Tuesday, July 24, 2012

dia marah....aku sedih

Hari ini aku memang tak da mood mau kerja. Lagipun asyik kena suruh jak. Benda kecil pun aku juga yang buat. Sampaikan bila dia minta tolong aku jadi marah2. Serba tak kena semuanya. Sedihnya bila dia marah. Dia jarang marah tapi kalu dah marah aku yang betul2 rasa kesannya. Sampai sekarang dia tak mesej aku walaupun banyak sudah aku mesej dia...... Huhuhuhu.......... Ntahlah. Aku pun malas sudah mau mesej dia lagi. Memang aku akui silap aku juga. Dia minta tolong aku marah2. Kalau aku pun mesti akan merajuk bila minta tolong tp dia marah2. Maafkanlah aku...........

Bila perasaan marah menguasai kita memang tak kan ingat dengan siapa kita cakap...apa yang kita cakap... sebab itu kadang2 kita marah pada orang yang salah.... T_T. Di sini aku mau kongsikan cara2 untuk mengawal marah selepas aq search daripada beberapa sumber......
  • Pertama kita malu dengan ALLAH bila kita marah sebab ALLAH memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadap kita.
  • Diamkan diri dan berdoa kepada ALLAH supaya ALLAH selamatkan kita daripada sifat marah.

                         "Apabila salah seorang antara kalian marah maka hendaklah dia diam."
                                                (Hadis riwayat Imam Ahmad)

  • Mengambil air wuduk di mana sabda Rasulullah S.A.W   
                       "Marah itu adalah bara api maka padamkanlah ia dengan berwudhuk". 
                  (HR Al-Baihaqi dan sebahagian ulama yang lain menghasankannya)


Sebenarnya banyak lagi tapi malas pulak aku mau tulis.... Hehehe... Sebab mood dah ok.... Biarlah orang marah.... Lama2 eloklah dia tu.....

Monday, July 23, 2012

Hadir Dan Pergi....

