Sebenarnya esok aq ada interview sebagai pembantu tadbir dekat kementerian kesihatan malaysia (KKM) tetapi aq tolak. Jawatan itu adalah sambilan. Dan aq memang tidak boleh terima memandangkan banyak kekurangan yang ada pada diriku. Hidup di sini banyak yang kena fikir. Tempat tinggal, pengangkutan dan banyak lagi. Mungkin ada hikmahnya aq tolak walaupun aq memang teringin nak masuk kerajaan. Itupun dapat interview sebab ada sorang abg di tempat kerja ku sekarang ini orang rumahnya kerja situ. Walaupun rasa bersalah tapi aq memang kena fikirkan masa akan datang. Kerana itulah aq tidak akan menghadirkan diri esok. Aq dah mula fikir adakah rugi aq lepaskannya............. Macam tak mengenang budi lak. Dah di tolong tapi tak nak lak. Huhuhuhu....... Aq nak beli kereta tapi dalam masa yang sama aq nak kumpul duit untuk kahwin..... Jadi mana satu aq nak dulukan. Kalau ada kereta aq senang nak ke mana-mana. Tapi kahwin pun penting juga sebab aq dengan hasbi dah lama kawan. Takkan hubungan kami hanya sekadar kawan. Lagipun rasanya tak elok selalu keluar tanpa ikatan. Ai pening juga jadi orang bujang ni. Bila dah kahwin lak kena fikir masa depan untuk anak-anak. Nampak sangat manusia tidak akan berhenti berfikir dan merancang apa yang di perlukan dalam kehidupan. Nampaknya aq kena minta maaf dengan abang sekerja dengan aq sebab dia dah tolong tapi aq macam main-main.......Harap-haraplah dia tak marah..........................................................
6 comments:
Cantik bah blo mu seri...
Aku belajar dgn ko bleh tak?
boleh bah.......
"ehhh....bila lah seri ko kawin,!!?
(akolaklan)
dah sampai seru nnt aq kahwin......jgn risau aq jemput juga ko tu.....
wauuuu.. kehidupanmu semakin bgus dear.. Alhamdulillah.. Da nak beli kereta n kawen.. Aku ni kerja pun blum ada lg.. hahhaa..
BTW nti kawen jgn lupa jemput ya.. ku mau jd anak pengantin.. hahah
@✿Cik Suer✿
insyaALLAH ko antara org yg terdahulu aq beritahu......doa2kanlah ya....hehehe
Post a Comment