“Arg……
bosannya aku. Nak buat apa ya…..” bisik di hati Iamy. Duduk rumah tidak tahu
nak buat apa. Cuti seminggu ini terasa tidak mendatangkan apa-apa dalam diri
Iamy sedangkan cuti lah yang di tunggu oleh seorang pelajar. Iamy adalah
pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau dalam tingkatan 6.
Tit…..Tit…..
handphone Iamy berbunyi menandakan sebuah mesej masuk. Iamy membaca sms
daripada Nora.
“My,
jom jln esk….”
“Alah
geng, mak aq mst x bg jln.kan bru jak cuti.” Iamy membalas sms Nora
Tidak
lama kemudian smsnya berbalas……
“Alah,
bosanlah duk rmh. X tau mau buat apa”
Sms
Nora di biarkan tanpa balasan…
***********************************************************************
Cuti
seminggu dah pun berlalu. Riak wajah dalam kalangan pelajar banyak yang dapat
di perhatikan. Ada yang suka, ada yang monyok dan sebagainya. Kelas 6 Aspirasi
begitu riuh macam pasar ikan. Iamy melangkahkan kaki menuju kelas 6 Aspirasi.
Sebaik sahaja Iamy melangkahkan kakinya Didi menyergahnya.
“Yaaaaa………..
Morning Iamy”
“Ish
ko ni Didi, nasib baik aku tak da sakit jantung tau. Lau tak susah-susah lagi
panggil ambulance” Iamy memasamkan mukanya dengan Didi lalu melangkahkan kaki
menuju tempat duduknya.
“Alah
Iamy janganlah marah bah. Gurau-gurau bah. Dah lama tak bergurau dengan ko.
Cuti seminggu membuatkan aku rindu dengan ko” seperti biasa Didi cuba
berjiwang.
“Hahaha…..
ada-ada jak ko ya Didi. Aku rindu ko tapi dalam mimpi….Hahahaha” Iamy
mengenakan Didi.
“Apalah
ko ni iamy. Adakah patut rindu aku dalam mimpi jak. Dah lah ko. Aku nak bawa
hati yang terluka ini.” Didi terus berlalu menuju bilik guru. Iamy tahu Didi
hanya bergurau dan pastinya Didi ke bilik guru untuk mengambil buku kehadiran.
Didi merupakan ketua kelas 6 Aspirasi. Seorang yang pelawak dan setiap
gelagatnya pasti menghiburkan.
“Macam
mana cuti? Ko pi mana?.” Iamy bertanya kepada Nora yang merupakan rakan di
sebelah mejaanya. Nora yang begitu khusyuk membaca novel berpaling kepada Iamy.
Novel Sakitnya Sayang hasil karya Norhayati Ibarahim menjadi tumpuan Nora.
“Tak
da apa-apa yang aku buat. Balik pi Lahad Datu lah. Mak aku suruh.” Nora mejawab
dan kembali menatap novel yang di bacanya.
Iamy
tidak mahu menganggu pembacaan Nora dan mengeluarkan buku Pengajian Am kerana
sebentar lagi Cikgu Azmi akan masuk. Iamy melihat keadaan kelasnya yang huru
hara. Budak-budak cina kebanyakkan membuat hal masing-masing. Tiba-tiba mata
Iamy singgah di seorang pelajar lelaki yang amat di kenalinya. Nizam…….. Lelaki
yang di minatinya. Dilihatnya Nizam begitu tekun bercerita dengan Azlan.
Begitulah dia……………
Kring………………kring……………….kringgggggg……..
bunyi loceng menandakan waktu persekolahan telah berakhir. Semua pelajar
berpusu-pusu keluar dari kelas. Begitulah ragam budak sekolah sekarang ini.
Masuk kelas lambat tetapi apabila tiba masa pulang melangkah macam tak cukup
kaki. Di kelas Aspirasi, Iamy segera memasukkan sisa-sisa buku ke dalam begnya.
“Nora
nanti sms aku kerja rumah kita ya. Aku tak da salin tadi. Boleh kan? Iamy
berkata sambil memerhatikan Nora yang turut memasukkan bukunya kedalam begnya.
“Ok.
Nanti aku sms. Ko buat ya nanti aku boleh tiru. Mesin fotostat manual. Hehehe.”Nora
berlawak.
“Amboi
pandailah ko. Ko lah buat jadi aku yang tiru esok.” Iamy membalas. Mereka
melangkahkan kaki keluar dari kelas. Kelihatan pelajar-pelajar sesi petang mula
memasuki kelas 6 Aspirasi kerana kelas itu berkongsi dengan pelajar 3 Amanah.
