Wednesday, October 17, 2012

Segalanya Takdir


Tidak! Aku tidak mampu menerima semua ini. Ya ALLAH, kenapa aku yang harus menempuhi semuanya ini? Adakah ini ujian yang KAU datangkan buat dirku. Kalau benar begitu, KAU bantu dan kuatkanlah hatiku untuk menghadapinya……. Kerana aku tidak berdaya untuk menghadapinya tanpa pertolongan dari MU. KAU tabahkanlah hatiku Ya ALLAH…. Sesungguhnya hanya KAU yang mengetahui segala sesuatu yang pasti ada hikmah di sebalik yang terjadi.
“Syafiqah!” tersentak lamunan Fiqah apabila di sergah oleh Azzahrah. Rupa-rupanya telah lama Fiqah mengelamun hingga tidak menyedari Azzahrah telah lama berdiri di hadapannya. Azzahrah memasamkan mukanya.
“Kenapa dengan ko ni ha?? Aku tengok dua tiga hari ni ko asyik termenung je. Ko ada masalah ke Fiqah?” Tanya Azzahrah sambil mengerutkan dahinya. Terasa pelik dengan perangai Fiqah sedangkan Azzahrah mengenali Fiqah adalah seorang yang happy go lucky.
“Tak da apa-apalah Zahrah. Aku ok je. Eh jomlah. Dahlah panas kat Pearl Pharmacy. Ko pun satu yang ko lambat tu kenapa? Macam patung je aku kat sini tau. Jadi sekuriti tak berbayar je aku rasa.” Fiqah mengomel.
“Alah, sorrylah Fiqah aku urus adikku tadi. Dia nak ikut tapi manalah mak ku benarkan. Sorry ya.” Azzahrah memujuk kerana menyedari kelewatannya.
“Dahlah. Jom pi PC Discovery.” Ajak Fiqah.
Azzahrah hanya mengikut langkah Fiqah namun masih terdapat kerutan di dahi Azzahrah….. Dia tidak berpuas hati apabila Fiqah hanya berdiam diri apabila di tanya tentang masalahnya. Selalunya Fiqah tidak pernah berdiam sahaja. Apa sahaja yang keluar dari mulutnya pasti akan membuat orang lain tersenyum. Azzahrah tahu ada sesuatu yang menganggu dalam fikiran Fiqah namun hanya Fiqah yang tahu.

“Fiqah semalam aku jumpa dengan Adeep. Dia cari ko. Dia kata ada hal mustahak yang dia nak beritahau ko. Tapi aku tak sempat nak tanya apa sebab aku jalan dengan mak aku. Mungkin dia nak tanya masalah ko kot. Iyalah ko tu pun aku tengok asyik termenung je. Orang yang kenal ko semua hairan. Ko ceritalah dengan aku. Kitakan dah lama kenal.” Azzahrah kembali melontarkan pertanyaan apabila perasaan tidak puas hati  terhadap Fiqah masih memenuhi hati Azzahrah.
“Aku ok je Zahrah. Ko jangan risaulah ya. Aku tak da apa-apa pun. Sekarang ni aku boleh handle lagi. Lagipun aku tak da kredit nak hubungi dia. Nantilah aku hubungi dia.” Fiqah  dan cuba menyakinkan Azzahrah bahawa dirinya tiada apa-apa. Namun di hati hanya ALLAH yang mengetahuinya.
Adeep………….kekasih Fiqah yang di kenali beberapa bulan yang lalu. Sesungguhnya Fiqah amat menyintai Adeep cuma terlalu cepat lelaki itu berubah. Fiqah sendiri tidak tahu apa silapnya sehingga Adeep tidak seperti dulu. Awal perkenalan begitu indah namun sekarang hambar dan perit. Fiqah sendiri tertanya-tanya kenapa apabila dia begitu menyintai lelaki tetapi lelaki tidak pernah mahu menghargainya. Salah siapa sebenarnya………
*****************************************************************************************************
Sejak akhir-akhir ini Fiqah makin kerap check emailnya dan tempat yang selalu di kunjunginya adalah PC Discovery kerana suasananya tenang. Kadang-kadang Fiqah pergi bersama-sama Azzahrah namun hari ini Fiqah bersendirian kerana Azzahrah ada urusan lain yang ingin di selesaikan.
Assalamualaikum buat sahabatku…..
Moga berada di bawah lindungan ALLAH S.W.T
Syafiqah apa khabar ari ini? Saya doakan agar Fiqah sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera. Macam mana dengan kehidupan seharian? Saya harap Fiqah tabah dan kuat menghadapi semua yang berlaku. Jangan ssesekali kita menyalahkan takdir yang datang kerana segala badai yang melanda, dugaan yang datang adalah tanda kasih dan ingatan ALLAH kepada kita. Perpisahan antara Fiqah dengan Adeep adalah takdir. Bersabarlah moga kesabaran itu akan Fiqah temui kemanisannya.
Jodoh, ajal dan maut semua di tangan ALLAh. Kita hanya mampu merancang namun ALLAH yang menentukan. Walau cinta macam mana pun Fiqah terhadap Adeep kalau dia bukan jodoh Fiqah tak ke mana juga. Saya harap Fiqah terima dengan pasrah dan redha. Moga tabah mengharungi dugaan dan percayalah saya sentiasa menyokong Fiqah selagi Fiqah berpegang pada janji ALLAH dan sentiasa memperhalusi suruhanNYA. Jangan lupa solat ya sahabatku…….

Sahabat Mayamu,
Mohd. Nur Helmi
Fiqah tersenyum membaca email yang di terima daripada Helmi. Email yang penuh dengan kata-kata semangat. Mohd. Nur Helmi……..sahabat yang di kenalinya melalui laman web itu sungguh mengambil berat tentang diri Fiqah. Dialah yang memberi kata-kata semangat dan dorongan untuk teruskan kehidupan yang lebih bermakna. Tika diri Fiqah kecewa, Helmi hadir menjadi sahabat yang setia mendengar segala luahan Fiqah. Luahan di mana Fiqah di kecewakan dengan lelaki yang Fiqah sayangi sepenuh jiwanya.

*****************************************************************************************************
Suasana pada petang itu redup sekali. Fiqah masih tidak dapat terima kenyataan apabila perhubungan yang terbina antaranya dengan Adeep berakhir. Hubungan yang di harapkan sampai bila-bila tidak kesampaian. Azzahrah yang berada di sisinya diam  seribu bahasa kerana tidak menyangka Adeep sanggup menghantar sms begitu dengan Fiqah sedangkan Azzahrah sendiri tahu yang Fiqah amat menyintai Adeep. Fiqah membaca semula sms yang Adeep kirimkan kepadanya…….

“salam….Fiqah sy nak brth d cni, tntg hbgn kita sy rs sampai d cni sj sbb kita dah x da psfhmn lg. jd brlah kita hanya bkwn sj.”

Air mata Fiqah mengalir deras di pipinya. Perit di hati hanya ALLAh yang tahu. YA ALLAH, aku tidak berdaya untuk menerima semua ini. Tabahkan dan kuatkanlah hatiku YA ALLAH. Mahu ku hukum dirinya yang telah mencipta kesedihan di hatiku ini. Kenapa ini balasannya apabila aku telah memberikan cintaku kepadanya………….. Bisik di hati Fiqah. Air mata makin deras mengalir. Azzahrah segera memeluk Fiqah kerana dia tahu penderitaan yang Fiqah lalui apabila Adeep berubah sikap terhadap Fiqah. Perasaan benci di hati Azzahrah terhadap Adeep timbul kerana dahulu Adeep yang beriya-iya mahu mendekati Fiqah. Namun apabila Fiqah dah serahkan cinta Fiqah dengan Adeep, Adeep tidak pandai menghargainya.
“Kenapa Zahrah? Kenapa dia buat aku begini. Apa salahku? Kenapa dia nak putuskan hubungan ini. Selama ini aku cuba buat yang terbaik dalam hubungan kami tapi kenapa dia buat aku begini?” Fiqah menangis di bahu Azzahrah dan air matanya tidak pernah berhenti mengalir.
“Sabarlah Fiqah. Macam yang ko selalu cakap pasti ada hikmahnya dengan segala apa yang berlaku kan” Azzahrah mengusap belakang Fiqah dan membiarkan Fiqah menangis melepaskan segala kekecewaan di hati Fiqah.

*****************************************************************************************************
Fiqah tersentak. Angannya terhadap peristiwa itu di bawa pergi oleh bunyi dentingan di dinding sebanyak 2 kali. Fiqah menuju ke bilik air. Rugi rasanya jika malam ini tidak di isi dengan memuji Ilahi. Sebaik habis solat sunat, Fiqah berbaring di katilnya. Fiqah teringat dengan kata-kata yang Helmi pernah kirimkan kepadanya……
“walaupun hanya kenalan di alam maya tapi hubungan ukhwah antara kita lebih bermakna dari segala-galanya. Maka izinkan saya untuk mengambil berat akan dirimu. Sebagai sahabat menjadi kewajipan saya untuk menyenangkan sahabatnya sekiranya sahabatnya memerlukan dorongan dan nasihat walaupun hanya di alam maya. Moga jalinan persahabatan ini mendapat redha dan keberkatan daripada ALLAH.
Fiqah tidak mengenali Helmi tapi yang pasti Helmi banyak mengetahui tentang dirinya. Sering juga kiriman warkah berserta tazkirah memenuhi mail boxnya. Namun bila di tanya di manakah tempat tinggalnya Helmi hanya berkata dia juga orang Tawau Sabah. Lagipun Fiqah sering menegaskan di dalam hatinya bahawa antara mereka hanyalah sahabat maya. Bukan cinta yang di hulurkan, bukan harapan untuk bersama yang dibina tapi atas dasar persahabatan. Demi sama-sama saling mengingati agar sahabatnya tidak tersasar. Agar masing-masing tahu memilih jalan dalam merebut keredhanNYA. Fiqah tertidur bersama ingatannya terhadap Helmi.

*****************************************************************************************************
“Ko masih berhubung dengan Helmi?” Tanya Azzahrah. Dilihatnya Fiqah hanya mengangguk.
“Ko terima dia?”Tanya Azzahrah lagi. Kali ini Fiqah hanya diam. Tiada ungkapan yang keluar dari bibirnya….
“Fiqah, kesian Helmi. Dah lama dia menunggu. Jangan biarkan penantiannya sia-sia fren” pujuk Azzahrah.
“Untuk apa aku beri harapan kepada Helmi andai suatu hari nanti aku juga yang akan mengecewakannya. Untuk apa aku menerimanya andai hatiku masih lagi menyintai insan lain. Untuk apa aku hanya memberi kebahagiaan kepadanya andai kebahagiaan itu hanya seketika cuma. Ia tidak adil untuk dia Zahrah. Aku masih belum mampu untuk melupakan Adeep”. Luah Fiqah dengan kepayahan. Fiqah masih ingat lagi dengan email yang Helmi hantarkan kepadanya……

Fiqah…..
Mengenali Fiqah perkara yang terindah dalam hidup saya. Fiqah jadikan hidup ini lebih bermakna. Dalam diam sebuah perasaan terbit di hati ini buat Fiqah…..maafkan saya… perasaan yang sukar untuk saya buang……………..
Walaupun ringkas namun ia mempunyai makna yang dalam. Namun Fiqah tidak mampu untuk menerima cinta yang terbit di hati Helmi.
Helmi…..
Bukan niat di hati Fiqah untuk mempermainkan perasaan Helmi. Bukan rela Fiqah untuk menganggu ketenangan hati Helmi. Bukan sengaja mencuri hati Helmi. Bukan Fiqah pinta ruang di hati Helmi. Ketahuilah…. Tidak pernah Fiqah harapkan kasih sayang selain dari kasih sayang seorang sahabat. Tidak pernah Fiqah dambakan cinta melebihi cinta dari seorang sahabat…….Maafkan Fiqah…..Fiqah menghargai perasaan yang ada di hati Helmi. Tapi Fiqah tidak mampu untuk membalasnya. Tidak mampu menghadirkan cinta buat Helmi kerana Fiqah risau andai cinta jua yang Fiqah hulurkan Helmi akan lebih terluka dan kecewa dengan cinta itu….. Sati hari nanti Helmi akan mengerti dengan apa yang Fiqah maksudkan….. Maafkan Fiqah…….

*****************************************************************************************************
“Kenapalah ko buat Helmi macam ni Fiqah? Aku tidak faham. Sampai hati ko buat dia macam tu hanya kerana ko masih menyintai Adeep. Ada apa juga dengan Adeep tu. Lelaki yang dah banyak menyakiti hatimu itu juga yang ko ingat lagi. Sedangkan Adeep dah berseronok dengan perempuan lain. Kenapa ko nak seksa jiwa ko tu.” Azzahrah marah apabila mendapat tahu Fiqah menolak cinta Helmi hanya kerana perasaannya cinta Fiqah terhadap Adeep.
Fiqah terpaksa menerima kemarahan daripada Azzahrah. Fiqah tahu semua salahnya namun hati dan perasaan tidak mampu untuk di paksa.

“Kenapa pula dengan aku? Ko ada masalah ke Zahrah? Kalau ada cakaplah kat aku. Mana tau aku boleh tolong.” Jawab Fiqah dengan selamba.
“Apa plak aku yang bermasalah. Ko tu yang dah tak betul agaknya. Lelaki yang banyak sakitkan hati ko, yang banyak bagi ko derita tu juga yang ko ingat sampai bila-bila.”Azzahrah berkata dengan penuh kemarahan. Dulu Azzahrah lah yang sebenarnya bersahabat dengan Helmi namun dia sanggup berkorban untuk melihat kebahagiaan sahabatnya yang memerlukan teman untuk berkongsi masalah. Sesiapa jua pasti akan marah apabila pengorbanannya memberi laluan kepada Fiqah berkenalan dengan Helmi agar dapat melupakan Adeep adalah sia-sia.
“Ko ni banyak cakaplah Zahrah. Kalau ko kasihankan sangat Helmi tu ko je lah yang terima cintanya. Aku tak boleh terima cintanya.” Fiqah berkata sedikit kasar kerana Azzahrah asyik menyalahkan dirinya.
“Astargfirullahalnaazim….. Bawa mengucap Fiqah. Kenapa dengan ko ni Fiqah??. Kalau aku tahu begini aku tak akan kenalkan ko dengan Helmi. Aku kenalkan ko dengan Helmi supaya ko boleh lupakan Adeep tu.” Azzahrah kesal dengan sikap Fiqah dan Azzahrah meninggalkan Fiqah yang hanya diam seribu bahasa. Azzahrah takut makin lama dia di situ akan menyebabkan mereka bergaduh lebih besar lagi. Fiqah menitiskan air mata sebaik sahaja Azzahrah berlalu meninggalkannya. Fiqah tahu Azzahrah marah terhadapnya. Namun hati dan perasaannya tidak mampu di paksa.
“ Maafkan aku Zahrah…………………” Bisik di hati Fiqah……
*****************************************************************************************************
Fikri sebak…. Air mata lelakinya tidak mampu di tahan-tahan lagi. Biarlah sebanyak mana merembes sekalipun dia tidak peduli.
“Setiap yang hidup pasti akan mati Fikri….” Pujuk Helmi.

“Kenapa ko rahsiakan semua ini daripada aku Helmi. Kitakan dah lama kawan.”Keluh Fikri sambil mengelap air matanya. Fikri tidak malu untuk menangis di depan sahabatnya. Sahabat yang sentiasa bersamanya tidak kira masa susah atau senang.
“Ini takdir ALLAH ke atas diriku. Aku mula menyintai seseorang namun aku jua terpaksa pergi jauh. Mungkin aku hanya mampu menyintainya dari jauh lantaran dia sendiri tidak dapat membalas cintaku. Ada hikmahnya yang dia tolak cintaku.” Balas Helmi perlahan.
“ Ko masih berhubung dengan Fiqah?” Fikri bertanya.
“Ya. Masih lagi” Jawab Helmi
“Dia tahu keadaan ko ni.”Tanya Fikri lagi.
“Tak. Aku tidak mahu dia terpaksa terima aku hanya kerana aku sakit. Aku tidak mahu dia tahu aku sakit. Aku tidak mahu dia simpati terhadapku” Helmi sengaja merahsiakan penyakitnya daripada semua orang. Helmi di masukkan di hospital kerana pengsan ketika sedang makan bersama-sama Fikri dan kerana itulah Fikri telah mengetahui penyakitnya.
“Kenapalah ko tak beritahu dia Helmi” Fikri seakan-akan kesal kerana Helmi tidak berterus terang dengan Fiqah namun Fikri tahu apa yang Helmi buat adalah yang terbaik buat diri Helmi.

*****************************************************************************************************
Sudah hampir sebulan Fiqah tidak membalas email Helmi. Email bersama perasaan Helmi dengan Fiqah yang menyatakan cinta Helmi terhadap Fiqah. Akhirnya Fiqah membalasnya jua walaupun ringkas…..



“Helmi……terima kasih sahabat. Terima kasih kerana menyintai diri ini. Terima kasih kerana Helmi membuat diri ini gembira walau seketika cuma. Fiqah amat gembira mengenali diri Helmi dan Helmi banyak memberi Fiqah dorongan dan semangat apabila diri Fiqah telah di kecewakan oleh kaum sejenis Helmi. Cuma Fiqah harap tiada perasaan benci di antara kita. Maafkan Fiqah……….
Sahabat Mayamu Selamanya,
Syafiqah
*****************************************************************************************************
Tidak lama kemudian Fiqah mendapat balasan daripada Helmi……
Assalamualaikum sahabatku,
Helmi menghargai segala keputusan Fiqah. Helmi tidak memaksa jua Fiqah untuk menerima cinta Helmi. Helmi cuma meluahkan dengan Fiqah terhadap perasaan yang hadir dalam diri Helmi kerana Helmi takut Helmi tidak akan dapat meluahkannya pada masa akan datang. Helmi bersyukur Fiqah menolak cinta yang ada dalam hati Helmi terhadap Fiqah. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya yang kita akan sedari apabila masa berlalu. Amat beruntung insan yang masih lagi bertakhta di hati Fiqah. Kita di takdirkan bertemu tetapi bukan untuk bersama. Helmi sentiasa doakan apa yang terbaik untuk sahabat-sahabat Helmi. Helmi harap tiada dendam di antara kita. Andai Helmi ada menyakiti hati Fiqah maafkan lah diri Helmi kerana Helmi bukanlah insan yang sempurna………………. Terima kasih kerana hadir dalam hidup Helmi….
Sahabat mu Selamanya
Mohd. Nur Helmi
****************************************************************************************************
Kemboja putih menghiasi pusara yang masih merah tanahnya itu seolah-olah menggambarkan kesucian hati penghuninya.
“Moga kau di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.” Bisik di hati Fikri. Bagi Fikri pemergiaan Helmi bagai turut membawa sebahagian dari dirinya. Antara dia dan Helmi bagai adik beradik kerana Helmi banyak menolongnya dalam mengajar erti kehidupan.
Fiqah dan Azzahrah turut ada di situ. Fiqah menitiskan air matanya kerana telah mengecewakan insan yang banyak menolongnya dalam memberinya sokongan. Fiqah tidak menyangka Helmi pergi dengan hati yang terluka. Perasaan bersalah di dalam diri Fiqah menguasai hatinya di kala itu. Patutlah email terakhir yang di terima seakan-akan pelik di hati Fiqah. Rupa-rupanya Helmi akan meninggalkan mereka semua buat selamanya.
“Maafkan aku Helmi. Maafkan aku” hanya itu yang mampu di ucap di hati Fiqah. Air mata Fiqah tidak menunjukkan hendak berhenti. Azzahrah memeluk Fiqah agar tangisan Fiqah reda.
“Sabarlah Fiqah……….. “Azzahrah berkata perlahan. Fikri yang menghantar sms pagi semalam menyatakan Helmi telah menghembuskan nafasnya terakhir di hospital.
“Aku rasa bersalah dengan dia Zahrah. Aku mengecewakan dia sedangkan dia memerlukan seseorang disisinya.” Tangisan Fiqah makin kuat.
Fikri hanya memandang dan dia tahu semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Pagi redup berhias mendung itu membawa Helmi pergi selama-lamanya. Seorang sahabat yang terlalu baik untuk di sisi semua orang semasa dirinya masih ada. Fikri, Fiqah dan Azzahrah meninggalkan pusara Helmi dan di dalam hati masing –masing berharap semoga roh arwah Helmi di tempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman……………………… Semoga arwah di cucuri rahmatNYA………………………..Amin………………………………………………


8:58pm (22/10/1011) Bilik Aku

No comments: