Friday, June 19, 2015

Stok Ikan Bilis

Biasanya ibu2 akan buat stok ikan bilis ni untuk mendapatkan rasa masin............untuk mengantikan garam.....resepi ni pun aq ambik dari tenet.....



1 . Memula tu kena rendam ikan bilis. Aq rendam 1 hari...malam rendam sampai balik keja baru  
     tapis. Ada orang just rendam 3 jam. Semua tu terpulang pada diri sendiri.
2. Bila dah tapis goreng tanpa minyak. Agak2 dah garing tu kira dah masaklah......
3.  Biarkan sejuk seketika. Blend kering ikan bilis tu menjadi serbuk.
4.  Masukkan dalam tupperware dan pastikan tutup bila wap tak ada....Orang kata kalau tutup time 
     wap nant stok ikan bilis berkulat.
5 Stok ikan bilis ni boleh campur dengan bubur nasi sebagai perasa. Anak aq memang suka........




Selamat Mencuba........



Stok ayam dan Pes ayam (chicken paste)

Kali ni nak kongsi resepi stok ayam dan pes ayam (chicken paste). Aq perkenalkan ayam kat anak aq Asfa Razin masa umur dia 7 bulan. Dulu masa aq mengandung suka makan ayam tapi bila Asfa Razin keluar dia alergik makan ayam ni... dah banyak kali juga percubaan....bila algerik dia aq stopkan jarak dalam 3 4 hari.... cuba lagi tapi memang dia still algerik juga. So aq dah stopkan dia makan ayam.. Tunggu dia besar sikitlah.... Resepi ni pun aq ambik kat tenet juga.... Tapi dari kita nak campur apa-apa yang penting sesuai dengan usia anak kita....




Bahan-bahan
isi ayam ( ada orang guna tulang ayam or kaki ayam)
Bawang Holland
4 sekawan
carrot
celery



Cara-cara
1. Isi ayam basuh dengan tepung untuk hilangkan hanyir... ( cara ni aq baru cuba sebab selama ni aq pun tak tahu... hahaha....)

2. Campur semua bahan-bahan di atas dan rebus. Aq rebus selama sejam. Tapi seeloknya minimum 4jam - 5 jam. Oleh sebab aq buat ni bukan time cuti tu yang masak sekejap. So bergantung pada kita. Tapi ada orang kata makin lama kita rebus makin sedap.... hehehe.....

3.Lepas masak tu asingkan air dengan isi2 yang direbua tadi. Air tu lah yang di panggil stok ayam. Letak dalam bekas dan bekukan.

4. Isi2 yang di asingkan tadi tu jangan buang. kita nak buat chicken paste. Ambil isi ayam, sedikit celery.....jangan banyak sangat celery tu nanti pahit...lobak. Blend semua bahan tersebut menggunakan sedikit air stok ayam. Itulah yang di panggil chicken paste......


Selamat Mencuba......








Friday, April 24, 2015

Keputusan........

26/11/2014 (Rabu)

Pagi-pagi (7:30pagi) kami dah pergi hospital Banting. Nama je temu janji tapi still kena ambil no.... Dahlah orang ramai. Kekadang tension dengan hospital kerajaan ni........Ntahlah..... dalam pukul 10 lebih baru no. giliran di panggil. Jumpa doktor yang sama...doktor yang berdebat dengan Hasbi...huhuhu....... Cek punya cek kuning still ada lagi namun alhamdulillah berat badan dia ada pertambahan...... yang kelakarnya keputusan air kencing tak sampai ke doktor. Doktor suruh tunggu sementara mereka membuat semakan. Tunggu lagi...... dengan ada anak kecik macam tu..... Oleh sebab aq tak tahan dan Asfa Razin pun berak, aq hanya menunggu dalam kereta. Hanya Hasbi yang akan jumpa doktor balik.... Lebih kurang sejam aq tunggu Hasbi, barulah dia muncul... dan keputusannya semuanya negetif.... Alhamudillah...tiada sebab lain kenapa anak ku kuning tak hilang-hilang. Doktor hanya kata sebab dia breastfeeding sepenuhnya jadi kuningnya akan lambat turun......... selesai satu masalah......


27/11/2014 (Khamis)

Dan cerita hari ni  pulak...seperti biasa pagi2 dah keluar rumah. Cuma kali ni, Asfa Razin aq tinggalkan kat kedai untuk mak mertua ku jaga. Ya lah, takkan nak bawa dia kan. Kesian plak dia. Sampai Hospital, kena menunggu.... Itu adalah perkara wajib bila kat hospital........ Sampai giliran aq, bila doktor cek, jahitan memang terbuka. Hasbi di panggil masuk untuk berbincang sekali. Doktor kata jahitan tu memang terbuka dan atas pilihan kita, nak jahit semula atau biarkan daging dalam tu naik sendiri. Kalau tak jahit, benda tu tak cantik dan itu terpulang dari suami. Alhamdulillah, Hasbi tak kisah semua tu dan dia minta aq yang decide sendiri...Cantik or tak, dia tak kisah.... Kalau aq, memang aq tak sanggup nak jahit semula. Sebab kalau nak jahit, kena masuk wad balik, kena start pantang semula....... Lagipun aq fikirkan anak aq. Dahlah kena pantang sendiri-sendiri....... So kami ambil keputusan untuk tidak jahit semula. Selagi benda tu tak da kesan yang memudaratkan tak pahlah. Tapi benda ni memang kena bincang dengan suami kita lah...........