Tiba-tiba Iamy merasakan begnya sandangnya di tarik dari belakang menyebabkan
diri Iamy terdorong sedikit kebelakang. Iamy menoleh ke belakang ingin memarahi
orang yang menarik begnya. Namun kelihatan Nizam tersengih-sengih sambil
memegang beg Iamy. Iamy memasamkan mukanya.
“Apa
bah ko ni Nizam. Tak da kerjakah mau tarik-tarik beg orang.” Iamy seakan-akan
marah kerana sememangnya perbuatan Nizam tadi menyukarkan Iamy berjalan.
“Ala
janganlah marah bah. Aku gurau jak tu. Apalah ko ni.” Nizam melepaskan
tangannya yang memegang beg Iamy.
“Gurau-gurau
pun tengok keadaanlah bah. Ni tak hampir aku terjatuh td.”Iamy memasamkan
mukanya dengan Nizam dan mempercepatkan langkahnya. Sememangnya hati Iamy
berdebar-debar apabila berdepan dengan Nizam.
Nizam
menpercepatkan langkahnya untuk menyaingi langkah Iamy.
“Ala
Iamy janganlah marah bah. Pilz…… Lau ko marah nanti tak kiut tau.”Nizam cuba
memujuk Iamy. Nizam sedar tarikan yang di buat tadi agak kuat.
“Tak
pahlah. Lain kali jangan buat begitu ya. K lah ko lalu depan aku lalu belakang.
Jumpa esok.” Iamy mengalah dengan pujukan Nizam kerana Iamy tau Nizam hanya
bergurau dengannya.
Iamy
meninggalkan Nizam dan menuju perhentian bas di belakang sekolah untuk menunggu
bas sekolahnya.
***********************************************************************
Hari
demi hari gossip antara Iamy dengan Nizam semakin menjadi-jadi. Iamy merasakan
perasaannya seakan-akan di permainkan. Nizam gembira kerana sememangnya
perasaan sukanya terhadap Iamy ada di dalam hatinya namun Nizam tidak tahu
adakah Iamy memiliki perasaan yang sama terhadapnya.
“Aduh
kenapalah aku boleh di gosipkan dengan budak tu bah.”iamy meluahkan dengan
teman rapatnya iaitu Nora. Sememangnya tiada rahsia antara Iamy dan Nora.
“Sabarlah
bah Iamy. Lagipun ko kan memang suka dengan budak tu.”Nora tersenyum-senyum
kambing seakan-akan mengusiknya. Nora tahu Iamy juga suka dengan Nizam namun
Nora tahu Iamy tidak mahu seperti perigi mencari timba.
“Memanglah
aku suka dengan dia tapi takkanlah sampai di gosip-gosip. Malulah bah aku.
Tengoklah semalam depan-depan cikgu Azmi lagi tu aku di gosip. Huhuhu malulah
aku bah.” Iamy sememangnya tidak mahu guru sekolah tahu.
“Alah
buat biasa jak. Lagipun baru gossip jak. Eh, Nizam tu macam suka ko kan.”Nora
berkata.
“Mana
ada. Perasaan ko jak tu. Aku tengok biasa-biasa jak dia. Cuma lau orang usik
dia dengan aku baru dia mengada-ada menambah.”Iamy berkata dengan sedih. Sememangnya
perasaannya dengan Nizam terlalu kuat namun Iamy tahu semua tu hanya ALLAH yang
tahu. Iamy hanya tunggu dan lihat sahaja.
Perbualan
mereka terganggu dengan pengumuman yang di buat oleh Didi.
“Perhatian
semua orang. Cikgu Hartati tidak masuk kelas. Tapi dia bagi kita masa untuk
berbincang macam mana nak hias kelas kita. Kan kelas kita ni macam rumah kita.
So kenalah hias. Faham semua.” Didi menyampaikan pengumuman yang di terima
daripada cikgu Hartati. Kelas 6 Aspirasi bersorak kerana tiada pengajaran.
Budak-budak cina terus berbual tanpa memperdulikan apa yang di sampaikan oleh
Didi kerana mereka tahu budak-budak melayu mampu buat itu semua. Didi kemudian
menuju kearah Iamy dan Nora.
“Iamy,
macam mana dengan ko dengan Nizam. Baru jak aku mahu isi borang tapi Nizam dah
potong line. Huhuhu……Dengan ko lah Nora…”Didi mengusik Iamy sambil mengenyitkan
mata dengan Nora. Seharian tidak mengusik Iamy seakan-akan tidak sah dalam
hidup Didi.
“Pandailah
ko jodohkan aku dengan Nizam. Kami mana ada apa-apa bah” Iamy mempertahankan
dirinya.
