Tuesday, April 21, 2015

Mula kembali..........

Bismillahirrahmanirahim......... Setelah sekian lama aq tinggalkan blog ni, baru tergerak hati nak menulis kembali.  Kali ini dengan kehadiran ASFA RAZIN BIN MOHD HASBI..... lepas ni mungkin aq akan cerita pasal dia je lah......hehe......


                                                   ni gambar mula2 lahir....07/11/2014


Sekarang sedar tak sedar dah berusia 5bulan +++..... Alhamdulillah membesar denga sihat walaupun terkilan dalam hati tak dapat full breasfeeding..... T_T.... Asfa Razin dapat full BF just 2 bulan. Lepas tu campur dengan susu formula. Lagipun air susu dah makin kurang. Anak aq lak tak nak melekat sebab rasanya dia tak puas. Genab 4 bulan dah sepenuhnya susu formula. Sedih memang sedih tapi xda rezeki. InsyaAllah aq nak tanamkan azam bila ada anak kedua nanti. Mungkin silap aq juga....pemakanan tak jaga..... perkenalkan susu botol seawal 2 bulan. Tapi tak pahlah, yang penting dia membesar dengan sihat. Alhamdulillah................

Pengalaman bersalin mungkin cerita tu dah basi dan sepanjang panjang memang banyak dugaan. Mungkin lepas ni kot aq akan cerita semuanya. Kekangan masa yang mendesak untuk tidak menjenguk blog tapi aq nak juga tulis. Bolehlah jadi tatapan untuk Asfa Razin bila besar.... InsyaALLAH.........




Wednesday, September 10, 2014

Masa terus berlalu......

Dah agak lama aq tinggalkan blog aq ni.....mmg malas gila nak update sejak kawin ni.....apatah lagi Allah kurniakan rezeki awal makin bertambah malas......huhuhu..... Kini kandungan ku dah berusia 30minggu....Alhamdulillah tidak banyak masalah yang aq hadapi sepanjang kehamilan ini. Cuma masa awal kandungan 2bulan yang begitu mencabar. Mabuk jangan cakap sampai nangis-nangis depan mak mertua.......Malu memang malu tp penatnya masa mabuk tu memang membuatkan aq putus asa.... Astagfirullahalazim..... Cuma sekarang ni tengah mengumpul kekuatan untuk menghadaxpi segala kemungkinan. Ya lah mental dan fizikal kita kuat kan......InshaAllah............... Dan yang paling ketara sekarang ni kenaikan berat badan yang mendadak.... mana tak naik kalau asyik makan jak....siang malam bantai nasi.....hahaha......

Sejak beberapa bulan ni memang banyak betul yang berlaku. Ada yang sedih....gembira..... tekanan...... dan alhamdulillah walaupun menguji kesabaran yang sampai tahap maksimum, Allah tetap lembutkan hati aq untuk terima semuanya...... Lagipun aq tak boleh ikutkan sangat lebih-lebih masa mengandung ni. Kesian anak aq pun  ikut sedih juga...

Selama check up minggu ke 30++...... Ya Allah naik 3 kg... Harap2 anak ibu sihat ya di "dalam" ya..... Doktor suruh ambil tekanan darah selang sehari sebab kenaikan berat badan yang berlebihan dalam masa 2 minggu....... Bukan apa doktor kata takut kalau tekanan darah naik nanti boleh jadi sawan. Aq pun baru tahu. Bila dah tahu ni takut jugalah. Takut effect dekat anak. Ya Allah lindungilah anak ku..... Sihatkanlah dia..........

Lepas check up semalam.. mood aq tiba2 macam berubah... Jadi sensitif. Ntahlah pembawakan budak kot. Sampaikan masa tidur.... husband urut kaki tp aq nangis. Aq betul2 jadi sensitif...
ntah apa yang dalam fikiran ni. Husband tanya juga kenapa...makin di tanya makin sebak hati......huhuhuhu.... Sabar ya nak.....ibu jadi sensitif semalam. Sehinggalah pagi nak p kerja... Ntahlah..... Betul kata2..... jika terasa ingin menangis...maka menangislah..... ALLAH kurniakan air mata untuk melepaskan apa yang kita rasa didalam hati dan inshaAllah akan diberikan semula kekuatan...........

Tuesday, March 18, 2014

Siaran Ulangan....... #mywedding#

Hahaha....... Walaupun dah  berapa bulan berlalu tapi nak juga update pasal my wedding..... Jangan marah haaa........ Lagipun baru dapat gambar dari jurugambar..... ok.... Yang paling aq puas hati adalah pelamin. Tema aq biasalah takkan lari dari warna hijau....so combination warna yang aq pilih hijau pink.... sweeettttnyaaaa......hahahaha...... Memang tip top lah pelamin Andaman Kak Dia.......


Cantik kan pelamin ni. Boleh lah tempah ok... Cuma yang berada di sabah je lah.... ^_^. Dengan Kak Dia ni senang je.... Aq just cakap nak tema hijau pink. Design or deco aq serahkan dengan dia. Sebab aq ni kalau bab-bab ni memang tak cerewet pun. Yang aq tekankan tema warna tu je... Bila serahkan sepenuhnya dengan dia memang tak mengecewakanlah.......... nak tempah link fb dia Andaman Kak Dia

Bab pelamin dah settle. Kalau photographer aq ambil dengan Kak Herny. Kalau tak silap aq nama group meka Rasni Photography. Tapi kalau nak berhubung dengan dia melalui fb Kak Herny je iaitu Rasni Photography

Photographer tu memang sempoi. Macam-macam aksi dia suh buat tapi kami berdua ni pemalu... Hahahaha. Dah di suruh buat aksi gedik-gedik kat atas pelamin tu memang malulah. Tapi meka tak paksa pun. Tu yang syok.....hahahaha..... Yang ni pun hanya terdapat di Sabah je..... Hehehe......

Gambar-gambar wedding nantilah di upload.....macam tak da masa....Hahaha.....

Tuesday, December 31, 2013

Selamat tahun baru 2014

Ting....ting....ting...... esok dah tahun baru.... cepatnya masa berlalu.... Bermula tahun di mana aq adalah seorang isteri.... ^_^....... Kalau imbas kembali memang macam-macam dugaan juga yang kami lalui bersama. Cuma syukur alhamdulillah semuanya dah selesai.

Xda apa sangat yang nak di kongsikan dalam blog dah..... Nak review tentang perkahwinan gambar yang kat sabah tak siap lagi... Gambar majlis bertandang adalah juga. Tapi nak tunggu gambar yang kat sabah dulu.... Lupa nak beritahu... hari ni dah genap sebulan sehari perkahwinan kami.... Semoga kekal sampai ke Jannah.... Doakan ye kawan-kawan......

Apapapun nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2014...... Semoga apa yang kita rancangkan semuanya berjalan dengan lancar..... Sapa-sapa yang nak berazam tu... semoga mencapai azam baru.......

Friday, December 13, 2013

Seorang Isteri.......

Alhamdulillah..... Hanya itu yang mampu aq katakan. Akhirnya aq menjadi seorang isteri kepada Mohd Hasbi Bin Abd Rohin.... Perkenalan selama 4 tahun 2 bulan akhirnya menjadi hubungan yang halal..... Syukur Alhamdulillah..........

Walaupun 13hari dah menjadi isteri tapi aq masih tak percaya. Hahaha....dulu hidup bujang boleh buat sesuka hati. Sekarang ni apa yang di buat semuanya kena fikir ada suami. Lepas ni dah kuranglah ber Blog..... Sebab dah tak tahu nak story kan apa.....Huhuhu....

Dalam kegembiraan pun ada kesedihan juga. Kucing aq yang bernama Bolat dah mati. Mati sebab jangkitan kuman selepas gaduh dengan kucing liar. Dulu Corak melarikan diri ni sekarang Bolat lak dah mati. Nasiblah ada seekor kucing baru namanya JOJO..... Sekarang kena fokus dengan JOJO jak.....

Tuesday, October 15, 2013

Aku tak layak.........T_T

AkU tak layak........ Ya ALLAH peritnya bila dengar perkataan tu. Apatah lagi bila di ucap oleh orang yang kita sayang....... Air mata jangan cakaplah. Mengalir tak henti saat perkataan tu terdengar. Aku tak kira dia nak marah or apa jak pun tapi janganlah sesuka hati nak lemparkan perkataan apatah lagi perkataan yang begitu sensitif.  Lepas tu mudah jak dia anggap semuanya macam biasa. Itulh lelaki...........

Semakin dekat memang semakih banyak dugaan. Perkara kecil memang boleh wat gaduh besar. Tapi fidak fahamkah dia yang sememangnya aku tak suka di desak. Aku diam bukan bermakna aku nak keruhkan keadaan cuma aku diam kerana aku cuba pujuk hati aku untuk tidak ambil hati. Tapi bagi sia aku diam sebab nak keruhkan keadaan..... Dah bertahun tapi masih tak faham dengan  aku.

Cuma aku betul-betul terasa bila dia kata aku tak layak........ Hari raya aidiladha yang tak boleh aku lupakan..............


Monday, October 07, 2013

Makin sensitif......

Waaaaaa dah mula menghitung hari... ahahaha..... Tak sampai 2 bulan lagi. Aq pun apa lagi buat kerja ada je yang x kena. Hahahaha..... Mood nak bercuti dah sampai awal. Walaupun tak semua benda settle.

Cuma sejak akhir-akhir ni aq cepat betul terasa dengan Asbi walaupun benda kecil. Dan aq sedar kerana benda kecil tulah benda besar tak dapat buat. Aq pun tak tahu kena aq begitu sensitif dengan dia. Kekadang macam perangai budak-budak pun ada. Tapi nak buat macam mana.Huhuhu...... Nasib baiklah asbi leh tahan dengan karenahku..

Ya ALLAH... permudahkanlah segalanya. Hari demi hari silih berganti....Takut pun ada juga....Hahahaha....... Doakan semoga semua berjalan dengan lancar.....AMIN........