Wednesday, October 17, 2012

Akhirnya


“Arg…… bosannya aku. Nak buat apa ya…..” bisik di hati Iamy. Duduk rumah tidak tahu nak buat apa. Cuti seminggu ini terasa tidak mendatangkan apa-apa dalam diri Iamy sedangkan cuti lah yang di tunggu oleh seorang pelajar. Iamy adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau dalam tingkatan 6.
Tit…..Tit….. handphone Iamy berbunyi menandakan sebuah mesej masuk. Iamy membaca sms daripada Nora.
“My, jom jln esk….”
“Alah geng, mak aq mst x bg jln.kan bru jak cuti.” Iamy membalas sms Nora
Tidak lama kemudian smsnya berbalas……
“Alah, bosanlah duk rmh. X tau mau buat apa”
Sms Nora di biarkan tanpa balasan…

***********************************************************************
Cuti seminggu dah pun berlalu. Riak wajah dalam kalangan pelajar banyak yang dapat di perhatikan. Ada yang suka, ada yang monyok dan sebagainya. Kelas 6 Aspirasi begitu riuh macam pasar ikan. Iamy melangkahkan kaki menuju kelas 6 Aspirasi. Sebaik sahaja Iamy melangkahkan kakinya Didi menyergahnya.

“Yaaaaa……….. Morning Iamy”
“Ish ko ni Didi, nasib baik aku tak da sakit jantung tau. Lau tak susah-susah lagi panggil ambulance” Iamy memasamkan mukanya dengan Didi lalu melangkahkan kaki menuju tempat duduknya.
“Alah Iamy janganlah marah bah. Gurau-gurau bah. Dah lama tak bergurau dengan ko. Cuti seminggu membuatkan aku rindu dengan ko” seperti biasa Didi cuba berjiwang.
“Hahaha….. ada-ada jak ko ya Didi. Aku rindu ko tapi dalam mimpi….Hahahaha” Iamy mengenakan Didi.
“Apalah ko ni iamy. Adakah patut rindu aku dalam mimpi jak. Dah lah ko. Aku nak bawa hati yang terluka ini.” Didi terus berlalu menuju bilik guru. Iamy tahu Didi hanya bergurau dan pastinya Didi ke bilik guru untuk mengambil buku kehadiran. Didi merupakan ketua kelas 6 Aspirasi. Seorang yang pelawak dan setiap gelagatnya pasti menghiburkan.
“Macam mana cuti? Ko pi mana?.” Iamy bertanya kepada Nora yang merupakan rakan di sebelah mejaanya. Nora yang begitu khusyuk membaca novel berpaling kepada Iamy. Novel Sakitnya Sayang hasil karya Norhayati Ibarahim menjadi tumpuan Nora.
“Tak da apa-apa yang aku buat. Balik pi Lahad Datu lah. Mak aku suruh.” Nora mejawab dan kembali menatap novel yang di bacanya.
Iamy tidak mahu menganggu pembacaan Nora dan mengeluarkan buku Pengajian Am kerana sebentar lagi Cikgu Azmi akan masuk. Iamy melihat keadaan kelasnya yang huru hara. Budak-budak cina kebanyakkan membuat hal masing-masing. Tiba-tiba mata Iamy singgah di seorang pelajar lelaki yang amat di kenalinya. Nizam…….. Lelaki yang di minatinya. Dilihatnya Nizam begitu tekun bercerita dengan Azlan. Begitulah dia……………
Kring………………kring……………….kringgggggg…….. bunyi loceng menandakan waktu persekolahan telah berakhir. Semua pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas. Begitulah ragam budak sekolah sekarang ini. Masuk kelas lambat tetapi apabila tiba masa pulang melangkah macam tak cukup kaki. Di kelas Aspirasi, Iamy segera memasukkan sisa-sisa buku ke dalam begnya.
“Nora nanti sms aku kerja rumah kita ya. Aku tak da salin tadi. Boleh kan? Iamy berkata sambil memerhatikan Nora yang turut memasukkan bukunya kedalam begnya.
“Ok. Nanti aku sms. Ko buat ya nanti aku boleh tiru. Mesin fotostat manual. Hehehe.”Nora berlawak.
“Amboi pandailah ko. Ko lah buat jadi aku yang tiru esok.” Iamy membalas. Mereka melangkahkan kaki keluar dari kelas. Kelihatan pelajar-pelajar sesi petang mula memasuki kelas 6 Aspirasi kerana kelas itu berkongsi dengan pelajar 3 Amanah. Tiba-tiba Iamy merasakan begnya sandangnya di tarik dari belakang menyebabkan diri Iamy terdorong sedikit kebelakang. Iamy menoleh ke belakang ingin memarahi orang yang menarik begnya. Namun kelihatan Nizam tersengih-sengih sambil memegang beg Iamy. Iamy memasamkan mukanya.
