Friday, April 24, 2015
Keputusan........
Pengalaman Anak Jaundice......
Post ni sekadar berkongsi cerita dimana anak aq Asfa Razin terkena kuning atau jaundice. Semua orang tahu jaundice tu apa kan so tak payahlah nak tulis sinopsisnya,.....hehehe... Asfa Razin kena masa umur dia 3 hari.Sedih....takut.....semua ada dalam fikiran. Memang hati tak tenteramlah walaupun orang kata perkara biasa untuk baby yang baru lahir. Apatah lagi aq jenis yang darah O. Masa tu hari Ahad dan nurse datang rumah. Dia kata anak aq memang kuning dan dia paksa pergi hospital Banting hari tu juga. So petang tu pergilah aq dengan suamiku. Pergi sana nama je kecemasan tapi punyalah ramai orang. Kenalah menunggu, dahlah masih pantang dan jahitan masih berbisa sikit. Demi anak kan.......... Lepas Asfa RAzin ambil darah kena tunggu setengah jam plak. Kami decide untuk tunggu dalam kereta sebab kami pasti kena tahan malam tu juga. Tunggu keputusan darah 2 jam. Masa tu aq memang tak senang dan terasa nak nangis. Kalau boleh aq nak berpantang di rumah...............................
Tuesday, April 21, 2015
Mula kembali..........
ni gambar mula2 lahir....07/11/2014
Wednesday, September 10, 2014
Masa terus berlalu......
Dah agak lama aq tinggalkan blog aq ni.....mmg malas gila nak update sejak kawin ni.....apatah lagi Allah kurniakan rezeki awal makin bertambah malas......huhuhu..... Kini kandungan ku dah berusia 30minggu....Alhamdulillah tidak banyak masalah yang aq hadapi sepanjang kehamilan ini. Cuma masa awal kandungan 2bulan yang begitu mencabar. Mabuk jangan cakap sampai nangis-nangis depan mak mertua.......Malu memang malu tp penatnya masa mabuk tu memang membuatkan aq putus asa.... Astagfirullahalazim..... Cuma sekarang ni tengah mengumpul kekuatan untuk menghadaxpi segala kemungkinan. Ya lah mental dan fizikal kita kuat kan......InshaAllah............... Dan yang paling ketara sekarang ni kenaikan berat badan yang mendadak.... mana tak naik kalau asyik makan jak....siang malam bantai nasi.....hahaha......
Sejak beberapa bulan ni memang banyak betul yang berlaku. Ada yang sedih....gembira..... tekanan...... dan alhamdulillah walaupun menguji kesabaran yang sampai tahap maksimum, Allah tetap lembutkan hati aq untuk terima semuanya...... Lagipun aq tak boleh ikutkan sangat lebih-lebih masa mengandung ni. Kesian anak aq pun ikut sedih juga...
Selama check up minggu ke 30++...... Ya Allah naik 3 kg... Harap2 anak ibu sihat ya di "dalam" ya..... Doktor suruh ambil tekanan darah selang sehari sebab kenaikan berat badan yang berlebihan dalam masa 2 minggu....... Bukan apa doktor kata takut kalau tekanan darah naik nanti boleh jadi sawan. Aq pun baru tahu. Bila dah tahu ni takut jugalah. Takut effect dekat anak. Ya Allah lindungilah anak ku..... Sihatkanlah dia..........
Lepas check up semalam.. mood aq tiba2 macam berubah... Jadi sensitif. Ntahlah pembawakan budak kot. Sampaikan masa tidur.... husband urut kaki tp aq nangis. Aq betul2 jadi sensitif...
ntah apa yang dalam fikiran ni. Husband tanya juga kenapa...makin di tanya makin sebak hati......huhuhuhu.... Sabar ya nak.....ibu jadi sensitif semalam. Sehinggalah pagi nak p kerja... Ntahlah..... Betul kata2..... jika terasa ingin menangis...maka menangislah..... ALLAH kurniakan air mata untuk melepaskan apa yang kita rasa didalam hati dan inshaAllah akan diberikan semula kekuatan...........
Tuesday, March 18, 2014
Siaran Ulangan....... #mywedding#
Gambar-gambar wedding nantilah di upload.....macam tak da masa....Hahaha.....
Tuesday, December 31, 2013
Selamat tahun baru 2014
Xda apa sangat yang nak di kongsikan dalam blog dah..... Nak review tentang perkahwinan gambar yang kat sabah tak siap lagi... Gambar majlis bertandang adalah juga. Tapi nak tunggu gambar yang kat sabah dulu.... Lupa nak beritahu... hari ni dah genap sebulan sehari perkahwinan kami.... Semoga kekal sampai ke Jannah.... Doakan ye kawan-kawan......
Apapapun nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2014...... Semoga apa yang kita rancangkan semuanya berjalan dengan lancar..... Sapa-sapa yang nak berazam tu... semoga mencapai azam baru.......
Friday, December 13, 2013
Seorang Isteri.......
Walaupun 13hari dah menjadi isteri tapi aq masih tak percaya. Hahaha....dulu hidup bujang boleh buat sesuka hati. Sekarang ni apa yang di buat semuanya kena fikir ada suami. Lepas ni dah kuranglah ber Blog..... Sebab dah tak tahu nak story kan apa.....Huhuhu....
Dalam kegembiraan pun ada kesedihan juga. Kucing aq yang bernama Bolat dah mati. Mati sebab jangkitan kuman selepas gaduh dengan kucing liar. Dulu Corak melarikan diri ni sekarang Bolat lak dah mati. Nasiblah ada seekor kucing baru namanya JOJO..... Sekarang kena fokus dengan JOJO jak.....













