Tuesday, November 08, 2011
Apa yang kita mahukan.....
Hari ini balik kerja aq berseorangan. Housemate aq semua OT. Aq? Tak larat dan penat semalam pun belum hilang lagi. Bila seorang aq mula melayan apa-apa rancangan yang ada...Kejap-kejap tukar TV3 kejap-kejap TV9.... Ntahlah sehinggalah selepas aq menonton Soffiya episod last....Terlintas di fikiran ku.... Apa sebenarnya yang aq mahu dalam hidup ni dan apa sebenarnya yang orang mahu dalam hidup mereka.......... Dalam diri aq sememangnya macam-macam yang ada dalam otak ku tapi untuk jawapan yang pasti aq tak boleh tentukan. Bangun pagi pergi kerja....petang balik keja....malam tidur dan rehat dan pagi pergi semula dan seterusnya.....Jika kita fikir semula begitulah rutin hidup kita.... Tanpa kerja kita nak makan apa. Takkan nak harapkan mak bapa yang tanggung lagi kan. Dah besar so kenalah tanggung diri sendiri. Bila dah kerja rutin kita akan tetap seperti yang aq dah katakan. Aq sendiri tidak pasti apa yang aq mahukan. Aq tak mampu untuk buat semuanya dan aq tak tahu macam mana nak buat semuanya. Perjalanan hidup kita dah di tentukan.....Sejauh mana kita merancang pun ALLAH yang tentukan samada apa yang kita rancangkan tu dapat kita laksanakan atau sebaliknya. Sekarang ini apa yang aq tahu aq perlu sendiri. Walaupun kita kadang2 x perlu fikiran sesuatu yang akan merumitkan kita tapi ada masanya kita harus juga fikirkan. Pakwe aq sendiri bengang dengan aq malam ini. Dia mesej tapi aq balas acuh tak acuh.... Dan aq sendiri pun tak tahu kenapa.... Adakah sebab aq merajuk dia tak datang hari ini? Atau aq kecewa sebab hari ini aq perlukan sesorang menemani aq namun aq bersendirian juga..... Ntahlah...Yang pastinya aq kecewa sendiri....... Sebab itulah aq dah kata aq sendiri pun tak tahu apa yang aq mahukan sebenarnya............ Aq teringat kampung halaman....mak bapa......hidup aq kat sini dan mcam2 lagi....... Dan kerana itulah iya mendorong aq menulis semuanya di blog ini. Aq tak kisah pak we aq nak marah or tak sebab apa yang aq tulis malam ini hanya lah yang terlitas di fikiran ku yang betul2 bercelaru.........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment