01/11/2011...Pembukaan bulan 11 dan aq tertarik dengan ayat "kita tak mampu puaskan hati semua orang"... Memang benar, sebagai seorang manusia kita memang tidak mampu dan tak akan mampu nak puaskan hati semua orang tapi kita sekadar mampu berusaha untuk memuaskan hati semua orang. Kenapa kita harus memuaskan hati semua orang???? supaya kita dapat menjalankan hubungan baik dengan semua orang??? kalau hati kita sendiri yang sakit mampukah kita nak jaga hati orang lain??Bila taip dekat google banyak juga orang huraikan tentang topik ini. Nampak sangat banyak yang "makan hati" dalam diam terhadap orang sekeliling.......
yes or no??? Itulah yang selalu bermain di fikiran kita bila kita berada dalam di lema. Nak buat itu salah,nak buat ini salah.... Adakah kita akan jawab YA andai hati kita sakit menerima hakikat itu atau pun kita akan jawab TIDAK andai kita pasti akan melukakan hati orang di sekeliling kita?? kita hanya insan biasa yang hanya mampu memperbaiki kelemahan diri sendiri bagi memenuhi semua keperluan dengan sempurna.
Cuma apa yang pasti kita tidak mampu nak berkata lebih-lebih. Lain orang lain yang mereka akan alami. Kadang-kadang ada orang akan temui jalan penyelesaian dan ada orang yang tidak pasti dengan diri sendiri. Putaran hidup memang macam itu. Cuma sebagai manusia biasa kita hanya mampu berusaha,berdoa dan bertawakkal kepada ALLAH serta minta petunjuk daripada ALLAH... Seperti kata-kata di bawah ini......UBAT HATI.......
Manusia hanya mampu merancang tapi ALLAH yang tentukan semuanya....Perjalanan hidup masih panjang untuk kita teruskan. Semua terletak pada diri sendiri untuk mencorak diri sendiri.Yang penting hidup kena ceria dan gembira sebab kalau kita hidup dalam kemurungan pasti akan memudaratkan diri sendiri. Tanya pada diri sendiri apa yang diri sendiri mauhukan....Jangan kerana hanya nak menjaga hati orang lain diri sendiri yang derita.......^_^....
...Ofis aq....
No comments:
Post a Comment