkahwinan yang macam mana anda inginkan?
3. Angka yang anda minati?
4. Apa yang anda suka pada pak we/teman anda?
5. Apa yang anda tidak suka pada pakwe/teman anda?
6. Perkara yang lucu ketika dating?
7. Tempat yang anda rasa paling best yang pernah anda pergi?
8. Suka masak?
9. Tabiat buruk anda yang susah nak ubah?
10. Pandangan anda terhadap ayat "cakap tak serupa bikin"?
11. Ada apa dengan blog saya?

apa lagi...sapa2 yang di tagged tu jawablah soalan cepumas tu ya.....heheheheh...


akhirnya...siap juga.......tahniah tuk diri sendiri...hehehe...enjoy ya.....

Thursday, October 27, 2011

……….SEGALANYA TAKDIR………

……….SEGALANYA TAKDIR………

Tidak! Aku tidak mampu menerima semua ini. Ya ALLAH, kenapa aku yang harus menempuhi semuanya ini? Adakah ini ujian yang KAU datangkan buat dirku. Kalau benar begitu, KAU bantu dan kuatkanlah hatiku untuk menghadapinya……. Kerana aku tidak berdaya untuk menghadapinya tanpa pertolongan dari MU. KAU tabahkanlah hatiku Ya ALLAH…. Sesungguhnya hanya KAU yang mengetahui segala sesuatu yang pasti ada hikmah di sebalik yang terjadi.
“Syafiqah!” tersentak lamunan Fiqah apabila di sergah oleh Azzahrah. Rupa-rupanya telah lama Fiqah mengelamun hingga tidak menyedari Azzahrah telah lama berdiri di hadapannya. Azzahrah memasamkan mukanya.
“Kenapa dengan ko ni ha?? Aku tengok dua tiga hari ni ko asyik termenung je. Ko ada masalah ke Fiqah?” Tanya Azzahrah sambil mengerutkan dahinya. Terasa pelik dengan perangai Fiqah sedangkan Azzahrah mengenali Fiqah adalah seorang yang happy go lucky.
“Tak da apa-apalah Zahrah. Aku ok je. Eh jomlah. Dahlah panas kat Pearl Pharmacy. Ko pun satu yang ko lambat tu kenapa? Macam patung je aku kat sini tau. Jadi sekuriti tak berbayar je aku rasa.” Fiqah mengomel.
“Alah, sorrylah Fiqah aku urus adikku tadi. Dia nak ikut tapi manalah mak ku benarkan. Sorry ya.” Azzahrah memujuk kerana menyedari kelewatannya.
“Dahlah. Jom pi PC Discovery.” Ajak Fiqah.
Azzahrah hanya mengikut langkah Fiqah namun masih terdapat kerutan di dahi Azzahrah….. Dia tidak berpuas hati apabila Fiqah hanya berdiam diri apabila di tanya tentang masalahnya. Selalunya Fiqah tidak pernah berdiam sahaja. Apa sahaja yang keluar dari mulutnya pasti akan membuat orang lain tersenyum. Azzahrah tahu ada sesuatu yang menganggu dalam fikiran Fiqah namun hanya Fiqah yang tahu.

“Fiqah semalam aku jumpa dengan Adeep. Dia cari ko. Dia kata ada hal mustahak yang dia nak beritahau ko. Tapi aku tak sempat nak tanya apa sebab aku jalan dengan mak aku. Mungkin dia nak tanya masalah ko kot. Iyalah ko tu pun aku tengok asyik termenung je. Orang yang kenal ko semua hairan. Ko ceritalah dengan aku. Kitakan dah lama kenal.” Azzahrah kembali melontarkan pertanyaan apabila perasaan tidak puas hati  terhadap Fiqah masih memenuhi hati Azzahrah.
“Aku ok je Zahrah. Ko jangan risaulah ya. Aku tak da apa-apa pun. Sekarang ni aku boleh handle lagi. Lagipun aku tak da kredit nak hubungi dia. Nantilah aku hubungi dia.” Fiqah  dan cuba menyakinkan Azzahrah bahawa dirinya tiada apa-apa. Namun di hati hanya ALLAH yang mengetahuinya.
Adeep………….kekasih Fiqah yang di kenali beberapa bulan yang lalu. Sesungguhnya Fiqah amat menyintai Adeep cuma terlalu cepat lelaki itu berubah. Fiqah sendiri tidak tahu apa silapnya sehingga Adeep tidak seperti dulu. Awal perkenalan begitu indah namun sekarang hambar dan perit. Fiqah sendiri tertanya-tanya kenapa apabila dia begitu menyintai lelaki tetapi lelaki tidak pernah mahu menghargainya. Salah siapa sebenarnya………
*****************************************************************************************************
Sejak akhir-akhir ini Fiqah makin kerap check emailnya dan tempat yang selalu di kunjunginya adalah PC Discovery kerana suasananya tenang. Kadang-kadang Fiqah pergi bersama-sama Azzahrah namun hari ini Fiqah bersendirian kerana Azzahrah ada urusan lain yang ingin di selesaikan.
Assalamualaikum buat sahabatku…..
Moga berada di bawah lindungan ALLAH S.W.T
Syafiqah apa khabar ari ini? Saya doakan agar Fiqah sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera. Macam mana dengan kehidupan seharian? Saya harap Fiqah tabah dan kuat menghadapi semua yang berlaku. Jangan ssesekali kita menyalahkan takdir yang datang kerana segala badai yang melanda, dugaan yang datang adalah tanda kasih dan ingatan ALLAH kepada kita. Perpisahan antara Fiqah dengan Adeep adalah takdir. Bersabarlah moga kesabaran itu akan Fiqah temui kemanisannya.
Jodoh, ajal dan maut semua di tangan ALLAh. Kita hanya mampu merancang namun ALLAH yang menentukan. Walau cinta macam mana pun Fiqah terhadap Adeep kalau dia bukan jodoh Fiqah tak ke mana juga. Saya harap Fiqah terima dengan pasrah dan redha. Moga tabah mengharungi dugaan dan percayalah saya sentiasa menyokong Fiqah selagi Fiqah berpegang pada janji ALLAH dan sentiasa memperhalusi suruhanNYA. Jangan lupa solat ya sahabatku…….

Sahabat Mayamu,
Mohd. Nur Helmi
Fiqah tersenyum membaca email yang di terima daripada Helmi. Email yang penuh dengan kata-kata semangat. Mohd. Nur Helmi……..sahabat yang di kenalinya melalui laman web itu sungguh mengambil berat tentang diri Fiqah. Dialah yang memberi kata-kata semangat dan dorongan untuk teruskan kehidupan yang lebih bermakna. Tika diri Fiqah kecewa, Helmi hadir menjadi sahabat yang setia mendengar segala luahan Fiqah. Luahan di mana Fiqah di kecewakan dengan lelaki yang Fiqah sayangi sepenuh jiwanya.

*****************************************************************************************************
Suasana pada petang itu redup sekali. Fiqah masih tidak dapat terima kenyataan apabila perhubungan yang terbina antaranya dengan Adeep berakhir. Hubungan yang di harapkan sampai bila-bila tidak kesampaian. Azzahrah yang berada di sisinya diam  seribu bahasa kerana tidak menyangka Adeep sanggup menghantar sms begitu dengan Fiqah sedangkan Azzahrah sendiri tahu yang Fiqah amat menyintai Adeep. Fiqah membaca semula sms yang Adeep kirimkan kepadanya…….

“salam….Fiqah sy nak brth d cni, tntg hbgn kita sy rs sampai d cni sj sbb kita dah x da psfhmn lg. jd brlah kita hanya bkwn sj.”

Air mata Fiqah mengalir deras di pipinya. Perit di hati hanya ALLAh yang tahu. YA ALLAH, aku tidak berdaya untuk menerima semua ini. Tabahkan dan kuatkanlah hatiku YA ALLAH. Mahu ku hukum dirinya yang telah mencipta kesedihan di hatiku ini. Kenapa ini balasannya apabila aku telah memberikan cintaku kepadanya………….. Bisik di hati Fiqah. Air mata makin deras mengalir. Azzahrah segera memeluk Fiqah kerana dia tahu penderitaan yang Fiqah lalui apabila Adeep berubah sikap terhadap Fiqah. Perasaan benci di hati Azzahrah terhadap Adeep timbul kerana dahulu Adeep yang beriya-iya mahu mendekati Fiqah. Namun apabila Fiqah dah serahkan cinta Fiqah dengan Adeep, Adeep tidak pandai menghargainya.
“Kenapa Zahrah? Kenapa dia buat aku begini. Apa salahku? Kenapa dia nak putuskan hubungan ini. Selama ini aku cuba buat yang terbaik dalam hubungan kami tapi kenapa dia buat aku begini?” Fiqah menangis di bahu Azzahrah dan air matanya tidak pernah berhenti mengalir.
“Sabarlah Fiqah. Macam yang ko selalu cakap pasti ada hikmahnya dengan segala apa yang berlaku kan” Azzahrah mengusap belakang Fiqah dan membiarkan Fiqah menangis melepaskan segala kekecewaan di hati Fiqah.

*****************************************************************************************************
Fiqah tersentak. Angannya terhadap peristiwa itu di bawa pergi oleh bunyi dentingan di dinding sebanyak 2 kali. Fiqah menuju ke bilik air. Rugi rasanya jika malam ini tidak di isi dengan memuji Ilahi. Sebaik habis solat sunat, Fiqah berbaring di katilnya. Fiqah teringat dengan kata-kata yang Helmi pernah kirimkan kepadanya……
“walaupun hanya kenalan di alam maya tapi hubungan ukhwah antara kita lebih bermakna dari segala-galanya. Maka izinkan saya untuk mengambil berat akan dirimu. Sebagai sahabat menjadi kewajipan saya untuk menyenangkan sahabatnya sekiranya sahabatnya memerlukan dorongan dan nasihat walaupun hanya di alam maya. Moga jalinan persahabatan ini mendapat redha dan keberkatan daripada ALLAH.
Fiqah tidak mengenali Helmi tapi yang pasti Helmi banyak mengetahui tentang dirinya. Sering juga kiriman warkah berserta tazkirah memenuhi mail boxnya. Namun bila di tanya di manakah tempat tinggalnya Helmi hanya berkata dia juga orang Tawau Sabah. Lagipun Fiqah sering menegaskan di dalam hatinya bahawa antara mereka hanyalah sahabat maya. Bukan cinta yang di hulurkan, bukan harapan untuk bersama yang dibina tapi atas dasar persahabatan. Demi sama-sama saling mengingati agar sahabatnya tidak tersasar. Agar masing-masing tahu memilih jalan dalam merebut keredhanNYA. Fiqah tertidur bersama ingatannya terhadap Helmi.

*****************************************************************************************************
“Ko masih berhubung dengan Helmi?” Tanya Azzahrah. Dilihatnya Fiqah hanya mengangguk.
“Ko terima dia?”Tanya Azzahrah lagi. Kali ini Fiqah hanya diam. Tiada ungkapan yang keluar dari bibirnya….
“Fiqah, kesian Helmi. Dah lama dia menunggu. Jangan biarkan penantiannya sia-sia fren” pujuk Azzahrah.
“Untuk apa aku beri harapan kepada Helmi andai suatu hari nanti aku juga yang akan mengecewakannya. Untuk apa aku menerimanya andai hatiku masih lagi menyintai insan lain. Untuk apa aku hanya memberi kebahagiaan kepadanya andai kebahagiaan itu hanya seketika cuma. Ia tidak adil untuk dia Zahrah. Aku masih belum mampu untuk melupakan Adeep”. Luah Fiqah dengan kepayahan. Fiqah masih ingat lagi dengan email yang Helmi hantarkan kepadanya……

Fiqah…..
Mengenali Fiqah perkara yang terindah dalam hidup saya. Fiqah jadikan hidup ini lebih bermakna. Dalam diam sebuah perasaan terbit di hati ini buat Fiqah…..maafkan saya… perasaan yang sukar untuk saya buang……………..
Walaupun ringkas namun ia mempunyai makna yang dalam. Namun Fiqah tidak mampu untuk menerima cinta yang terbit di hati Helmi.
Helmi…..
Bukan niat di hati Fiqah untuk mempermainkan perasaan Helmi. Bukan rela Fiqah untuk menganggu ketenangan hati Helmi. Bukan sengaja mencuri hati Helmi. Bukan Fiqah pinta ruang di hati Helmi. Ketahuilah…. Tidak pernah Fiqah harapkan kasih sayang selain dari kasih sayang seorang sahabat. Tidak pernah Fiqah dambakan cinta melebihi cinta dari seorang sahabat…….Maafkan Fiqah…..Fiqah menghargai perasaan yang ada di hati Helmi. Tapi Fiqah tidak mampu untuk membalasnya. Tidak mampu menghadirkan cinta buat Helmi kerana Fiqah risau andai cinta jua yang Fiqah hulurkan Helmi akan lebih terluka dan kecewa dengan cinta itu….. Sati hari nanti Helmi akan mengerti dengan apa yang Fiqah maksudkan….. Maafkan Fiqah…….

*****************************************************************************************************
“Kenapalah ko buat Helmi macam ni Fiqah? Aku tidak faham. Sampai hati ko buat dia macam tu hanya kerana ko masih menyintai Adeep. Ada apa juga dengan Adeep tu. Lelaki yang dah banyak menyakiti hatimu itu juga yang ko ingat lagi. Sedangkan Adeep dah berseronok dengan perempuan lain. Kenapa ko nak seksa jiwa ko tu.” Azzahrah marah apabila mendapat tahu Fiqah menolak cinta Helmi hanya kerana perasaannya cinta Fiqah terhadap Adeep.
Fiqah terpaksa menerima kemarahan daripada Azzahrah. Fiqah tahu semua salahnya namun hati dan perasaan tidak mampu untuk di paksa.

“Kenapa pula dengan aku? Ko ada masalah ke Zahrah? Kalau ada cakaplah kat aku. Mana tau aku boleh tolong.” Jawab Fiqah dengan selamba.
“Apa plak aku yang bermasalah. Ko tu yang dah tak betul agaknya. Lelaki yang banyak sakitkan hati ko, yang banyak bagi ko derita tu juga yang ko ingat sampai bila-bila.”Azzahrah berkata dengan penuh kemarahan. Dulu Azzahrah lah yang sebenarnya bersahabat dengan Helmi namun dia sanggup berkorban untuk melihat kebahagiaan sahabatnya yang memerlukan teman untuk berkongsi masalah. Sesiapa jua pasti akan marah apabila pengorbanannya memberi laluan kepada Fiqah berkenalan dengan Helmi agar dapat melupakan Adeep adalah sia-sia.
“Ko ni banyak cakaplah Zahrah. Kalau ko kasihankan sangat Helmi tu ko je lah yang terima cintanya. Aku tak boleh terima cintanya.” Fiqah berkata sedikit kasar kerana Azzahrah asyik menyalahkan dirinya.
“Astargfirullahalnaazim….. Bawa mengucap Fiqah. Kenapa dengan ko ni Fiqah??. Kalau aku tahu begini aku tak akan kenalkan ko dengan Helmi. Aku kenalkan ko dengan Helmi supaya ko boleh lupakan Adeep tu.” Azzahrah kesal dengan sikap Fiqah dan Azzahrah meninggalkan Fiqah yang hanya diam seribu bahasa. Azzahrah takut makin lama dia di situ akan menyebabkan mereka bergaduh lebih besar lagi. Fiqah menitiskan air mata sebaik sahaja Azzahrah berlalu meninggalkannya. Fiqah tahu Azzahrah marah terhadapnya. Namun hati dan perasaannya tidak mampu di paksa.
“ Maafkan aku Zahrah…………………” Bisik di hati Fiqah……
*****************************************************************************************************
Fikri sebak…. Air mata lelakinya tidak mampu di tahan-tahan lagi. Biarlah sebanyak mana merembes sekalipun dia tidak peduli.
“Setiap yang hidup pasti akan mati Fikri….” Pujuk Helmi.

“Kenapa ko rahsiakan semua ini daripada aku Helmi. Kitakan dah lama kawan.”Keluh Fikri sambil mengelap air matanya. Fikri tidak malu untuk menangis di depan sahabatnya. Sahabat yang sentiasa bersamanya tidak kira masa susah atau senang.
“Ini takdir ALLAH ke atas diriku. Aku mula menyintai seseorang namun aku jua terpaksa pergi jauh. Mungkin aku hanya mampu menyintainya dari jauh lantaran dia sendiri tidak dapat membalas cintaku. Ada hikmahnya yang dia tolak cintaku.” Balas Helmi perlahan.
“ Ko masih berhubung dengan Fiqah?” Fikri bertanya.
“Ya. Masih lagi” Jawab Helmi
“Dia tahu keadaan ko ni.”Tanya Fikri lagi.
“Tak. Aku tidak mahu dia terpaksa terima aku hanya kerana aku sakit. Aku tidak mahu dia tahu aku sakit. Aku tidak mahu dia simpati terhadapku” Helmi sengaja merahsiakan penyakitnya daripada semua orang. Helmi di masukkan di hospital kerana pengsan ketika sedang makan bersama-sama Fikri dan kerana itulah Fikri telah mengetahui penyakitnya.
“Kenapalah ko tak beritahu dia Helmi” Fikri seakan-akan kesal kerana Helmi tidak berterus terang dengan Fiqah namun Fikri tahu apa yang Helmi buat adalah yang terbaik buat diri Helmi.