“Apa bah ko ni Nizam. Tak da kerjakah mau tarik-tarik beg orang.” Iamy seakan-akan marah kerana sememangnya perbuatan Nizam tadi menyukarkan Iamy berjalan.
“Ala janganlah marah bah. Aku gurau jak tu. Apalah ko ni.” Nizam melepaskan tangannya yang memegang beg Iamy.
“Gurau-gurau pun tengok keadaanlah bah. Ni tak hampir aku terjatuh td.”Iamy memasamkan mukanya dengan Nizam dan mempercepatkan langkahnya. Sememangnya hati Iamy berdebar-debar apabila berdepan dengan Nizam.
Nizam menpercepatkan langkahnya untuk menyaingi langkah Iamy.
“Ala Iamy janganlah marah bah. Pilz…… Lau ko marah nanti tak kiut tau.”Nizam cuba memujuk Iamy. Nizam sedar tarikan yang di buat tadi agak kuat.
“Tak pahlah. Lain kali jangan buat begitu ya. K lah ko lalu depan aku lalu belakang. Jumpa esok.” Iamy mengalah dengan pujukan Nizam kerana Iamy tau Nizam hanya bergurau dengannya.
Iamy meninggalkan Nizam dan menuju perhentian bas di belakang sekolah untuk menunggu bas sekolahnya.
***********************************************************************
Hari demi hari gossip antara Iamy dengan Nizam semakin menjadi-jadi. Iamy merasakan perasaannya seakan-akan di permainkan. Nizam gembira kerana sememangnya perasaan sukanya terhadap Iamy ada di dalam hatinya namun Nizam tidak tahu adakah Iamy memiliki perasaan yang sama terhadapnya.
“Aduh kenapalah aku boleh di gosipkan dengan budak tu bah.”iamy meluahkan dengan teman rapatnya iaitu Nora. Sememangnya tiada rahsia antara Iamy dan Nora.
“Sabarlah bah Iamy. Lagipun ko kan memang suka dengan budak tu.”Nora tersenyum-senyum kambing seakan-akan mengusiknya. Nora tahu Iamy juga suka dengan Nizam namun Nora tahu Iamy tidak mahu seperti perigi mencari timba.
“Memanglah aku suka dengan dia tapi takkanlah sampai di gosip-gosip. Malulah bah aku. Tengoklah semalam depan-depan cikgu Azmi lagi tu aku di gosip. Huhuhu malulah aku bah.” Iamy sememangnya tidak mahu guru sekolah tahu.
“Alah buat biasa jak. Lagipun baru gossip jak. Eh, Nizam tu macam suka ko kan.”Nora berkata.
“Mana ada. Perasaan ko jak tu. Aku tengok biasa-biasa jak dia. Cuma lau orang usik dia dengan aku baru dia mengada-ada menambah.”Iamy berkata dengan sedih. Sememangnya perasaannya dengan Nizam terlalu kuat namun Iamy tahu semua tu hanya ALLAH yang tahu. Iamy hanya tunggu dan lihat sahaja.
Perbualan mereka terganggu dengan pengumuman yang di buat oleh Didi.
“Perhatian semua orang. Cikgu Hartati tidak masuk kelas. Tapi dia bagi kita masa untuk berbincang macam mana nak hias kelas kita. Kan kelas kita ni macam rumah kita. So kenalah hias. Faham semua.” Didi menyampaikan pengumuman yang di terima daripada cikgu Hartati. Kelas 6 Aspirasi bersorak kerana tiada pengajaran. Budak-budak cina terus berbual tanpa memperdulikan apa yang di sampaikan oleh Didi kerana mereka tahu budak-budak melayu mampu buat itu semua. Didi kemudian menuju kearah Iamy dan Nora.
“Iamy, macam mana dengan ko dengan Nizam. Baru jak aku mahu isi borang tapi Nizam dah potong line. Huhuhu……Dengan ko lah Nora…”Didi mengusik Iamy sambil mengenyitkan mata dengan Nora. Seharian tidak mengusik Iamy seakan-akan tidak sah dalam hidup Didi.
“Pandailah ko jodohkan aku dengan Nizam. Kami mana ada apa-apa bah” Iamy mempertahankan dirinya.
“A’aa lah Didi. Ko ni gossip bah jak tu.”Nora menyokong Iamy.”Ko mau dengan aku? Aku open jak bah Di. Boleh bah lau ko” Nora berkata lagi dan kali ini gilirannya mengusik Didi.