Telah dua tahun Nurul Nawarrah  atau hanya di kenali sebagai Warrah menutup pintu hatinya untuk lelaki. Warrah seakan-akan telah berputus asa dengan lelaki setelah di kecewakan. Hidupnya kini hanya di isi bersama-sama dengan kawan-kawannya dan tidak terfikir untuk memikirkan teman lelaki yang istimewa di dalam dirinya. Walaupun telah ramai yang ingin mengisi kekosongan itu namun Warrah belum bersedia lagi. Luka yang di tinggalkan di dalam dirinya oleh insan bernama lelaki masih terasa walaupun telah 2 tahun berlalu. Namun ini tidak bermakna Warrah memusuhi lelaki. Cuma hatinya belum bersedia untuk menerima lelaki lagi.
“Warrah, ko nak gi mana tu?” Nora bertanya apabila melihat Warrah tergesa-gesa keluar daripada perpustakaan.
“Aku nak jumpa Aeil Nora. Ko nak gi mana tu. Nak lepak di library  ke?” Warrah menoleh kearah Nora yang kelihatan bersendirian.
“Mmmmmm ya. Tak tau nak lepak kat mana lagi. Nak balik bilik malas plak aku. K lah ya. Aku masuk dulu.” Nora berlalu meninggalkan Warrah.
Warrah meneruskan langkahnya menuju tempat yang di tujui. Kelihatan ada seseorang yang telah menunggu kedatangannya.
“Assalamualaikum. Maaflah Warrah lambat.” Warrah memulakan kata.
“Waalaikumsalam. Ni napa lambat ni. Memang janji melayu lah Warrah ni.” Tulfaeil sengaja menunjukkan muka masamnya dengan Warrah. Padahal di dalam hati hanya ingin mengusik Warrah. Tulfaeil suka melihat wajah Warrah yang gabra apabila merasakan dirinya bersalah.
“Ala Aeil, Warrah bukan sengaja pun lambat. Tadi Warrah di library tak sedar plak terlajak.” Pujuk Warrah. Sememangnya Warrah tidak sedar yang dia telah terlewat apabila terlalu khusyuk mengelamun. Bukannya study. “Lau Aeil tahu aku terlewat kerana mengelamun maunya aku kena bebel.” Bisik di hati Warrah.
“Ekeleh…. Iyalah tu. Jangan-jangan Warrah mengelamun je kat library tu. Tu yang tak sedar tu. Macamlah Aeil tak tahu Warrah tu macam mana.” Aeil sememangnya mengenali Warrah. Pantang ada masa terluang sikit mulalah mengelamun.
“Hehehe….. Dahlah Aeil. Warrah minta maaf ya. Jom makan. Warrah laparlah. Aeil tak kerja ke?” Warrah mengubah topic perbualan mereka agar Aeil tidak terus-menerus menyalahkan dirinya. Namun Warrah sedar Aeil hanyalah mengusik dirinya.
“ Tak. Half day hari ni. Lau kerja, takkan Aeil nak jumpa Warrah tengah hari ni. Mana sempat nak ulang alik.” Aeil melangkahkah kaki menuju keretanya yang terletak tidak jauh dari situ.
Warrah mengikuti langkah Aeil. Sememangnya mereka telah berjanji untuk bertemu pada hari itu memandangkan Warrah tiada kelas.
“ Warrah nak makan apa?” soal Aeil setelah Warrah menutup pintu kereta.
“Warrah ikut Aeil je. Lagipun Aeil kan yang belanja. Hehehe..” Warrah mengusik.
“Amboi dia yang lambat tapi kita pula yang kena belanja dia.”Aeil menbalas.
“Hehehe Warrah tak kerja lagi lah Aeil. Nanti lau Warrah dah kerja Warrah belanja Aeil makan. Boleh?” Warrah berkata sambil tersenyum.
“ Aeil main-main je lah. Aeil belanja. Kita makan kat KFC je lah ya.” Aeil menghidupkan enjin kereta dan menuju ke tempat yang hendak di tuju.
*******************************************************************************
Perhubungan Warrah dengan Aeil telah menjangkau lima bulan. Perkenalan mereka bermula kerana orang lain. Semuanya takdir yang tidak pernah di duga oleh sesiapa. Pertemuan dan perpisahan semuanya telah di tentukan oleh ALLAH. Warah kini semakin rapat dengan Aeil. Mereka ibarat teman tapi mesra. Setiap ada masa terluang Warrah dan Aeil pasti menghabiskan masa untuk bergurau senda. Sama ada berjumpa atau pun melalui telefon.
“Ko makin rapat dengan Aeil je aku tengok Warrah. Ada apa-apa ke?” Nora cuba meneka.
“Mestilah ada apa-apa bah.” Warrah tersenyum-senyum. Niat di hati ingin memainkan Nora. Warrah tahu sesiapa sahaja yang melihat kemesraan mereka pasti mengatakan yang mereka sedang bercinta namun semua itu tidak benar. Ungkapan cinta antara Warah dengan Aeil tidak pernah berlaku.
“Waaa….. Ko biar betul Warrah. Eh ceritalah macam mana boleh terjadi.” Nora teruja apabila Warrah berkata begitu. Nora tahu telah lama Warrah menutup pintu hatinya terhadap lelaki.
“ Hehehe ko ni excited nya nak tahu. Memanglah aku ada apa-apa dengan Aeil bah. Dia kan kawan aku. Lau tak da apa-apa mesti aku tak kenal dia.” Warrah ketawa besar apabila berjaya memainkan Nora.
Nora menjelirkan lidah ke arah Warrah. “ Sengal lah ko ni Warrah. Aku serius ko main-main plak. Jahat betul.” Nora berkata. “Ada je modal budak ni nak kenakan aku” Nora berkata di dalam hati.
“Hahahaha janganlah bah marah Nora. Ko pun tahu aku kan macam mana. Aku malas nak fikir soal cinta lagi. Aku takut di kecewakan lagi.” Warrah menghabiskan sisa-sisa ketawanya. Warrah tahu Nora takkan marah dengannya. Nora lah merupakan roommate yang paling memahaminya. Berada Universiti Putra Malaysia ini Warrah hanya rapat dengan Nora dan Niza.Niza berlainan bilik namun selalu lepak di bilik mereka kalau ada masa terluang.
“ Tapi aku tengok ko mesra semacam je dengan Aeil. Tak kan di dalam hati ko tak da sedikit pun perasaan dengan Aeil.” Nora tidak berpuas hati dengan jawapan Warrah.
“ Ntahlah Nora. Biarlah ALLAH yang tentukan. Kita tunggu dan lihat sahaja. Aku malas nak fikir hal ini. Aeil layan aku dengan baik aku pun layanlah dia dengan baik juga. Niza buat apa ya.” Warrah mengambil tak kisah dengan semua itu. Walaupun kadang-kadang Warrah takut dengan perasaan yang ingin tumbuh dihatinya.
“Mana-mana ko lah Warrah. Aku sentiasa sokong apa jua yang ko lakukan k fren…… Niza aku tidak tahu mana. Aku rasa tidur je kat biliknya tu.” Nora tidak ingi memaksa Warrah dari berbincang tentang Aeil. “Semoga hatimu terbuka lagi untuk lelaki Warrah.” Doa Nora di dalam hati.
Warrah hanya tersenyum melihat Nora. Namun di dalam hati hanya ALLAH yang tahu. Tidak di nafikan kebaikan yang Aeil tunjukkan sedikit sebanyak membuka ruang di hatinya. Hanya Warrah yang mengeraskan hatinya untuk menafikan semua itu. Warrah memejamkan matanya dan tidak menyedari bila masa dirinya tertidur…………………………………………
*******************************************************************************
Hari itu Warrah betul-betul penat. Jadual kuliahnya begitu padat pada hari selasa. Sesampainya di bilik Warrah terus merebahkan diri ke katilnya. Tiada sesiapa di bilik ketika dia sampai. Nora ada discussion dengan rakan sekumpulannya. Hampir Warrah melelapkan matanya tiba-tiba bunyi hand phone nya menandakan ada mesej masuk memenuhi in box nya. Di dalam hati terasa sedikit marah kerana rehatnya terasa di ganggu. Warrah dengan gerakan malas mencapai begnya. Hand phone di keluarkan dan segera di bacanya.
“Mlm ni kuar jom.”
Mesej yang di terima daripada Aeil. Warrah membalasnya…..
“nak kuar kul berapa?” di dalam hati Warrah terasa malas tuk keluar.
“dlm kul 8mlm.blh?”
“ok.” Warrah memberikan persetujaan juga walau pun penat nya belum hilang lagi. Kerana Aeil, Warrah sanggup mengorbankan masa rehatnya. Warrah sendiri tidak menyangka perkenalan yang tidak pernah di duganya itu sedikit sebanyak telah menciptakan sedikit ruang di hatinya terhadap lelaki. Sememangnya Warrah tidak menafikan yang dirinya gembira mengenali Aeil. Aeil banyak memberikan kegembiraan di dalam dirinya. Warrah mengingati semula detik perkenalan mereka……………………………....
Hand phone Warrah berbunyi minta di angkat. Warrah melihat siapa yang membuat panggilan namun yang keluar di skrin hand phone hanyalah nombor. “ siapa lagi ni.” Bisik di hati Warrah. Mahu tidak mahu Warrah menyambut panggilan itu.
“Assalamualaikum. Ini Warrah ke?” soal pemanggil tersebut.
“Waalaikumsalam. Ya, ni Warrah. Ni siapa?” Warrah menyoalnya kembali.
“Nama saya Tulfaeil. Member saya yang bagi number Warrah dengan saya. Saya harap Warrah tidak marah.” Tulfaeil memperkenalkan dirinya.
“ Siapa yang bagi number saya dengan awak.” Warrah pelik kerana orang yang tidak di kenali menelefonnya.
“ Ingat tak dengan Hafiz? Dia yang bagi number ni dengan saya. Sebab saya perlukan seorang teman sekarang ni.” Aeil menerangkan.
“Ooooo….Hafiz. Ingat, Hafiz apa khabar. Dah lama tak dengar khabarnya. Sombong tul dia.” Warrah cuba memesrakan diri. Hafiz adalah teman lamanya yang di kenalinya masa zaman persekolahan. Namun terpisah apabila Hafiz tidak teringin menyambung pelajarannya dan mengambil keputusan untuk bekerja di Selangor.
“Dia sihat. Awak tak marah kan Hafiz bagi number awak dengan saya.” Aeil takut sekiranya teman yang ingin di kenalinya marah.
“Taklah. Awak kata tadi awak ada masalah. Masalah apa?” Warrah berkata.
“Sebenarnya saya hanya nak mengadu dengan awak. Saya baru putus cinta. Tapi itulah sebenarnya kami tidak bergaduh apa-apa pun. Cuma mak bapa perempuan tu tak suka dengan saya. Entahlah. Bingung dah saya. Saya betul-betul sayang dengan awek saya tu. Tapi macam mana. Sekarang ni kami terpaksa berpisah sedangkan dah 2 tahun saya couple dengan dia.” Aeil mengadu dan nada suaranya kedengaran sedih.
“Sabarlah. Mungkin ada hikmahnya awak putus dengannya. Lagipun awak kena ingat tanpa restu mak bapa kadang-kadang hubungan itu tak kekal juga. Ada jodoh tak ke mana kan. Kalau dia di takdirkan untuk awak mesti dia akan balik ke pangkuan awak.” Warrah berkata. Sememangnya terlalu banyak teman-temannya yang suka mengadu hal percintaan mereka terhadap Warrah. Warrah sendiri tidak tahu kenapa.
“Ntahlah awak. Saya dah blurr sekarang ni. Saya harap saya dapat lupakan dia sepenuhnya.” Hati Aeil terasa sakit kerana hubungan yang di harapkan berkekalan akhirnya putus di tengah jalan.
Agak lama juga Warrah dan Aeil bercerita sehingga masing-masing mencapai kata sepakat untuk bersahabat sampai bila-bila. Teman tapi mesra…………………………………
“Wei mengelamun lagi kerjanya. Mandi tak lagi.” Nora meyergah.
Lamunan Warrah terhadap peristiwa itu tersentak dengan sergahan Nora. Warrah tidak menyedari bila masanya Nora masuk ke bilik.
“Eh ko ni kan. Kacau betullah. Huhuhu…… Aku nak kuar dengan Aeil jap lagi. Nak pesan apa-apa tak?” Warrah mencapai tuala. “ Mandilah. Boleh hilangkan mengantuk” bisik hati Warrah.
“Waaaa nak kuar rupanya. Ni mesti mengelamun sal Aeil ni. Hehehehe…..aku dah beli makanan tadi kat café.” Nora mengusik.