Masa jahitan terbuka tu, aq memang ada search dekat tenet juga.....tak banyak isu tentang ni. Tapi aq ada juga cuma ubat ni...yang beli kat farmasi........

sumber dari google


Aq guna benda tu....... beli kat farmasi. Tapi tak semua farmasi ada......... Cubalah..... Tapi benda ni takkan 100% boleh cantumkan semula. Apatah macam kes aq ni, mungkin benda ni boleh berkesan bila dapat tahu mula-mula jahitan terbuka. Terus sapu benda ni. Mungkin berkesan. Kes aq ni dah lama baru nak guna....huhu..................... Tapi semua ni boleh di baiki masa kita bersalin lagi.... Selagi suami kita tak kisah, tak pahlahkan............................


Pengalaman Anak Jaundice......

09/11/2014 (Ahad)

Post ni sekadar berkongsi cerita dimana anak aq Asfa Razin terkena kuning atau jaundice. Semua orang tahu jaundice tu apa kan so tak payahlah nak tulis sinopsisnya,.....hehehe... Asfa Razin kena masa umur dia 3 hari.Sedih....takut.....semua ada dalam fikiran. Memang hati tak tenteramlah walaupun orang kata perkara biasa untuk baby yang baru lahir. Apatah lagi aq jenis yang darah O. Masa tu hari Ahad dan nurse datang rumah. Dia kata anak aq memang kuning dan dia paksa pergi hospital Banting hari tu juga. So petang tu pergilah aq dengan suamiku. Pergi sana nama je kecemasan tapi punyalah ramai orang. Kenalah menunggu, dahlah masih pantang dan jahitan masih berbisa sikit. Demi anak kan.......... Lepas Asfa RAzin ambil darah kena tunggu setengah jam plak. Kami decide untuk tunggu dalam kereta sebab kami pasti kena tahan malam tu juga. Tunggu keputusan darah 2 jam. Masa tu aq memang tak senang dan terasa nak nangis. Kalau boleh aq nak berpantang di rumah...............................

Lepas 2 jam tu, keputusan darah keluar.....tinggi.... bacaan kuning 297 klu tak silap aq. Kenalah duduk dekat wad. Hospital Banting........ layanan nurse ok cuma kemudahan terlampau kurang. Mentang2lah hospital lama. Masa tu wad bayi tengah renovate so terpaksa menumpang dekat wad kanak2.... Kedudukan plak sempit gila...... Memang sengsara bagi mak2 yang masih dlm pantang ni.....
hari pertama masuk wad...sedih....


Hari pertama masuk wad....duduk bawah lampu Asfa razin memang langsung tak nak duduk dalam katil tu. Mungkin tak selesa agaknya. Terpaksa aq pangku dia macam tu. Sedih memang sedih...Nangis juga aq tapi aq kena kuat demi anak aq. Yang membimbangkan aq juga masa tu, masa nurse cek dengupan jantung dia laju..... Mahu tak mahu terpaksalah dia pakai wayar oksigen. Bertambah sedih bila melihatnya. Dahlah pakai benda tu dia tak sukar nak bernafas. Doktor kata mungkin dia terkena jangkitan kuman. Ya ALLAH, aq redha dengan semua ni. Memang aq tak boleh lupakan semua ni....... semalam aq pangku dia. Berat badan dia pun sebenarnya susut... Masa lahir 3.15 kg tapi hari tu turun ke 3kg...... 


10/11/2014(Isnin)

Esok paginya, rutin kat hospital tu doktor akan cek pagi-pagi. Bacaan masih kuning lagi dan terpaksa duduk bawah lampu lagi. Cuma pagi tu Asfa Razin dah boleh duduk dalam katil dia dan masa tulah aq boleh rehatkan diri. Hasbi plak boleh masuk tengha ari je masa melawat. Masa Hasbi datang kami bagi dia minum sikit susu kambing segar. Kita ikhtiar selagi boleh kan memandangkan kuning dia masih lagi tinggi.


11/11/2014 (Selasa)

Hari ni bacaan kuning dia dah turun. Alhamdulillah........tapi terpaksa duduk seminggu sebab nak pantau pernafasan dia. Doktor bagi masuk antibiotik untuk menguatkan paru-parunya. Kiranya susu kambing tu berkesan juga lah.

bila di benarkan pakai baju


12/11/2014 (Rabu) & 13/11/2014 (Khamis)

Hari rabu tiada apa-apa perubahan dan hari Khamis wayar oksigen di buka...cuma terpaksa duduk dalam wad lagi untuk meneruskan antiobiotik tu...... Alhamdulillah. Rasa lega bila wayar-wayar tu di cabut. Kalau ada wayar tu, bukan saja menyukarkan pergerakkan Asfa Razin, malah menyukarkan aq untuk menyusukannya. Dahlah anak aq ni jenis yang aktif. 


14/11/2014 (Jumaat)

Bila hari jumaat tu kuning dia naik balik. Ingatkan kuning dah settel........ Terpaksa duduk bawah lampu sekali lagi. Memang dugaanlah. Lepas satu....satu lagi.... Time tu dalam hati memang dah tak tentu. Macam mana kalau kuning dia tak nak turun esok. Kena tahan lagi ke??????