“Eh mana boleh. Didi tu aku punya lah Nora” Iamy turut mengusik Didi. Iamy berharap tentangnya tidak lagi di perkatakan.
“Waa…..bestnya ada 2 cewek mahu dengan aku. Nizam, Iamy mahu dengan aku ni. Macam mana” Didi menjerit kearah Nizam secara spontan.
Iamy diam seribu bahasa.”Kurang asam betul Didi ni. Adakah patut mahu jerit-jerit. Buat malu aku jak” bisik di hati Iamy.
Perhatian Nizam terhadap buku ekonomi terganggu apabila Didi menjerit kepadanya.
 “Eh mana boleh. Iamy tu aku yang punya. Lagipun semua orang dah tahu bah. Iamy mana boleh ko curang dengan aku.”Nizam berkata.
Nizam dan Iamy saling berpandangan. Di dalam hati hanya ALLAh yang tahu tentang perasaan masing-masing. Dua-dua ego untuk berterus terang tentang perasaan masing-masing………..
***********************************************************************
Iamy mengambil keputusan untuk berterus terang tentang perasaannnya terhadap Nizam. Andai Nizam tidak dapat membalas cintanya Iamy redha. Iamy nekad untuk berjumpa dengan Nizam.
“Nora, ko rasa lebih baik aku jumpa dengan Nizam kan. Aku tak tahanlah di gosipkan dengan dia terus. Ko tau kan aku ni lemah. Aku terlalu beremosi sampaikan susah nak study.” Iamy mengadu dengan Nora. Ketika itu mereka duduk di tepi blok bangunan E yang merupakan tempat lepak mereka ketika masa rehat.
“Ya. Aku pun rasa begitu. Lagipun sampai bila kan dia mahu mempermainkan perasaaan ko. Ko pun aku tengok asyik fikir benda tu sampaikan pelajaran ko abaikan.” Nora sentiasa menyokong apa yang ingin di lakukan oleh temannya itu. Sebagai teman Nora risau sekirannya Iamy terlalu fikir perkara itu sehingga menjejaskan pelajarannya. Macam baru-baru ini ujian perniagaan Iamy hanya mendapat markah cukup-cukup makan jak. Nora tahu apa yang menganggu fikiran Iamy.
“Ntahlah Nora. Aku terlalu menyayanginya. Pertama kali dia masuk dalam kelas kita aku betul-betul terpikat. Tapi kenapa dia buat aku begini. Kalau dia tidak suka aku kenapa dia mengusik aku dengan perasaan. Sehingga aku keliru sendiri. Dia seakan-akan memberi aku harapan yang tidak pasti.” Iamy menitiskan air matanya. Bagi iamy tiada apa yang perlu di sorokkan dengan Nora.
Nora segera memeluk Iamy dengan harapan tangisan Iamy reda.
“Sabarlah Iamy. Jumpa dan berbincanglah dengannya. Aku sentiasa ada di sisi mu.”Nora cuba memujuk iamy. Nora tahu perit untuk Iamy menghadapinya kerana kadang-kadang usikan yang di terima oleh Nizam seakan-akan keterlaluan.
”Sudahlah tu. Lap air matamu. Kita ada kelas ni.”Nora melepaskan pelukan untuk memberi Iamy ruang untuk meredakan perasaannya. Iamy akur dengan kata-kata Nora……… Mereka melangkah kaki memasuki kelas dan berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Sememangnya Iamy dan Nora sering membuat hal bersama tanpa bersama-sama teman mereka yang lain apabila tiba masa rehat.
***********************************************************************
Pertemuan yang di rancang tiba juga. Iamy melangkahkan kaki menuju Nizam yang telah menunggunya di pondok di tepi padang sekolah.
“Assalamualaikum Zam……” Iamy memulakan dengan salam dan mengambil tempat duduk di hadapan Nizam.
“Waalaikumsalam. Lambatnya juga ko ni Iamy.”Nizam mengusik Iamy. Di lihatnya wajah Iamy muram seakan-akan menghadapi masalah yang berat.
“Maaflah. Abang ku lambat ambil di rumah tadi. Maaf ya.”Iamy memberikan senyuman kearah Nizam namun Iamy tahu senyuman itu seakan-akan di paksa.
“Hehehe aku main-main jak lah. Tak kisahlah ko lambat bah. Ko kenapa juga ni. Aku tengok muram jak. Ada masalahkah?” Nizam bertanya apabila melihat wajah Iamy yang muram dan senyum pun macam terpaksa.
“Mmmmm….. Ntahlah Nizam. Ko tau kah kenapa aku mau jumpa ko?”Iamy bertanya semula. Perasaan debarnya makin menjadi-jadi. Iamy melihat di sekelilingnya sunyi. Begitulah kebiasaannya kerana budak sesi petang belum lagi rehat. Iamy cuba mencari kekuatan.
“Ntah. Mana aku tau sebab pa ko mau jumpa aku. Aku pun tertanya-tanya juga.”Nizam melemparkan senyuman kepada Iamy. “Kenapa dengan budak ni. Apa yang menganggu fikirannya sekarang ni” bisik di hati Nizam.
“Zam……… aku harap ko tidak menyampuk dengan apa yang aku nak cakap ni. Aku sekadar nak meluahkan apa yang aku rasa ya.”Iamy melihat Nizam mengangguk dan Iamy berkata lagi…..
“Aku tahu mungkin bagi ko perkara ni hanya perkara remeh tetapi tidak untuk aku Zam. Aku Cuma minta ko mengerti keadaan aku….”Iamy terdiam. Cuba mencari kata-kata yang sesuai untuk di ucakpan.
Nizam terus diam dan memberi Iamy ruang untuk menghabiskan apa yang ingin di sampaikan oleh Iamy.
“Aku sedar sapa diri aku ni. Ko tahu kan kita sekarang di gosipkan oleh teman-teman. Aku sebenarnya tidak tenang dengan semua ni. Aku selalu tertanya-tanya adakah ko turut menyintai aku atau tidak. Kadang-kadang aku lihat ko macam suka dengan aku. Tapi kadang-kadang aku tengok ko hanya mempermainkan aku….”suara Iamy sebak namun Iamy tidak mahu menangis di depan lelaki itu.
“Iamy……”Nizam cuba bersuara tetapi terhenti apabila Iamy mengangkatkan tangannya menyuruhnya dia diam.
“Aku belum habis Zam. Biarkan aku habiskan dulu apa yang aku ingin katakan. Hari ini aku hanya mahu ko berterus terang dengan aku. Apa motif ko selalu bergurau yang melibatkan perasaan. Aku tak kuat untuk menghadapi semua ini Zam. Aku sendiri terganggu dengan lawak-lawak keterlaluan ko itu. Aku terus terang aku memang menyintai ko sejak pertama kali aku melihat ko. Aku tak boleh tipu perasaan aku terhadap ko tapi kenapa ko sering mempermainkan perasaanku. Tak ada perempuan lainkah yang ko ingin permainkan. Kenapa mesti aku Zam…..” Iamy menundukkan wajahnya dan air matanya mengalir jua. “Ya ALLAH kuatkanlah hatiku menghadapi dugaan ini” Bisik di hati Iamy.
Nizam melihat air mata Iamy mengalir di pipinya. Nizam bersuara bila di lihatnya Iamy tidak bercadang menyambung kata-katanya.
“Iamy, sebenarnya aku tidak ada maksud untuk mempermainkan ko. Aku minta maaf andai ko rasa aku mempermainkan ko. Tapi memang tidak pernah terlintas di hatiku untuk mempermainkan ko. Aku sendiri menyintai dirimu tetapi aku takut bertepuk sebelah tangan kerana itu aku sering bergurau dengan perasaan. Bukan ingin mempermainkan dirimu…..” Nizam menatap mata Iamy yang masih basah dengan air mata.
Iamy terkaku dengan kata-kata yang di ucapkan oleh Fazri. Tidak di sangkanya Nizam jua menyintainya. Perasaan di hati Iamy hanya ALLAH yang tahu. “Ya ALLAH terima kasih…… “ bisik di hati Iamy. Air matanya terus mengalir. Kalau tadi Iamy menangis kerana sedih tetapi sekarang ini Iamy menangis kerana kegembiraan.
“Sudah-sudahlah bah nangis tu sayang oi. Lau bukan di sekolah ni dah lama aku peluk ko tu” Nizam cuba berlawak untuk menghidupkan Susana yang muram.
“Amboi belum apa-apa dah menggatal ya.” Iamy tersenyum dan mengesat air matanya. Perasaan gembira menguasai dirinya……..
“Sudahlah tu. Rupa-rupanya perkara ni yang menganggu sayang ku ya. Patutlah sejak dua menjak tak mahu senyum dengan aku.” Nizam tersenyum melihat buah hatinya. Perasaan gembira di hatinya turut ada kerana Iamy kini telah meluahkan perasaannya……
“Terima kasih Nizam….. Terima kasih kerana telah membalas cinta ini” Iamy berkata sambil bertatapan dengan Nizam……
Masing-masing tersenyum bahagia kerana cinta yang menyatukan mereka……. Di dalam hati masing-masing berharap hubungan yang tercipta di restui oleh ALLAH dan berkekalan sampai bila-bila…..Together Forever and Ever……………6.26pm(11mei2009)





No comments: