Wednesday, May 02, 2012

Dugaaan itu.....

30/April/2012 - Isnin-

Penghujung bulan 4 yang mempunyai cerita tersendiri. Pagi ini seperti biasa aq pergi ofis tiba-tiba seorang akak  memanggil kami semua pergi biliknya..... Akhirnya apa yang menjadi tanda tanya terhadap dirinya terjawab jua........ Kami sendiri tidak sangka apa yang berlaku terhadap dirinya. Ntahlah memang kita akan di uji tidak kira sama ada cepatnya kita di uji atau lambat. Masa itu akan tiba jua......

Akak tu divorce dengan suaminya sedangkan dah kahwin selama 29 tahun. Bila mendengar ceritanya kami semua menangis dan aq sendiri tidak sanggup nak berlama-lama di dalam biliknya. Aq ni dah lah lemah bila tengok orang nangis dan aq kalau dah layan nangis memang susah nak berhenti. So lebih baik aq keluar buat kerja. Bukan tidak sudi mendengar luahannya tapi aq memang tidak kuat untuk semua. Bila tengok orang lain aq memang akan nangis... Tengok ganas tapi dalam ati ada taman beb...hehehe........


Cuma aq harap akak tu tabah menghadapi segala dugaan yang datang. Kami di sekeliling ada untuk memberi sokongan. Tanpa lelaki kita juga boleh berdiri di kaki sendiri. Kita sebangai manusia memang tidak akan duga apa yang terjadi dengan diri kita sendiri. ALLAH MAHA MENGETAHUI......... Cuma dari kita samada kita kuat menghadapinya atau tidak.........

Thursday, April 12, 2012

Harap-harap ada hikmahnya.........

Sebenarnya esok aq ada interview sebagai pembantu tadbir dekat kementerian kesihatan malaysia (KKM) tetapi aq tolak. Jawatan itu adalah sambilan. Dan aq memang tidak boleh terima memandangkan banyak kekurangan yang ada pada diriku. Hidup di sini banyak yang kena fikir. Tempat tinggal, pengangkutan dan banyak lagi. Mungkin ada hikmahnya aq tolak walaupun aq memang teringin nak masuk kerajaan. Itupun dapat interview sebab ada sorang abg di tempat kerja ku sekarang ini orang rumahnya kerja situ. Walaupun rasa bersalah tapi aq memang kena fikirkan masa akan datang. Kerana itulah aq tidak akan menghadirkan diri esok. Aq dah mula fikir adakah rugi aq lepaskannya............. Macam tak mengenang budi lak. Dah di tolong tapi tak nak lak. Huhuhuhu....... Aq nak beli kereta tapi dalam masa yang sama aq nak kumpul duit untuk kahwin..... Jadi mana satu aq nak dulukan. Kalau ada kereta aq senang nak ke mana-mana. Tapi kahwin pun penting juga sebab aq dengan hasbi dah lama kawan. Takkan hubungan kami hanya sekadar kawan. Lagipun rasanya tak elok selalu keluar tanpa ikatan. Ai pening juga jadi orang bujang ni. Bila dah kahwin lak kena fikir masa depan untuk anak-anak. Nampak sangat manusia tidak akan berhenti berfikir dan merancang apa yang di perlukan dalam kehidupan. Nampaknya aq kena minta maaf dengan abang sekerja dengan aq sebab dia dah tolong tapi aq macam main-main.......Harap-haraplah dia tak marah..........................................................


Friday, April 06, 2012

2 in 1

Cinta tidak seharusnya memiliki........ ya memang cinta tidak seharusnya kita milik kerana dalam alam percintaan pasti ada pengorbanan.... Bersediakan kita untuk berkorban? Mungkin tidak semua orang yang sanggup. Begitu juga dengan aq. Pertama kali dalam hidup aq menghadapi dugaan yang aq sendiri tidak duga yang aq akan di duga dengan dugaan ini. Apatah lagi dalam alam percintaan. Tapi aq kena kuat untuk menghadapi semua ini dan aq harus menghadapi nya. Bak kata orang kalau sudah jodoh pasti tidak ke mana. Pesan seorang kakak di tempat kerjaku “berdoa banyak-banyak supaya apa yang kita rancangkan berjalan dengan lancar dan di permudahkan oleh ALLAH”..... Memang betul katanya... Kita hanya mampu merancang tapi ALLAH yang menentukan. Walaupun percintaan ini mengalami masalah namun aq akan cuba pertahankan sampai akhirnya. Itu tentang alam percintaan........
Hari ini juga, aq berasa kecil hati dengan housemate aq yang sorang tu. Walaupun jarang bertegur sapa tapi janganlah sampai orang lain melihat kami semua sebagai orang jahat. Semalam dia kemalangan tetapi dia tidak balik rumah. Dia pergi rumah orang lain dan aq tahu dia kemalangan pun masa aq sampai di tempat kerja. Ntahlah ragam manusia susah betul nak duga. Baginya kami di rumah ini tidak mengambil kisah dengannya. Tapi kami sebenarnya tidak sekejam itu. Susah senang kami boleh menghadapinya bersama. Tapi apa boleh buat, aq sendiri tidak boleh paksa semuanya.......................... Lumrah kehidupan........................................


Monday, April 02, 2012

Muncul Kembali........^_^

Kini kembali lagi......dah lama aq tak update blog aq ni....dah berhabuk rasanya.... Sejak broadband terminate susah betul mau tulis blog. Di tempat kerja mana ada masa mau update2 blog ni. Sebenarnya banyak story dalam otak ku ni tapi susah aq mau tulis. Semuanya bagaikan rahsia........ Misi bulan 5 ni yang merisaukan aq sekarang ni. Adakah misi tu dapat jalan yang +ve atau –ve..... Ntahlah. Dalam hati ni hanya ALLAH yang tahu. Tahun ni banyak benda yang aq mau buat Cuma aq rasa macam tak mampu nak buat semuanya. Tahun ini jugalah aq baru sedar yang aq perlukan semua itu dan rasa macam menyesal tak mulakan dari awal. Macam itulah manusia, bila keadaan mendesak barulah terfikir mau buat semuanya sedangkan kemampuan manusia ada hadnya. Tentang pekerjaan aq kena berubah. Mencari sesuatu yang lebih baik. Menambah pengalaman yang lebih lagi. Tidak semestinya harus selesa di tempat yang lama. Walaupun sedikit selesa tapi aq kena berani mencari perubahan dalam alam pekerjaan. Pening juga bila fikir pasal alam pekerjaan ni. Semuanya perlukan duit dan semuanya kena ada kerja yang kukuh.....pening....pening........



Wednesday, December 21, 2011

Sabar

            Dalam hidup kita memang memerlukan kesabaran tidak kira apa yang kita buat dan apa yang kita alami. Semuanya terpulang dari kita sama ada kita mampu bersabar atau tidak sekiranya ada masalah  yang menimpa kita. Sebab itulah banyak perkataan yang boleh di kaitkan.....Kadang-kadang kita kata "sabar itu separuh dari iman", "kesabaran aku juga ada hadnya","sabarlah duhai hati" dan banyak lagi............ Bila marah menguasai di mana kesabaran kita? Kita pun tidak akan terfikir sama ada kita mampu untuk bersabar atau tidak. Kesabaran sesama manusia adalah amat penting kerana kalau kita tidak mempunyai kesabaran yang tinggi pasti akan mencetus pergaduhan sesama manusia dan sudah pasti kita tidak akan di senangi dengan semua orang. Sabar VS marah.......Begitulah bila kita kurang sabar mesti akan mencetuskan kemarahan dalam diri kita. Tidak kiranya kita kena sabar di tempat kerja, di rumah atau di persekitaran kita. Lumrah kehidupan yang memelukan pelbagai rempah ratus untuk melengkapkan rasa yang harmoni..........

          Aku terpikat dengan kata-kata ini "Kesenangan, kebahagiaan, kegembiraan, kesedihan, kekecewaan dan kedukacitaan adalah sesuatu yang biasa dialami manusia. Apabila memperolehi sesuatu yang menggembirakan daripada keenakan duniawi maka manusia akan berasa senang dan gembira. Sebaliknya ketika tidak mendapatkan apa yang diingini maka manusia merasa sedih dan kecewa bahkan kadang-kala sehingga ke tahap berputus asa." di petik dari http://nurjeehan.hadithuna.com/2007/02/indahnya-kesabaran/ betul apa setiap baris yang di tulis............. Tidak di nafikan juga, tidak perlu lihat jauh sebab aku lihat diri aku sendiri...... Aku selalu kata "aku juga ada had kesabaran".....Aku tidak di nafikan aku akan mampu bertahan selagi boleh di tahan tapi bila sampai tahap kesabaran yang aku sendiri tidak mampu nak nak tahan pasti akan menimbulkan perasaan marah........ Sampai satu tahap aku akan menangis dan rasa "down' sangat...Begitulah manusia..... Punya had kesabaran.........

     Cuma sebagai manusia kita tidak mampu untuk menghalang daripada orang lain untuk tidak mencabar kesabaran kita...... Apa yang pasti kita kena kuatkan diri sendiri....Muhasabbah diri sendri supaya tidak tewas dengan semua dugaan... Yang paling penting berdoa kepada ALLAH semoga di tetapkan iman dan di tinggikan kesabaran dalam diri sendri........


ofis aku

Wednesday, December 14, 2011

Demam Ombak Rindu....

Sekarang ini orang masih lagi bercakap-cakap tentang Ombak Rindu....Demam Ombak Rindu.....Aq dapat tengok Ombak Rindu ni pun setelah seminggu berada di pawagan....Huhuhu...Itupun setelah dapat paksa pakwe aq ikut sama.... Takkan nak pergi tengok sorang-sorang. Mana best kan......... Setelah 2 jam tengok hari tu bagi aq tak dalah "touching" sangat sebab sebenarnya filem Ombak Rindu ni macam tak banyak persamaan dengan novelnya. Banyak scene yang tak di ambil juga. Jadi bagi aq tak da lah feeling sangat.....Tapi kira ok lah walaupun tak sepenuhnya. So sapa-sapa lagi yang pergi tengok pergilah tengok. Cuma nak lebih syok baca novel Ombak Rindu tu sendiri...Baru dapat merasakkan perasaan yang sebenar.......

Wednesday, November 30, 2011

My Birthday...........

30 November 1987........Lahirlah aq sebagai SERI NOFIAMY BINTI CHAING.........Kini genablah umurku "sebanyak" 24 tahun.....Terasa cepat masa aq rasa. Dulu bila awal tahun aq selalu kata lambat lagi masa berlalu sebab besday aq belum tiba... dan kini besday aq dah tiba dan itu menunjukkan aq dah tua dan umur aq bertambah lagi dan tahun akan beranjak ke tahun yang seterusnya....2012..... YA ALLAH aq bersyukur kepadaMU kerana masih memberi aq peluang untuk hidup lagi.......... Sepanjang hidup ini impianku ada yang dah tercapai ada juga yang belum. Masih banyak lagi yang aq belum kecapi dalam hidup aq ni dan aq pun tidak pasti sama ada aq masih boleh mencapainya atau tidak. Semua itu ALLAH dah tetapkan dan aq hanya mampu merancang sedangkan ALLAH yang menetapkannya.... Aq amat bersyukur dan berterima kasih dengan MAK (MAIMUNAH PARANI) yang telah melahirkan aq, bertarung nyawa demi melahirkan aq......... 

ni lah mak bapa ku dulu...kini dan selamanya...

Aq berharap selama aq hidup di dunia ini mak bapa aq tidak pernah terasa menyesal dengan kelahiran aq kerana aq cuba untuk yang buat yang terbaik walaupun adakalanya aq gagal menjadi anak yang baik buat mereka....T_T...... Mak...Bapa...maafkan anakmu sekiranya pernah menyakiti hati kalian berdua..... Doaku turut menemani kalian supaya sentiasa di redhai ALLAH........ Ntah kenapa sekarang ini aq blur untuk menyusun ayat di dalam blog ini dan aq sendiri tidak tahu apa yang berlegar-legar di kepalaku...aq dah tak tahu nak kata apa.........