15/11/2014 (Sabtu)

Pagi sabtu tu, bila doktor cek, kuning dia ada lagi cuma paras bacaan kuning tu di bawah paras yang berbahaya mengikut berat badannya. So petang tu akhirnya boleh balik rumah selepas mengambil antibiotik yang terakhir. Alhamdulillah........ boleh balik rumah dan temu janji seterusnya hari selasa minggu depan untuk pantau penafasan dia lagi.... Lega bila sampai rumah.... Ya lah pantang entah ke mana. Dahlah first time memang tak tahu macam mana...........



16/11/2014 (Ahad)

Pagi ada nurse datang rumah. Yang datang Kak Rohayu tu. Dia memang nurse yang jaga rekod aq bila dah masuk trisemester tu. So bila cek Asfa Razin kuning ada lagi so kak Rohayu suruh datang KK esok  Dan bila part aq plak...... Cek luka...... JAHITAN TERBUKA...... Astagfirullahalazim...... Nak kata sakit memang aq tak rasa apa2. Cuma pedih sikitlah. .... Masalah baru yang aq hadapi. 



17/11/2014 (Isnin)

Pagi-pagi tu aq dgn Hasbi ke KK Bukit Changgang untuk cek bacaan kuning Asfa Razin. Tinggi lagi.... Ya Allah... time tu aq dah tak mampu nak berkata apa-apa. Doktor suruh ke Hospital lagi namun aq beritahu ada temu janji esok dan doktor dengan berat hati membenarkan aq untuk pergi esok. Sebab kalau diikutkan aq kena pergi hospital hari itu juga. Cuma masa tu doktor nasihatkan supaya pantau keadaan Asfa Razin.



18/11/2014 (Selasa)

Pagi tu, kami bawa Asfa Razin pergi kedai......mak mertua jemur, kami akan usaha selagi boleh. 

nyenyaknya anak ibu ni........



Aq dan suami dah redha untuk hadapi semua ni. Kalau kena tahan sekali lagi, aq redha. Demi anak aq sanggup walaupun jahitan aq terbuka masa tu. Petang tu kami pergi Hospital Banting sekali lagi. Menghadap doktor dengan hati yang berdebar-debar walaupun tahu akan kena tahan. Macam biasa, ambil darah lagi. Kesian anak ibu kena cucuk lagi.....sabar ya nak...... sementara tunggu keputusan darah, doktor cek penafasan dia laju lagi. Doktor suruh masukkan wayar oksigen ke hidung dia.... Dalam hati aq, sekali lagi???????? Ya ALLAH........ Tapi Hasbi tak benarkan. Agak lama juga dia dengan doktor bedebat dan akhirnya Hasbi tetap juga berkeras untuk tidak mahu anak dia mengunakan wayar oksigen tu. Kalau nak tahan pun biar atas kes kuning. Bukan kerana penafasan......... Bacaan kuningnya tinggi....... 304............ dan bermula lagi kisah............


19/11/2014(Rabu)

Bila duduk kat hospital ni, aq dah redha. Aq terima dengan hati terbuka. dalam fikiran kuat demi anak.........




Aq ambil gambar ni sebab geli hati tengok gelagat anak aq tidur.... dah lah buas.....hehehe.... Pandai anak ibu ni menghiburkan hati ibu. Ibu akan teman Asfa Razin sampai bila2 nak. Yang penting Asfa Razin sihat................................


20/11/2014 (Khamis)

Hari ni, Asfa Razin dah boleh keluar. Bacaan kuning masih tinggi tp macam biasalah, bacaan tu paras yang di benarkan dengan berat badannya. Mungkin kuning tu tak nak pergi sebab aq darah O. Mana-mana yang berdarah O, anak pasti akan dapat kuning. Cuma beza sekejap or lama. Sebelum keluar tu, Asfa Razin kena ambil air kencing sebab dah nak dekat 2 minggu kuning. Mereka nak tengok sama ada, ada "benda" lain yang menyebabkan kuning ni berterusan. Petang tu kami balik rumah....... Alhamdulillah...............................


21/11/2014 (Jumaat)

Pagi tu, nurse datang rumah check up. Kuning ada lagi dan nurse suruh pergi cek dekat KK petang tu..... Masa tu, aq pun tak tahu kenapa aq beremosi........ Memang lemah semangat bila nurse suruh pergi KK lagi.... Memang menangis lah time tu. Tapi nasib baik Hasbi pujuk untuk kuatkan semangat. Petang tu lepas solat Jumaat, kami pergi................... Bila ambil darah, kuning still ada lagi.....222.............. Sabar je lah....... Tapi oleh sebab dah ada temu janji untuk keputusan air kencing tu, doktor kata tunggu keputusan tu. Cuma kena pantau keadaan dia. Kalau nampak dia lemah terus bawa ke Hospital. Tapi itupun doktor suruh repeat ambil darah hari isnin lagi..............



24/11/2014 (Isnin)

Pagi-pagi dah terpacak kat sini, sebab apa?? Macam biasalah, cek kuning dan aq sekali....... Memang kuning ni tak nak tinggalkan anak aq....huhu.... Bacaan still lagi 200+++....... Ntahlah, macam-macam juga kami dah buat...mandikan dengan air itu ini....pun tak jalan juga. Bila part aq plak, pasal jahitan tu, memang terbuka habis.... Masa tu memang aq rasa pedih bila duduk. Tapi kalau berjalan tak rasa apa-apa. Terus doktor rujuk aq pergi hospital. Sekali lagi kena pergi........ Dapat je surat tu, kami terus pergi sana. Time memang lemah semangat balik. Kena jahit balik ke????????? Dahlah bagi aq masa jahit lagi sakit berbanding masa teran...... Ya Allah...kuatkanlah semangat ku........... Bila doktor pakar check, jahitan tu memang terbuka cuma dia ambil specimen tuk di uji tgk ada kuman or tak. Cuma antibiotik kena ambil mengikut time yang di tetapkan............ Temu janji seterusnya.......27/11/2014..... Asfa Razin plak  26/11/2014.............. Memang jadi pelawat tetap kat Hospital Banting ni......yang tu aq post kat entry lain plak.......


Tuesday, April 21, 2015

Mula kembali..........

Bismillahirrahmanirahim......... Setelah sekian lama aq tinggalkan blog ni, baru tergerak hati nak menulis kembali.  Kali ini dengan kehadiran ASFA RAZIN BIN MOHD HASBI..... lepas ni mungkin aq akan cerita pasal dia je lah......hehe......


                                                   ni gambar mula2 lahir....07/11/2014


Sekarang sedar tak sedar dah berusia 5bulan +++..... Alhamdulillah membesar denga sihat walaupun terkilan dalam hati tak dapat full breasfeeding..... T_T.... Asfa Razin dapat full BF just 2 bulan. Lepas tu campur dengan susu formula. Lagipun air susu dah makin kurang. Anak aq lak tak nak melekat sebab rasanya dia tak puas. Genab 4 bulan dah sepenuhnya susu formula. Sedih memang sedih tapi xda rezeki. InsyaAllah aq nak tanamkan azam bila ada anak kedua nanti. Mungkin silap aq juga....pemakanan tak jaga..... perkenalkan susu botol seawal 2 bulan. Tapi tak pahlah, yang penting dia membesar dengan sihat. Alhamdulillah................

Pengalaman bersalin mungkin cerita tu dah basi dan sepanjang panjang memang banyak dugaan. Mungkin lepas ni kot aq akan cerita semuanya. Kekangan masa yang mendesak untuk tidak menjenguk blog tapi aq nak juga tulis. Bolehlah jadi tatapan untuk Asfa Razin bila besar.... InsyaALLAH.........




Wednesday, September 10, 2014

Masa terus berlalu......

Dah agak lama aq tinggalkan blog aq ni.....mmg malas gila nak update sejak kawin ni.....apatah lagi Allah kurniakan rezeki awal makin bertambah malas......huhuhu..... Kini kandungan ku dah berusia 30minggu....Alhamdulillah tidak banyak masalah yang aq hadapi sepanjang kehamilan ini. Cuma masa awal kandungan 2bulan yang begitu mencabar. Mabuk jangan cakap sampai nangis-nangis depan mak mertua.......Malu memang malu tp penatnya masa mabuk tu memang membuatkan aq putus asa.... Astagfirullahalazim..... Cuma sekarang ni tengah mengumpul kekuatan untuk menghadaxpi segala kemungkinan. Ya lah mental dan fizikal kita kuat kan......InshaAllah............... Dan yang paling ketara sekarang ni kenaikan berat badan yang mendadak.... mana tak naik kalau asyik makan jak....siang malam bantai nasi.....hahaha......

Sejak beberapa bulan ni memang banyak betul yang berlaku. Ada yang sedih....gembira..... tekanan...... dan alhamdulillah walaupun menguji kesabaran yang sampai tahap maksimum, Allah tetap lembutkan hati aq untuk terima semuanya...... Lagipun aq tak boleh ikutkan sangat lebih-lebih masa mengandung ni. Kesian anak aq pun  ikut sedih juga...

Selama check up minggu ke 30++...... Ya Allah naik 3 kg... Harap2 anak ibu sihat ya di "dalam" ya..... Doktor suruh ambil tekanan darah selang sehari sebab kenaikan berat badan yang berlebihan dalam masa 2 minggu....... Bukan apa doktor kata takut kalau tekanan darah naik nanti boleh jadi sawan. Aq pun baru tahu. Bila dah tahu ni takut jugalah. Takut effect dekat anak. Ya Allah lindungilah anak ku..... Sihatkanlah dia..........

Lepas check up semalam.. mood aq tiba2 macam berubah... Jadi sensitif. Ntahlah pembawakan budak kot. Sampaikan masa tidur.... husband urut kaki tp aq nangis. Aq betul2 jadi sensitif...
ntah apa yang dalam fikiran ni. Husband tanya juga kenapa...makin di tanya makin sebak hati......huhuhuhu.... Sabar ya nak.....ibu jadi sensitif semalam. Sehinggalah pagi nak p kerja... Ntahlah..... Betul kata2..... jika terasa ingin menangis...maka menangislah..... ALLAH kurniakan air mata untuk melepaskan apa yang kita rasa didalam hati dan inshaAllah akan diberikan semula kekuatan...........

Tuesday, March 18, 2014

Siaran Ulangan....... #mywedding#

Hahaha....... Walaupun dah  berapa bulan berlalu tapi nak juga update pasal my wedding..... Jangan marah haaa........ Lagipun baru dapat gambar dari jurugambar..... ok.... Yang paling aq puas hati adalah pelamin. Tema aq biasalah takkan lari dari warna hijau....so combination warna yang aq pilih hijau pink.... sweeettttnyaaaa......hahahaha...... Memang tip top lah pelamin Andaman Kak Dia.......


Cantik kan pelamin ni. Boleh lah tempah ok... Cuma yang berada di sabah je lah.... ^_^. Dengan Kak Dia ni senang je.... Aq just cakap nak tema hijau pink. Design or deco aq serahkan dengan dia. Sebab aq ni kalau bab-bab ni memang tak cerewet pun. Yang aq tekankan tema warna tu je... Bila serahkan sepenuhnya dengan dia memang tak mengecewakanlah.......... nak tempah link fb dia Andaman Kak Dia

Bab pelamin dah settle. Kalau photographer aq ambil dengan Kak Herny. Kalau tak silap aq nama group meka Rasni Photography. Tapi kalau nak berhubung dengan dia melalui fb Kak Herny je iaitu Rasni Photography

Photographer tu memang sempoi. Macam-macam aksi dia suh buat tapi kami berdua ni pemalu... Hahahaha. Dah di suruh buat aksi gedik-gedik kat atas pelamin tu memang malulah. Tapi meka tak paksa pun. Tu yang syok.....hahahaha..... Yang ni pun hanya terdapat di Sabah je..... Hehehe......

Gambar-gambar wedding nantilah di upload.....macam tak da masa....Hahaha.....

Tuesday, December 31, 2013

Selamat tahun baru 2014

Ting....ting....ting...... esok dah tahun baru.... cepatnya masa berlalu.... Bermula tahun di mana aq adalah seorang isteri.... ^_^....... Kalau imbas kembali memang macam-macam dugaan juga yang kami lalui bersama. Cuma syukur alhamdulillah semuanya dah selesai.

Xda apa sangat yang nak di kongsikan dalam blog dah..... Nak review tentang perkahwinan gambar yang kat sabah tak siap lagi... Gambar majlis bertandang adalah juga. Tapi nak tunggu gambar yang kat sabah dulu.... Lupa nak beritahu... hari ni dah genap sebulan sehari perkahwinan kami.... Semoga kekal sampai ke Jannah.... Doakan ye kawan-kawan......

Apapapun nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2014...... Semoga apa yang kita rancangkan semuanya berjalan dengan lancar..... Sapa-sapa yang nak berazam tu... semoga mencapai azam baru.......

Friday, December 13, 2013

Seorang Isteri.......

Alhamdulillah..... Hanya itu yang mampu aq katakan. Akhirnya aq menjadi seorang isteri kepada Mohd Hasbi Bin Abd Rohin.... Perkenalan selama 4 tahun 2 bulan akhirnya menjadi hubungan yang halal..... Syukur Alhamdulillah..........

Walaupun 13hari dah menjadi isteri tapi aq masih tak percaya. Hahaha....dulu hidup bujang boleh buat sesuka hati. Sekarang ni apa yang di buat semuanya kena fikir ada suami. Lepas ni dah kuranglah ber Blog..... Sebab dah tak tahu nak story kan apa.....Huhuhu....

Dalam kegembiraan pun ada kesedihan juga. Kucing aq yang bernama Bolat dah mati. Mati sebab jangkitan kuman selepas gaduh dengan kucing liar. Dulu Corak melarikan diri ni sekarang Bolat lak dah mati. Nasiblah ada seekor kucing baru namanya JOJO..... Sekarang kena fokus dengan JOJO jak.....

Tuesday, October 15, 2013

Aku tak layak.........T_T

AkU tak layak........ Ya ALLAH peritnya bila dengar perkataan tu. Apatah lagi bila di ucap oleh orang yang kita sayang....... Air mata jangan cakaplah. Mengalir tak henti saat perkataan tu terdengar. Aku tak kira dia nak marah or apa jak pun tapi janganlah sesuka hati nak lemparkan perkataan apatah lagi perkataan yang begitu sensitif.  Lepas tu mudah jak dia anggap semuanya macam biasa. Itulh lelaki...........

Semakin dekat memang semakih banyak dugaan. Perkara kecil memang boleh wat gaduh besar. Tapi fidak fahamkah dia yang sememangnya aku tak suka di desak. Aku diam bukan bermakna aku nak keruhkan keadaan cuma aku diam kerana aku cuba pujuk hati aku untuk tidak ambil hati. Tapi bagi sia aku diam sebab nak keruhkan keadaan..... Dah bertahun tapi masih tak faham dengan  aku.

Cuma aku betul-betul terasa bila dia kata aku tak layak........ Hari raya aidiladha yang tak boleh aku lupakan..............


Monday, October 07, 2013

Makin sensitif......

Waaaaaa dah mula menghitung hari... ahahaha..... Tak sampai 2 bulan lagi. Aq pun apa lagi buat kerja ada je yang x kena. Hahahaha..... Mood nak bercuti dah sampai awal. Walaupun tak semua benda settle.

Cuma sejak akhir-akhir ni aq cepat betul terasa dengan Asbi walaupun benda kecil. Dan aq sedar kerana benda kecil tulah benda besar tak dapat buat. Aq pun tak tahu kena aq begitu sensitif dengan dia. Kekadang macam perangai budak-budak pun ada. Tapi nak buat macam mana.Huhuhu...... Nasib baiklah asbi leh tahan dengan karenahku..

Ya ALLAH... permudahkanlah segalanya. Hari demi hari silih berganti....Takut pun ada juga....Hahahaha....... Doakan semoga semua berjalan dengan lancar.....AMIN........

Friday, September 13, 2013

Ujian HIV.....Alhamdulillah........

Hari ini ambil half day petang sebab nak wat ujian hiv. Minggu lalu hasbi beritahu yang dia nak buat ujian hiv tu. So misi minggu ni mmg nak buat ujian hiv tu. Hari isnin baru2 ni hasbi call klinik kesihatan seri kembangan. Kalau ikutkan hati aq nak cari klinik kesihatan yang xpayah nak wat temu janji. Walk in je tapi bila dapat call KK seri kembangan kena wat temu jani. Itupun hanya 3 hari je. Isnin....Selasa....Jumaat. So hasbi pilih hari jumaat sebab oleh kerana aq ni makan gaji dgn org kenalah mohon cuti 4 hari sebelum nak cuti tu. Petang hari isnin tu jugalah aq isi form cuti.  Ambil half day je...Jimat cuti....hahaha....

Hari selasa tu hasbi pergi wat temu janji tu sebab tak boleh buat temu janji by phone. Lega bila dah confirm buat hari jumaat..... so prosedur wat ujian hiv di klinik kesihatan seri kembangan ni...... sampai sana kena ambil nombor... pastu kena isi borang. Bagi perempuan ni dia bagi 2 borang. 1 borang untuk saringan hiv dan lagi satu untuk kehamilan. Bila dah habis isi borang... hasbi dah ke bilik 6 tapi aq kena p check darah tinggi.... ketinggian...berat.... barulah pergi ke bilik 6.

Tunggu punya tunggu giliran aq sampai..... Memang berdebar2...... Masa nurse tu cucuk memang x sanggup nak tengok. Seram.... Dahlah cari urat x dapat2....Memang pedihlah. Dahlah ambil darah ku banyak....hahaha...... Selesai ambil darah tu kena hantar lak darah tu ke makmal 7. Mungkin nak check kencing manis or apa je lah....... Yang peliknya lelaki meka cucuk hujung jari je. Kalau perempuan dekat lipatan lengan tu............ Nak tunggu keputusan tu lah yang lama. Hampir sejam 30minit tungu. Barulah keputusan tu dapat. Alhamdulillah selesai satu pekara penting.....Simple tapi leceh sebab tunggulama. Tapi syukur sangat2 sebab dah selesai dan yang penting alhamdulillah aq BEBAS DARI HIV..... hehehe......



                                     Asbi dapat kawan dari China...

                                       Keputusan.......


Monday, August 12, 2013

Cuba fikir positif......

X sedar masa berlalu dengan pantas...... Lebih kurang 3 bulan lagi majlis tu tapi rasanya satu persediaan pun belum ada lagi. Ingatkan masa raya ni bolehlah buat hantaran tapi sebab akak aq yg balik raya sekali tu terpaksa balik awal jadinya tak dapatlah buat. Dugaan lagi dengan tertangguhnya apa yang di rancang. Mak aq pulak kata abg aq yang kat tawau mahu seorang or kena ada wakil masa hantaran tu. Andailah sabah ngan semenanjung ni dekat kan tak kisahlah nak balik berkali2....... 

Tapi seorang kawan ku kata mungkin familyku di sabah xmau di kemudian hari ada orang cakap yg bukan2. Maklumlah mulut org susah nak tutup. Mungkin aq pun kena fikir positive juga. Lagipun aq kan bongsu..... Majlis perkahwinan yang terakhir dalam adik beradik. InshaAllah. Aq terpaksa slow talk dengan family asbi dan aq harap familynya x fikir aq ni menyusahkan pihak mereka. Risau juga kan. Dahlah masa merisik tu pun mereka kena datang.

Semoga semuanya di permudahkan...... inshaAllah.......

Tuesday, June 18, 2013

3011.......Syukur Alhamdulillah.......


Alhamdulillah....hanya itu yang mampu aq ucapkan...... salah satu impian aq tercapai. Alhamdulillah. Walaupun x semewah orang lain tapi atas usaha sendiri akhirnya dapat juga. Kiranya adalah juga daripada tak da kan. InshaAllah 3011 akan membawa banyak erti buat diriku dalam tahun ni.... Alhamdulillah..... WYM 3011..............

Saturday, April 20, 2013

My Corak & Bolat.......



Ok kali ni aq nak cerita sal Corak & Bolat...Sapa mereka? Mereka adalah kucing kesayanganku. Mulanya yang menjadi peneman corak. Dari kecil umur sebulan kot aq ambil dia kat kilang. Sedih juga sebab pisahkan dia ngan mak dia tapi nak ambil sekali ngan mak dia aq dah boleh. Nanti aq x mampu nak jaga. Lagipun bukan umah sendiri kan. Kalau umah sendiri memang aq dah angkut.Hahaha..........Corak ni adalah jantan.... Hahaha....

Corak ni jenis kucing yang aktif. Kucing kampunglah katakan. Suka berlari dan tak manja langsung. Aq selalu jadi mangsa gigi nya. Asyik nak mengigit je. Tapi redhalah juga sebab dia xda kawan kan. Kat rumah hanya aq ngan kak azi je. Mula-mula sampai rumah ketakutan jugalah dia. Kesian gak tengok.... Nasiblah tu pun sehari je dia takut. Pastu ok dah... Wat macam rumah sendiri. Hehe....... Yang geram tu dia suka panjat-panjat almari. Hari tu dia pecahkan frame kak azi. Huhuhu..... Lupa lak nak beritahu.... aq bagi nama CORAK sebab badannya bercorak-corak...haha. Walaupun ramai kata x sedap lantaklah. Kucing aq kan... HAHAHAHA.......