Warrah hanya tersenyum dan berlalu menuju ke bilik air………………………………….
*******************************************************************************
Warrah, Nora dan Niza telah berjanji untuk keluar pada petang itu. Sahaja untuk release tension. Lagipun sudah lama mereka tidak keluar bersama-sama. Tempat yang di tuju hanya Mines kerana dekat.
“Warrah, tak kuar dengan Aeil ke?” Niza bertanya. Ketika itu mereka baru sahaja sampai di Mines.
“Tak. Dia kan kerja. Takkan aku nak ganggu dia. Lagipun aku dengan dia bukan pasangan kekasih nak berkepit 24 jam.” Warrah melangkahkan kakinya ke kedai buku. Kalau boleh Warrah tidak mahu bercerita tentang Aeil. Warrah merajuk hati kerana Aeil memungkiri janji untuk bertemu dengannya semalam sedangkan telah lama mereka tidak bertemu selepas keluar pada malam itu. Kerana itulah apabila Niza dan Nora mengajaknya keluar Warrah terus memberikan persetujuan.
“Kenapa dengan dia tu Nora.” Tanya Niza apabila Warrah seakan-akan mengelak apabila Niza menyebut nama Aeil. Biasanya kalau sebut nama Aeil mesti ada je cerita yang di dengar dari mulut Warrah.
“Ntahlah. Tapi aku rasa dia gaduh dengan Aeil. Sebab semalam dia kata nak kuar dengan Aeil habis kelas Marketing Research tapi aku tengok awal gak dia balik. Dengan muka masam lagi tu. Aku pun tak berani nak tanya. Esok-esok mesti dia cerita dengan kita juga tu. Jomlah.” Nora menarik tangan Niza untuk memasuki kedai yang di tuju Warrah. Kelihatan Warrah sedang leka dengan novel-novel yang ada di situ.
“Warrah jom pi tengok wayang. Lau ada cerita best kita tengok ya.” Ajak Nora kerana tujuan mereka keluar hanya lah untuk mencari hiburan.
“Jap ya. Aku nak beli Novel ni. Nurhayati Berahim. Macam best je tajuk Hati yang Terluka ni. Jap aku pi bayar dulu.” Warrah menuju ke tempat pembayaran. Itulah Warrah yang tidak pernah ketinggalan untuk menyambar sebuah novel apabila mereka keluar.
Tidak lama kemudian mereka bertiga pergi menengok senarai cerita pada hari itu dan memutuskan utuk melihat cerita Knowing…………………
Sebaik sahaja selesai menonton wayang, kedengaran perut masing-masing berbunyi minta di isi.
“Korang nak makan apa?” Niza bertanya.
“ Makan KFC je, boleh?” Nora meyarankan.
Warrah dan Niza hanya mengangguk dan mengikut rentak Nora yang telah yang telah menuju ke restoren KFC. Sememangnya KFC adalah makanan kegemaran mereka bertiga.
Ketika sedang menikmati ayam goreng yang menyelerakan tiba-tiba Nora berkata…..
“Warrah, tu bukan Aeil ke?” Nora menunjuk kearah seseorang yang tidak jauh dari tempat mereka.
Warrah dan Niza menoleh kearah yang di tunjuk oleh Nora. Kelihatan Aeil sedang makan bersama dengan seorang perempuan. Aeil pastinya tidak menyedari kehadiran mereka kerana kedudukan mereka sedikit tersembunyi daripada pandangan orang lain.
Warrah terus memandang kearah Aeil dan cuba mengenal pasti perempuan yang bersama dengan Aiel.
“Eh tu rasanya macam ex girlfriend Aeil. Mereka masih berhubung ke?” Warrah berkata namun pandangnya masih ke arah Aeil.
Niza dan Nora tidak berkata-kata kerana tidak menyangka mereka bertemu dengan Aeil pada hari itu. Hajat di hati ingin mecari keseronokkan namun Niza dan Nora tahu hati Warrah terluka dengan apa yang di lihatnya. Walaupun Warrah tidak pernah menyatakan bahawa Warrah tidak bercinta dengan Aeil namun Niza dan Nora telah lama mengenali Warrah. Mereka tahu perasaan Warrah terhadap Aeil walaupun Warrah sering menafikan. Selera mereka terbantut apabila mereka bertiga berdiam diri.
“Eh kenapa bah korang ni. Jomlah makan. Banyak lagi kan. Rugi tau lau tak habiskan. Jom sambung.” Warrah menghidupkan suasana apabila mendapati semua itu berpunca dari dia. Ya ALLAH, kuatkan hati ku di depan teman-teman ku dengan apa yang aku lihat.
Niza dan Nora saling berpandangan. Warrah menyambung kunyahan seakan-akan tiada apa-apa yang berlaku. Niza dan Nora turut sama mengikut rentak Warrah. Perut yang lapar harus di isi. Warrah mengerling kearah Aeil. Kelihatan mereka tersenyum bahagia namun di hati Warrah hanya ALLAH yang Mengetahui.
*******************************************************************************
Pada petang itu, habis kelas Finance Warrah dan Nora terus balik ke bilik. Niza yang sememangnya kerap lepak di bilik Nora dan Warrah mengikut sama.
“Warrah, kita kan kawan. Aku dah anggap ko dengan Niza macam keluarga aku. Susah senang kita sentiasa bersama. Ada masalah kita kongsi bersama.” Nora membuka kata. Sememangnya Nora dan Niza tahu yang Warrah ada masalah. Sejak beberapa hari Warrah hanya termenung walaupun Warrah berusaha menyembunyikan. Sebagai kawan yang rapat, Nora dan Niza tahu Warrah macam mana.
Warrah hanya diam dan hanya tersenyum. Matanya memandang Nora dan Niza. Warrah tahu teman-temannya itu risau melihat dirinya.
“Ntahlah Nora, Niza. Aku terasa lemah sekarang ini. Ko pun tahu kan sejak hari itu aku tidak lagi rapat dengan Aeil. Aku sendiri tidak tahu di mana silapnya.” Wajah Warrah muram walapun sebentar tadi dia tersenyum.
“Warrah, kami tahu perasaan ko dengan Aeil. Ko tak payah nak sembunyikan dengan kami. Tak salah juga kalau ko jatuh cinta dengan lelaki. Kenapa mesti ko tutup hati ko.” Kali ini Niza yang bersuara.
“Ya Warrah. Jangan rasa bersalah dengan cinta yang hadir dalam hati ko.” Nora menambah.
“Korang tak mengerti. Selama ini aku cuba tutup hatiku kerana aku takut di kecewakan lagi. Tapi silap aku sendiri yang mengambil risiko untuk berkawan rapat dengan Aeil.” Sendu suara Warrah dan ada takungan air mata di matanya. Warrah cuma tidak menangis kerana lelaki itu.
“Nangislah Warrah andai itu yang terbaik buat dirimu. Semua ini kerana perasaan. Kami tidak mampu buat apa-apa. Kami hanya boleh di sisimu di saat ko sedih.” Nora mendekati Warrah. Selama ini Nora mengenali Warrah seorang perempuan yang yang cekal dan kuat.
Warrah memeluk Nora dan tangisannya mula kedengaran. Niza turut memeluk dan kini mereka bertiga berdakapan. Warrah menangis sepuas-puasnya kerana selama ini Warrah menahan kerana tidak mahu teman-temannya risau  tentang dirinya. Tapi hari ini, Warrah tidak mampu untuk menanggungnya.
“Sabarlah Warrah. Luahkan segala-galanya yang terpendam di hati mu tu.” Pujuk Niza.
“Aku sendiri tidak tahu Nora, Niza. Aku rindukan dia. Aku tidak nafikan aku cemburu. Memang dia telah berhubung semula dengan ex-girlfriend nya. Aku sunyi tanpanya. Dah 5 bulan, kenapa baru sekarang. Tidak sayangkah dia dengan hubungan kami. Aku tahu walaupun kami selalu kata kami teman tapi mesra tapi aku juga perempuan yang lemah. Yang akan tersentuh bila terusik. Kenapa dia buat aku begini…..” Warrah kesal dengan sikap Aeil. Kalau dulu dialah teman bila Aeil perlukan………
“Sabarlah Warrah. Ada hikmanya tu. Sekurang-kurangnya hati ko bukan hati batu yang tak mahu terbuka.” Nora cuba berlawak…….
“Apalah ko ni Nora. Aku menangis tapi ko berlawak. Hati aku lembut tau.” Warrah tersenyum jua dengan lawak Nora. Begitulah Warrah yang cepat sejuk dan mudah tersenyum walaupun hatinya sakit.
“Eh dah lah tu k. Pandang positif k Warrah. Ko pun sendiri selalu kata sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya yang kita akan sedari bila masa berlalu.” Niza berkata pula.
Warrah, Nora dan Niza berpelukan lagi. Begitulah mereka bertiga. Sentiasa sokong menyokong walau apa jua yang berlaku……….
*******************************************************************************
Kini Warrah makin tenang. Ada hikmahnya dengan apa yang terjadi dan kita akan sedari bila masa berlalu. Itulah yang selalu Warrah katakan. Warrah sudah tidak kisah dengan Aeil lagi. Mungkin dia telah berbahagia dengan girlfriend nya kembali. Lagipun Aeil sekarang ini juga jarang mengirimkan mesej denagnnya. Semua itu Warrah tidak kisah lagi. Warrah masih punya teman-teman yang lain. Keluarga masih ada yang tidak pernah membuangnya. Kasih sayang yang kekal sampai bila-bila……
Petang itu Warrah dan Aeil janji untuk berjumpa. Ikutkan hati Warrah tidak mahu bertemu dengan Aeil lagi. Untuk apa bertemu dan rapat dengan kekasih orang lain lagi. Namun Warrah ada pekara yang ingin di jelaskan dengan Aeil.
Warrah datang awal di tempat yang di janjinya. “Ya ALLAH, kuatkanlah hatiku untuk menghadapinya. Aku tahu dia bukan untukku. Relakan hatiku untuk lepaskannya dan redhakan hatiku untuk melepaskannya pergi dari hidupku. Terbitkan perasaaan di hatiku terhadapnya hanya perasaan sebagai seorang teman.” Doa di hati Warrah.
“Hai.” Aeil menyapa apabila dari jauh tadi telah melihat Warrah yang seakan-akan mengelamun.
“Eh, Aeil. Tak perasaan plak datang.” Warrah memberikan senyuman.
“Manalah Warrah nak perasaan. Pantang ada masa terluang mesti termenung.” Aeil cuba bergurau dengan Warrah.
Warrah hanya tersenyum dan memang itulah perangainya dari dulu. Warrah dan Aeil diam seketika. Aeil telah mengambil tempat di sisi Warrah.
“Aeil, lama dah kita tak jumpa kan. Rasa kekok plak bila jumpa balik. Dulu kita tak pernah diam. Ada je yang ingin di perkatakan.” Warrah memulakan kata. Aeil hanya mengangguk dan tidak berniat untuk berkata lagi. Warrah menambah apabila di lihatnya Aeil hanya membisu.
“Warrah tahu, Aeil dah balik dengan girlfriend Aeil kan.” Warrah melihat wajah Aeil yang sedikit terkejut. Sememangnya Warrah tidak pernah menanyakan tentang itu dengan Aeil sekirannya mereka berbalas mesej. “Cuma Warrah sedikit terkilan dengan sikap Aeil yang sanggup mengetepikan Warrah apabila Aeil dah berbaik semula dengan girlfriend Aeil. Tapi itu semua hak individu kan. Warrah tak marah dengan Aeil dah. Warrah faham.” Warrah tersenyum kearah Aeil namun di hati terlalu sebak untuk mengungkapkan itu semua.
“Warrah, Aeil minta maaf Warrah. Sebenarnya Aeil nak beritahu hari ini tapi Warrah dah tahu sendiri. Aeil betul-betul minta maaf. Aeil tahu Aeil tidak patut lupakan Warrah cuma Aeil selalu menghabiskan masa bersamanya sehingga tidak ada masa nak keluar dengan Warrah. Maafkan Aeil ya.” Aeil terasa bersalah dengan Warrah. Aeil tidak nafikan Warrah banyak menolongnya untuk mengembalikan semangatnya apabila putus cinta dulu. Sedikit sebanyak perasaan suka terhadap Warrah tumbuh di hati Aeil. Namun kehadiran Yani menyekat semua itu. Hati Aeil masih dengan Yani dan Aiel tidak dapat menolak kenyataan itu.
“Tak pahlah Aeil. Warrah faham dengan itu semua. Sebab itu kita berjumpa hari ini, Warrah ingin beritahu Aeil. Warrah tidak mampu berhubung dengan Aeil lagi. Warrah takut apabila terus berhubung dengan Aeil, perasaan yang mula tumbuh di hati Warrah, Warrah tidak mampu buang. Warrah minta maaf. Bagi Warrah masa untuk lupakan semuanya. Pasti Warrah akan kembali dengan Warrah yang dulu.” Akhirnya apa yang terbuku di hati Warrah terluah jua.
Aeil tidak nafikan perhubungan antara mereka terlalu mesra sehingga ramai yang menyatakan mereka pasangan kekasih. Aeil semakin rasa bersalah dengan Warrah.
“Warrah, Aeil minta maaf.” Aeil menundukkan wajahnya.
“Tak pahlah Aeil. Semua dah takdir. Di saat hati Warrah terbuka kembali untuk lelaki, tetapi ternyata lelaki itu bukan untuk Warrah. Warrah membiarkan hati Warrah terbuka untuk lelaki yang salah. Hehehehe……” Warrah cuba buat lawak.
Aeil tersenyum dan melihat wajah Warrah. Sendu di wajah Warrah kelihatan. “Kejamkah aku? Melukakan hati seorang perempuan yang telah banyak membantuku……….” bisik di hati Aeil.
“Aeil, Warrah terpaksa pergi. Warrah nak temankan Nora pergi kedai. Nak beli barang.” Warrah berdiri sememangnya hatinya lebih sakit bila lebih lama di situ.
“Aeil hantar ya.” Aeil menawarkan diri.
“Tak pahlah Aeil. Warrah boleh balik sendiri. Tak perlu.” Warrah menolak. Cukuplah perhubungan mereka setakat itu. “ Cuma Warrah mohon dengan Aeil, jangan lupakan Warrah ya. Warrah tak nak kehilangan seorang teman yang telah memberikan Warrah kegembiraan walaupun hanya sekejap. Cuma bagi Warrah masa untuk mencari diri Warrah kembali. Jangan hubungi Warrah buat masa ini. Bila hati Warrah bersedia menghubungi Aeil, Warrah akan hubungi.” Sambung Warrah lagi. Namun matanya tidak mampu menatap mata Aeil.
“Warrah, kalau itu yang terbaik untuk Warrah, Aeil akan cuba. Walaupun sukar, Aeil takkan lupakan Warrah bila kita tidak berhubung. Warrah banyak membantu Aeil. Aeil betul-betul minta maaf kerana menghadiahkan kekecewaan di hati Warrah.” Aeil berkata namun mata Aeil terus menatap wajah Warrah.
“Warrah pergi dulu Aeil. Halalkan makan minum Warrah ketika bersama dengan Aeil. Warrah minta maaf andai Warrah melakukan kesilapan terhadap Aeil. Warrah doakan Aeil berbahagia dengan Yani. Itu doa dari seorang kawan.” Sebaik berkata Warrah melangkahkan kaki meninggalkan Aeil tanpa menoleh Aeil lagi. Air mata yang di tahan akhirnya menuruni pipi. Warrah masih tidak kuat untuk menghadapi semua ini.
Aeil melihat Warrah pergi meninggalkannya. Aeil tahu semua ini salahnya. “Maafkan aku Warrah. Maafkan aku. Semoga ko bertemu dengan lelaki yang jauh lebih baik dari aku…..” Bisik di hati Aeil lagi.
*******************************************************************************
Sejak hari itu Warrah banyak menghabiskan masa termenung. Semuanya kerana memikirkan Aeil. Nora dan Niza juga tidak mampu buat apa-apa lagi. Mereka hanya memberi Warrah masa kerana mereka yakin Warrah kuat menghadapi semua itu. Namun sekarang ini tidak lagi. Warrah makin tenang bersama dengan teman-temannya.
“Warrah, ko dah ok ke?” Nora memulakan kata apabila mereka bertiga lepak di tepi tasik tidak jauh dari blok penginapan mereka.
“Mmmmmm aku dah ok Nora, Niza. Dah sebulan pun berlalu. Aku dah lupa semua itu.” Warrah tersenyum memandang teman-temannya. Ketenangan telah ada di wajahnya.
“Baguslah tu. Aku nak Warrah yang dulu tau. Yang kuat dan happy go lucky.” Niza pula berkata.
“Ya bah. Korang kan ada di sisiku.” Warrah mengunyah keropok yang mereka beli tadi.
“Walau apapun kita tetap bersama. Susah senang kita mesti bersama k. Jangan hubungan persahabatan kita ini terputus walaupun Warrah di Sabah, Niza di Pahang  bila tamat pengajian nanti.” Nora mencapai tangan Warrah dan Niza. Kini tangan mereka saling bertautan dan itulah yang di namakan sahabat…………………………………………………………………………
Warrah sedar kekecewaan yang melanda hatinya pasti ada hikmahnya. Warrah makin rapat dengan Nora dan Niza. Aeil sudah pasti gembira dengan Yani. Walaupun Warrah telah melupakan perasaannya terhadap Aeil namun di hati Warrah masih belum bersedia untuk menghubungi Aeil lagi. Bagi Warrah biarlah dia tidak menghubungi Aeil lagi kerana takut akan menganggu hubungan Aeil dengan Yani. Walaupun kadang-kadang Aeil menghantar mesej dengan Warrah, Warrah tidak akan membalasnya. Cukuplah dengan semua yang Warrah rasakan. Kini Warrah hanya menumpukan pengajiannya dan Warrah ingin membalas jasa ibu bapanya………………………………………..
Aeil, semoga kau berbahagia dengan pilihan hatimu. Aku akan simpan perasaanku terhadapmu kerana aku sendiri tidak mampu untuk memaksa ia pergi dalam hatiku kerana ia hadir juga tanpa di paksa. Aku yakin aku pasti akan melupakan semuanya. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya…........................................................................

Bilik ku,
7.35malam
18 May 2009


Friday, July 20, 2012

...Selamat Berpuasa......

Pejam celik pejam celik esok dah nak puasa..... YA ALLAH cepatnya masa berlalu.... Di kesempatan ini aq SERI NOFIAMY BINTI CHAING ingin memohon maaf dengan semua orang jika diriku telah menyakitkan hati sesiapa juga sama ada sengaja atau tak sengaja.... Aq sedar juga kadang-kadang mulut aq ni boleh tahan gak.. huhuhu.... Ntah macam mana mau ubah..... Insya ALLAH satu hari nanti. Semoga ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun lalu. Dan bersama-samalah kita mengubah diri kita ke arah kebaikan. InsyaALLAH.......


Malam ni jangan lupa niat puasa. Penting tau..... ^_^...Jom niat sama2.....

Lepas tu subuh nanti jangan lupa bangun sahur pula...... Sahur walaupun tak wajib tapi sunat tau........

1.Pengertian Sahur
Sahur, ialah makanan yang dimakan pada waktu sahar. Sahar menurut bahasa ialah “Nama bagi akhir suku malam dan permulaan suku siang”. Lawannya ialahashil, akhir suku siang.
Menurut Az-Zamakhsyari, dinamai waktu Sahar dengan Sahar karena ia adalah waktu berlalunya malam dan datangnya siang. Dengan demikian, jelaslah bahwaSahar bukanlah satu atau dua jam sebelum terbit fajar, namun yang dimaksud adalah nama waktu pergantian malam ke siang.
Jadi apabila kita makan pada jam 24.00 (jam 12 malam) atau sedikit setelah itu tidaklah dapat dinamakan  ”Bersahur (mengerjakan makan sahur)”
Ada pun yang dinamakan makan sahur adalah sebagaimana yang dilakukan Rasulullah SAW pada riwayat di bawah ini :
عَنْ اَنَسٍ عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ قَالَ: تَسَخَّرْنَامَعَ رَسُوْلِ اللهِ ص: ثُمَّ قُمْنَا اِلَى الصَّلاَةِ. قُلْتُ: كَمْ كَانَ قَدْرُ مَابَيْنَهُمَا؟ قَالَ: قَدْرَ خَمْسِيْنَ اٰيَةً. ﴿احمد والبخارى ومسلم﴾
Dari Anas dari Zaid bin Tsabit, ia berkata, “Kami pernah bersahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami mengerjakan shalat (shubuh)”. Aku (Anas) bertanya kepada Zaid. “Berapa tempo antara keduanya?. Zaid menjawab, “Sekedar 50 ayat Al-Qur’an).  [HR Ahmad, Bukhari dan Muslim).

2. Hikmah Sahur
Diriwayatkan oleh Ahmad dari Abu Sa’id bahwa Nabi SAW bersabda :
اَاسَّحُوْرُ بَرَكَةٌ فَلاَ تَدَعُوْهُ وَلَوْ اَنْ يَجْرَعَ اَحَدُكُمْ جُرْعَةًمِنْ مَاءٍفَاِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى الْمُسَحِّرِنَ.﴿احمد﴾
Sahur itu suatu berkah. Maka janganlah kamu meninggalkannya, walaupun hanya dengan meneguk seteguk air, karena sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya bershalawat atas orang yang bersahur. [HR Ahmad]
Diriwayatkan oleh Muslim dari ‘Amr bin ‘Ash bahwa Rasulullah SAW bersabda :
فَصْلُ مَابَيْنَ صِيَامِنَ وَصِيَامِ اَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ ﴿مسلم﴾
Yang membedakan antara puasa kita dengan puasa ahli kitab ialah makan sahur. [HR Muslim]

3. Keraguan tentang waktu sahur
Bila seseorang ragu apakah telah habis waktu ataukah belum, maka ia diperbolehkan makan dan minum hingga nyata-nyata baginya bahwa waktu sahur telah habis dan masuk waktu subuh. Firman Allah :
وَكُلُوْاوَاشْرَبُوْاحَتّٰى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ اْلاَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ اْلاَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ﴿البقرة ٢:١٨٧﴾
Dan makanlah, minumlah, sehingga nyata kepadamu benang putih dari pada benang hitam yaitu fajar. [Al-Baqarah 2:187]
Dari ayat diatas jelaslah Allah memperkenankan makan dan minum, sehingga nyata benar terbitnya Fajar.



Tuesday, July 17, 2012

Peningnya.......

Dah beberapa hari pening macam mana nak cari orang part time untuk bazar ramadhan. Aq xnak fikir tapi terpaksa juga fikir. Orang sekarang ni macam demand dah dalam mencari pekerjaan. Mau bagi part time pun xnak. Kebanyakkan yang mau pun perempuan. Lelaki lak xtau mana.... Huhuhu.... Susah juga kan.... Dah banyak hari aq asyik on9.... post sana sini iklan jawatan kosong tapi xda sapa pun yang mau. Sekarang dah 17/hb, sabtu ni dah start puasa. Ntahlah memang payah juga. Dahlah tahun ni  banyak tapak. Tapi harap2lah pakwe aq leh handle.

  Sapa Leh Tolong....Huhuhu....


Macam cepat sangat masa berlalu. Dah nak start puasa. Bila puasa hujung minggu aq mesti akan tolong hasbi dekat bazar ramadhan. Nasib badanlah pak we berniaga.... Awek kena turut sama kan. Cuma buat masa ni masih pening lagi mencari orang kerja part time. ............................................


Sunday, July 15, 2012

Happy Birthday Sayang..... ^_^

15 Julai 2012.....Besday my love aq...... Selamat Hari lahir Sayang....... Walaupun tak dapat celebrate sbb jauh tp sekurangnya aq dah jadi orang yang first wish...hehehehe........Dah tua pun dia..... Hari ni dah masuk 28tahun dia. Aq harap apa yang dia hajati akan tercapai dan mengikut apa yang di rancangkan........

Friday, July 06, 2012

Penghibur ati.... ^_^

Dari kecil aq minat dengan haiwan yang paling aq anggap comel. Walaupun ada sesetengah orang tidak menyukai, geli atau rasa kotor tapi bagi aq ia lah haiwan yang paling comel dan manja..... Mesti semua orang dah dapat teka kan....... Kucing..... haiwan itulah yang paling aq minat.... Aq masih ingat masa umur 10 tahun aq ada seekor kucing. Namanya comel secomel rupanya. Sejak ada comel dalam hidupku aq makin menyayangi haiwan ini. Kalau boleh aq nak pelihara sebanyak mana. Mungkin kerana anak bongsu dan tiada adik, comellah yang aq anggap adik. Tempat aq meluahkan perasaan. Segala-galanya dengan comel. Tapi usia comel tak panjang.............

Kadang-kadang kalau aq nak hiburkan hati aq lihat gambar-gambar kucing yang ada di facebook. Lucu bila tengok gelagat2 "mereka". Menghiburkan. Cuma sekarang aq duduk rumah sewa. Aq teringin nak pelihara kucing tapi housemate aq macam tak suka. Aq tidak boleh pentingkan diri sendiri juga. Tapi keinginan dalam hati begitu kuat..... Huhuhuhu....... Mak aq juga suka kucing. Pernah sekali jiran mak aq tegur sebab dengar mak aq mengomel2 sendiri sedangkan tidak ada sesiapa pun di rumah. Mak aq kata cakap dengan kucing sebab tak pandai dengar kata. Lucu juga bila aq dengar mak aq bercerita. Mak aq mengomel macam mengomel dengan aq bila kucing-kucingnya buat hal. Cuma sekarang ini rumah aq di sabah dah tak da kucing sebab mak aq jarang di rumah. Lagipun kampung aq popular dengan anjing liar. Selalu gigit kucing sampai mati. Banyak kucing aq mati di mulut anjing tu. Sampaikan mak aq dah fed up mau cari kucing lagi untuk di pelihara. Cuma kadang2 ada juga beberapa kucing datang cari makan di rumah. Sebab kalau aq balik kampung, ada jak kucing datang mau makan.

Ni aq bagi nama Putih. Kucing yang selalu berkeliaran di koridar hostel aq masa aq study dekat UPM. Aq selalu bawa dia masuk bilik bila aq tak da kelas. Putih selalu temankan aq dalam bilik. Masa mula2 di muncul dekat koridor hostel aq badan dia comel. Telinga dia hitam dan banyak tahi mata. Aq dengan roomate aq, Mai lah yang bagi bersih sebab kesihan. Cuma tak lama dia di koridor kami. Lepas itu aq pun tak tau dia pergi mana..............



Yang ni aq gelar Putih juga....hehehe sebab kaler dia putih aq tetap panggil putih. Putih ni aq "kenal" dia tahun ni. Dekat Intra Bekal tempat kerja ku sekarang. Sebab apa dia terbaring???? Panjang betul umur c putih ni sebab masa aq jumpa dia, dia dah terbaring dan basah satu badan. Bila aq pegang dia, dia marah. Nampak betul dia kesakitan. Aku nak bawa dia pergi klinik aq tak da transport lepas tu macam mana dengan kos dia. Tengah hari tu aq turun dari ofis tengok dia, mulut dia dah bersemut, najis dah keluar2 dari dubur dia... YA ALLAH sayu betul aq tengok. Lepas tu bos aq yang baik hati tu suruh bawa juga pergi klinik. Alhamdulillah ada juga orang baik hati. Dengan kebenaran bos aq ajak rakan sekerja untuk bawa dia pergi klinik. Sampai di klinik doktor kata hanya mampu berusaha. Sedih betul tengok dia. Putih warded dekat klinik tu sebab masih tak mampu makan sendiri. Terpaksa masukkan tiub dalam badan. Lepas 4 hari, alhamdulillah Putih sihat.... Panjang betul umurnya. Sekarang ini dia dah aktif berkeliaran di sekitar kilang........

Setakat inilah aq cerita pasal kucing. Gambar2 kucingku yang dulu tak da. Maklumlah dulu hanpne tak canggih. Tak boleh tangkap gambar.....hehehe....... Impianku bila ada rumah sendiri aq nak pelihara kucing sebanyak yang mungkin....Hahaha itupun kalau bakal suami aq izinkan. Kalau tak, terpaksalah peliharan paling2 pun 3 ekor kucing...hahahaha..........................................