*****************************************************************************************************
Sudah hampir sebulan Fiqah tidak membalas email Helmi. Email bersama perasaan Helmi dengan Fiqah yang menyatakan cinta Helmi terhadap Fiqah. Akhirnya Fiqah membalasnya jua walaupun ringkas…..



“Helmi……terima kasih sahabat. Terima kasih kerana menyintai diri ini. Terima kasih kerana Helmi membuat diri ini gembira walau seketika cuma. Fiqah amat gembira mengenali diri Helmi dan Helmi banyak memberi Fiqah dorongan dan semangat apabila diri Fiqah telah di kecewakan oleh kaum sejenis Helmi. Cuma Fiqah harap tiada perasaan benci di antara kita. Maafkan Fiqah……….
Sahabat Mayamu Selamanya,
Syafiqah
*****************************************************************************************************
Tidak lama kemudian Fiqah mendapat balasan daripada Helmi……
Assalamualaikum sahabatku,
Helmi menghargai segala keputusan Fiqah. Helmi tidak memaksa jua Fiqah untuk menerima cinta Helmi. Helmi cuma meluahkan dengan Fiqah terhadap perasaan yang hadir dalam diri Helmi kerana Helmi takut Helmi tidak akan dapat meluahkannya pada masa akan datang. Helmi bersyukur Fiqah menolak cinta yang ada dalam hati Helmi terhadap Fiqah. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya yang kita akan sedari apabila masa berlalu. Amat beruntung insan yang masih lagi bertakhta di hati Fiqah. Kita di takdirkan bertemu tetapi bukan untuk bersama. Helmi sentiasa doakan apa yang terbaik untuk sahabat-sahabat Helmi. Helmi harap tiada dendam di antara kita. Andai Helmi ada menyakiti hati Fiqah maafkan lah diri Helmi kerana Helmi bukanlah insan yang sempurna………………. Terima kasih kerana hadir dalam hidup Helmi….
Sahabat mu Selamanya
Mohd. Nur Helmi
****************************************************************************************************
Kemboja putih menghiasi pusara yang masih merah tanahnya itu seolah-olah menggambarkan kesucian hati penghuninya.
“Moga kau di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.” Bisik di hati Fikri. Bagi Fikri pemergiaan Helmi bagai turut membawa sebahagian dari dirinya. Antara dia dan Helmi bagai adik beradik kerana Helmi banyak menolongnya dalam mengajar erti kehidupan.
Fiqah dan Azzahrah turut ada di situ. Fiqah menitiskan air matanya kerana telah mengecewakan insan yang banyak menolongnya dalam memberinya sokongan. Fiqah tidak menyangka Helmi pergi dengan hati yang terluka. Perasaan bersalah di dalam diri Fiqah menguasai hatinya di kala itu. Patutlah email terakhir yang di terima seakan-akan pelik di hati Fiqah. Rupa-rupanya Helmi akan meninggalkan mereka semua buat selamanya.
“Maafkan aku Helmi. Maafkan aku” hanya itu yang mampu di ucap di hati Fiqah. Air mata Fiqah tidak menunjukkan hendak berhenti. Azzahrah memeluk Fiqah agar tangisan Fiqah reda.
“Sabarlah Fiqah……….. “Azzahrah berkata perlahan. Fikri yang menghantar sms pagi semalam menyatakan Helmi telah menghembuskan nafasnya terakhir di hospital.
“Aku rasa bersalah dengan dia Zahrah. Aku mengecewakan dia sedangkan dia memerlukan seseorang disisinya.” Tangisan Fiqah makin kuat.
Fikri hanya memandang dan dia tahu semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Pagi redup berhias mendung itu membawa Helmi pergi selama-lamanya. Seorang sahabat yang terlalu baik untuk di sisi semua orang semasa dirinya masih ada. Fikri, Fiqah dan Azzahrah meninggalkan pusara Helmi dan di dalam hati masing –masing berharap semoga roh arwah Helmi di tempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman……………………… Semoga arwah di cucuri rahmatNYA………………………..Amin………………………………………………


8:58pm (22/10/1011) Bilik Aku