Jenuh juga nak ajar Corak ni berak dan kencing kat tandas. Alhamdulillah akhinya dia pandai juga. Paling senanglah nak ajar dia. Lagipun dia x suka berak or kencing kat sangkar dia. Kira pembersih jugalah. Hehe... Kalau aq pergi kerja balik keja tu kena lepaskan dia sebab time tu lah dia akan kecing dan berak.......

Lepas umur Corak 5 Bulan barulah berteman.... Teman spesis. Haha... Itu pun sebab ada sorang oficemate aq suruh ambil sebab kesiankan kucing tu kat umah dia. Mahu x mahu ambillah juga. Yang syoknya ofismate ingatkan kucing tu betina rupa-rupanya jantan juga. Sama ngan Corak... Haha kesian Corak tak da pasangan. Tak pahlah xda juga nak risau kena mandulkan kalau betina. Yang lainnya Bolayt ni bulu ekornya jenis bulu panjang. Kucing kacuk kot. Nama Bolat sempena matanya yang Bulat tu...hahaha....

Lain fesyennya Bolat kalau nak berak dan kencing. Suka kencing ngan berak merata. Yang port dia palin suka kat bawah meja makan. Geram betul. Kalau Corak habis aq pukul2 punggung dia tu. Yang Bolat ni x leh pukul bab dia ni jenis lembik semacam. Huhuhu.... Cuma sekarang ni alhamdulillah dia dah reti sikit-sikit pergi tandas. Itu pun kena pantau juga sebab takut datang sewel dia p membuang merata. 

Asyik cerita sal meka tapi gambar xda..... K lah kalau cerita sal mereka memang tak habis. Mereka lah kucing-kucing kesayangan ku. Walaupun dia bukan kucing parsi atau bulu lebat tapi mereka lah penghibur yang paling aq sayang...... LOVE YOU CORAK & BOLAT...........


                                                      Corak

                                                     Bolat

                                            Gaya tidur bebas...

                                              Bergurau-gurau

                                              Bermalas-malasan

                                                Gaya bebas Corak







Friday, April 19, 2013

My Bolat buat hal....Gerrrrrrrraaaaaaaammmmmmmmmmm..........

Pagi-pagi Bolat buat hal... Geram tahap gaban dah aq ni. Macam-macam perangailah. Sapa Bolat ni? Nantilah aq cerita kat entri yang lain........ Memang sejak akhir-akhir ni Bolat suka jenguk jiran sebelah. Kadang-kadang terpergi juga kat sebelah tapi masih boleh di kesan lagi. Pagi ni betul-betul menguji kesabaran. Langsung dah x reti nak balik.......

Mula-mula ingatkan dia ada main kat dapur tapi bila jenguk dah tak da. Jenuh cari satu rumah tapi x ada juga. Jenguk kat umah jiran sebelah pun x nampak juga. Biasanya nampak je ekor dia tu. Dahlah nak kejar masa nak p kerja dia buat hal lak. Geram betullah. Terpaksalah aq tebalkan muka tuk ketuk juga pintu jiran sebelah. Dahlah jiran tu bujang lelaki.....huhuhu........

Kesian jiran tu...... Ya lah tidur kena kacau.....hahaha..... Tu pun banyak kali juga ketuk barulah dia buka...... Tapi xpa janji Bolat tu dapat balik. Buka je pintu tu jiran tu dah pegang Bolat...... Ai Bolat.... Bolat...... suka betul nak p rumah orang.........




Tuesday, April 16, 2013

Baju nikah - Bahagian ke 2 kot.....


Baju oh baju......Ari ni plan nak p hantar baju nikah. P dgn ofismate sebab butik tu dia je yg tahu. Kebetulan  My Abg x niaga so bolehlah ajak dia sekali. Butik pengantin tu namanya Rose MZ.... Ntah korang tahu or x. Butik tu xdalah besar sangat pun. Tapi masuk butik tu mmg byk bju pengantin......Dah namanya butik pengantin....hahaha.....

Masa bincang tu memang nak wat baju peplum....tapi org kat situ kata kain yg aq beli tu x boleh buat. Lagipun baju peplum ni banyak perlukan kain.Kalau 4 meter memang x cukup.Aq dah cuak dah. Nak fikir design apa pulak ni......... Bincang punya bincang tu boleh buat tapi kena tambah kain. Tanpa fikir panjang aq beli je kain yg ada kat situ.Yang penting match dengan baju tu......

 Bila tiba total berdoa dah supaya janganlah mahal sangat sebab lari budget juga ni. Sekali  tengok total baju perempuan rm 360.00.... Alahai nasiblah My Abg... sebab turn dia yang bayar upah baju. Baju pihak lelaki lak dia yang tentukan macam mana. Harga dia pun boleh tahan juga.... Rm 170.00..... So total upah baju kami rm 530.00..... betul-betul terbang duit....hahaha.......


Kalau ak cantik aq pun xtaulah nak kata apa...huhu... Apapapun kita tunggu dan lihat jelah.......










Monday, April 08, 2013

Mari membaca.....

Hari ni dapat novel dari Karya Seni..... Bukan dapat percuma tau. Kenalah beli baru dapat.Hahaha... Ok aku beli novel tajuknya "Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik". Tertarik dengan sinopsisnya.Ok jom layan sinopsisnya.........

Nura Alia seorang gadis periang yang telah jatuh cinta dengan Syed Azmi, seorang anak Datuk yang kaya dan handsome! Walaupun dia tahu Syed Azmi seorang womeniser. Nura Alia yakin bahawa lelaki itu pasti akan meninggalkan gelarn itu demi cinta mereka bersama.

Akhirny, dari cinta ia berubah benci! Syed Azmi juga hampir-hampir meragut kesucian Nura Alia. Nura Alia menyimpan dendam kesumat pada lelaki itu.

"Aku bencikan kau, Syed Azmi! Kau memang lelaki tak guna!" - Nura Alia

Demi menjalankan rancangan membalas dendamnya, Nura Alia akhirnya nekad untuk menjadi babysitter kepada  abang Syed Azmi yang autistik, Syed Azwan a.k.a Boboy, budak tak cukup seringgit yang sengal! Dalam terpaksa dia rela melayan setiap karenah Boboy.

" Boboy! Boboy memang suk menyusahkan akak, kan?! Eee.... geramnya aku!" - Nura Alian

Selama tujuh tahun, Boboy hidup di dalam dunianya sendiri. Dunia kanak-kanak autistik yang sengaja diciptakannya demi menyembunyikan sejarah silam. Sejarah silam yang membuatkan dia menyimpan rasa bersalah sehingga ke hari ini.

Namun, semuanya itu berubah apabila Nura Alia hadir dalam hidupnya. Hati Boboh berdegup lagi. Dalam diam, dia menyayangi si bsbysitternya itu.

" Kita minta maaf sebab selalu menyusahkan kakak. Kita sayangkan kakak!" - Boboy

Tapi, tiada siapa yang dapat menghalang suratan takdir. Nura Alia dan Boboy akhirnya bersatu dalam sebuah ikatan. Pada saat cinta mereka bersemi, muncul pelbagai halangan yang menggugat rasa cinta yang baru hadir itu. Masing-masing masih menyimpan banyak rahsia. Rahsia yang mampu mengundang kecewa dan duka dalam hati mereka berdua.
Rahsia siapakah yang bakal terbongkar dahulu? Apakah nasib 'cinta' yang baru bersemi dalam hati mereka itu? Adakah dari cinta sekali lagi ia akan berubah menjadi benci?

" Maafkan abang, sayang. Selama ini abang dah tipu Lia. Abang sebenarnya bukan Boboy yang autistik. Abang masih Syed Azwan yang normal. Abang......." - Syed Azwan

Macam tu lah sinopsisnya......Macam bestkan... Kira tebal juga novel ni. Genap 888 muka surat. Ntah berapa lama aku baca ni. Hahaha yalah kadang-kadang ikut mood kan. Tak pa apa-apa hasilnya nanti aku buag dekat entri yang lain k.... Selamat membaca.....













Saturday, April 06, 2013

Doorgift 2 : Macam gila nak wat paper bag...DIY......


Sekarang ni gila dan bersemangat tinggi nak buat paper bag tuk doogift.... Dalam cadangan paper bag tu untuk bagi ngan budak2 je sebab nak letak makanan ringan. Banyak juga reseacrh ngan mr.google ni..... Sampai tak tau nak buat macam mana.... Jadi rambang mata jadinya.....

 Kalau boleh nak yang cantik....simple...dan paling penting murah.....hehe. Lagipun saja nak isi masa terluang. Bosan-bosan bileh buat kan.Tapi harap-harap bukan hangat-hangat tahi ayam.Hahahaha..........Aku pun masih tak tau mau guna bahan-bahan apa. Harap-haraplah pa yang aku mau buat ni berjaya......

Paper bag.....oooooo paper bag.........















Sunday, March 31, 2013

Macam-macam aq Merepek vs Merapu......

Menaip hari ni sebab boring.....Boring kat tempat kerja....Dengan hidung yang tersumbat lagilah menambahkan ketidakadaan mood....huhu ayat dah ntah apa-apa... Hari demi hari macam banyak yang perlukan duit. Nak beli itu ini semua guna duit. Macam-macam perlukan duit.....

Bila di tempat kerja macam-macam isu... ada orang ni tak suka orang tu.... Ntahlah. Kadang-kadang macam rasa bersalah pun ada juga. Ya lah asyik bergosip sana-sini jak.... Aq biasalah dengan kebecokkan ku... Suara aq jak dengar kat ofis ni. Yang tu tak boleh di nafikan....hahaha.......

Cuma hari ni aq nak diam jak. Macam malas dah nak kutuk-kutuk orang. Ya lah xda faedahnya rasanya. Teringat kata-kata Dr. Fadilah Kamsah pagi tadi....... Kalau kita di uji oleh ALLAH pasti ada sebab... Kita kena lihat diri kita... Ada kah kita selama ni perbuatan kita dah cukup baik......Adakah amalan kita dah cukup baik...... Ya ALLAH,ampunilah dosa2ku..........

 Tinggal 8 bulan lagi..... Semoga semuanya berjalan dengan lancar... Walaupun aq takut jika perkara yang tak di ingini berlaku tetapi aq kena kuatkan hati dengan segala pa yang bakal terjadi.  Aku pasti satu perkara.... ALLAH takkan menguji hambaNYA jika DIA tahu hambaNYA tidak mampu menghadapinya...... Permudahkanlah semuanya YA ALLAH.......

Dah macam-macam dah aq merapu ni.....ntahlah.....Apa yang terlintas di fikiran semua aq nak tulis...Tapi xmampu juga sebab kalau ikutkan hati banyak yang mau aq merapu di sini...hahaa..... Ni pun aq tulis bersambung-sambung....haha....bila ada mood baru sambung. Sekarang aq habiskan..Kalau aq mau sambung lagi aq bat post lain.....