“A’aa
lah Didi. Ko ni gossip bah jak tu.”Nora menyokong Iamy.”Ko mau dengan aku? Aku
open jak bah Di. Boleh bah lau ko” Nora berkata lagi dan kali ini gilirannya
mengusik Didi.
“Eh
mana boleh. Didi tu aku punya lah Nora” Iamy turut mengusik Didi. Iamy berharap
tentangnya tidak lagi di perkatakan.
“Waa…..bestnya
ada 2 cewek mahu dengan aku. Nizam, Iamy mahu dengan aku ni. Macam mana” Didi
menjerit kearah Nizam secara spontan.
Iamy
diam seribu bahasa.”Kurang asam betul Didi ni. Adakah patut mahu jerit-jerit.
Buat malu aku jak” bisik di hati Iamy.
Perhatian
Nizam terhadap buku ekonomi terganggu apabila Didi menjerit kepadanya.
“Eh mana boleh. Iamy tu aku yang punya.
Lagipun semua orang dah tahu bah. Iamy mana boleh ko curang dengan aku.”Nizam
berkata.
Nizam
dan Iamy saling berpandangan. Di dalam hati hanya ALLAh yang tahu tentang
perasaan masing-masing. Dua-dua ego untuk berterus terang tentang perasaan
masing-masing………..
***********************************************************************
Iamy
mengambil keputusan untuk berterus terang tentang perasaannnya terhadap Nizam.
Andai Nizam tidak dapat membalas cintanya Iamy redha. Iamy nekad untuk berjumpa
dengan Nizam.
“Nora,
ko rasa lebih baik aku jumpa dengan Nizam kan. Aku tak tahanlah di gosipkan
dengan dia terus. Ko tau kan aku ni lemah. Aku terlalu beremosi sampaikan susah
nak study.” Iamy mengadu dengan Nora. Ketika itu mereka duduk di tepi blok
bangunan E yang merupakan tempat lepak mereka ketika masa rehat.
“Ya.
Aku pun rasa begitu. Lagipun sampai bila kan dia mahu mempermainkan perasaaan
ko. Ko pun aku tengok asyik fikir benda tu sampaikan pelajaran ko abaikan.”
Nora sentiasa menyokong apa yang ingin di lakukan oleh temannya itu. Sebagai
teman Nora risau sekirannya Iamy terlalu fikir perkara itu sehingga menjejaskan
pelajarannya. Macam baru-baru ini ujian perniagaan Iamy hanya mendapat markah
cukup-cukup makan jak. Nora tahu apa yang menganggu fikiran Iamy.
“Ntahlah
Nora. Aku terlalu menyayanginya. Pertama kali dia masuk dalam kelas kita aku
betul-betul terpikat. Tapi kenapa dia buat aku begini. Kalau dia tidak suka aku
kenapa dia mengusik aku dengan perasaan. Sehingga aku keliru sendiri. Dia
seakan-akan memberi aku harapan yang tidak pasti.” Iamy menitiskan air matanya.
Bagi iamy tiada apa yang perlu di sorokkan dengan Nora.
Nora
segera memeluk Iamy dengan harapan tangisan Iamy reda.
“Sabarlah
Iamy. Jumpa dan berbincanglah dengannya. Aku sentiasa ada di sisi mu.”Nora cuba
memujuk iamy. Nora tahu perit untuk Iamy menghadapinya kerana kadang-kadang usikan
yang di terima oleh Nizam seakan-akan keterlaluan.
”Sudahlah
tu. Lap air matamu. Kita ada kelas ni.”Nora melepaskan pelukan untuk memberi
Iamy ruang untuk meredakan perasaannya. Iamy akur dengan kata-kata Nora……… Mereka
melangkah kaki memasuki kelas dan berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Sememangnya Iamy dan Nora sering membuat hal bersama tanpa bersama-sama teman
mereka yang lain apabila tiba masa rehat.
***********************************************************************
Pertemuan
yang di rancang tiba juga. Iamy melangkahkan kaki menuju Nizam yang telah
menunggunya di pondok di tepi padang sekolah.
“Assalamualaikum
Zam……” Iamy memulakan dengan salam dan mengambil tempat duduk di hadapan Nizam.
“Waalaikumsalam.
Lambatnya juga ko ni Iamy.”Nizam mengusik Iamy. Di lihatnya wajah Iamy muram
seakan-akan menghadapi masalah yang berat.
“Maaflah.
Abang ku lambat ambil di rumah tadi. Maaf ya.”Iamy memberikan senyuman kearah
Nizam namun Iamy tahu senyuman itu seakan-akan di paksa.
“Hehehe
aku main-main jak lah. Tak kisahlah ko lambat bah. Ko kenapa juga ni. Aku
tengok muram jak. Ada masalahkah?” Nizam bertanya apabila melihat wajah Iamy
yang muram dan senyum pun macam terpaksa.
“Mmmmm…..
Ntahlah Nizam. Ko tau kah kenapa aku mau jumpa ko?”Iamy bertanya semula.
Perasaan debarnya makin menjadi-jadi. Iamy melihat di sekelilingnya sunyi. Begitulah
kebiasaannya kerana budak sesi petang belum lagi rehat. Iamy cuba mencari
kekuatan.
“Ntah.
Mana aku tau sebab pa ko mau jumpa aku. Aku pun tertanya-tanya juga.”Nizam
melemparkan senyuman kepada Iamy. “Kenapa dengan budak ni. Apa yang menganggu
fikirannya sekarang ni” bisik di hati Nizam.
“Zam………
aku harap ko tidak menyampuk dengan apa yang aku nak cakap ni. Aku sekadar nak
meluahkan apa yang aku rasa ya.”Iamy melihat Nizam mengangguk dan Iamy berkata
lagi…..
“Aku
tahu mungkin bagi ko perkara ni hanya perkara remeh tetapi tidak untuk aku Zam.
Aku Cuma minta ko mengerti keadaan aku….”Iamy terdiam. Cuba mencari kata-kata
yang sesuai untuk di ucakpan.
Nizam
terus diam dan memberi Iamy ruang untuk menghabiskan apa yang ingin di
sampaikan oleh Iamy.
“Aku
sedar sapa diri aku ni. Ko tahu kan kita sekarang di gosipkan oleh teman-teman.
Aku sebenarnya tidak tenang dengan semua ni. Aku selalu tertanya-tanya adakah
ko turut menyintai aku atau tidak. Kadang-kadang aku lihat ko macam suka dengan
aku. Tapi kadang-kadang aku tengok ko hanya mempermainkan aku….”suara Iamy
sebak namun Iamy tidak mahu menangis di depan lelaki itu.
“Iamy……”Nizam
cuba bersuara tetapi terhenti apabila Iamy mengangkatkan tangannya menyuruhnya
dia diam.
“Aku
belum habis Zam. Biarkan aku habiskan dulu apa yang aku ingin katakan. Hari ini
aku hanya mahu ko berterus terang dengan aku. Apa motif ko selalu bergurau yang
melibatkan perasaan. Aku tak kuat untuk menghadapi semua ini Zam. Aku sendiri
terganggu dengan lawak-lawak keterlaluan ko itu. Aku terus terang aku memang
menyintai ko sejak pertama kali aku melihat ko. Aku tak boleh tipu perasaan aku
terhadap ko tapi kenapa ko sering mempermainkan perasaanku. Tak ada perempuan
lainkah yang ko ingin permainkan. Kenapa mesti aku Zam…..” Iamy menundukkan
wajahnya dan air matanya mengalir jua. “Ya ALLAH kuatkanlah hatiku menghadapi
dugaan ini” Bisik di hati Iamy.
Nizam
melihat air mata Iamy mengalir di pipinya. Nizam bersuara bila di lihatnya Iamy
tidak bercadang menyambung kata-katanya.
“Iamy,
sebenarnya aku tidak ada maksud untuk mempermainkan ko. Aku minta maaf andai ko
rasa aku mempermainkan ko. Tapi memang tidak pernah terlintas di hatiku untuk
mempermainkan ko. Aku sendiri menyintai dirimu tetapi aku takut bertepuk
sebelah tangan kerana itu aku sering bergurau dengan perasaan. Bukan ingin
mempermainkan dirimu…..” Nizam menatap mata Iamy yang masih basah dengan air
mata.
Iamy
terkaku dengan kata-kata yang di ucapkan oleh Fazri. Tidak di sangkanya Nizam
jua menyintainya. Perasaan di hati Iamy hanya ALLAH yang tahu. “Ya ALLAH terima
kasih…… “ bisik di hati Iamy. Air matanya terus mengalir. Kalau tadi Iamy
menangis kerana sedih tetapi sekarang ini Iamy menangis kerana kegembiraan.
“Sudah-sudahlah
bah nangis tu sayang oi. Lau bukan di sekolah ni dah lama aku peluk ko tu”
Nizam cuba berlawak untuk menghidupkan Susana yang muram.
“Amboi
belum apa-apa dah menggatal ya.” Iamy tersenyum dan mengesat air matanya.
Perasaan gembira menguasai dirinya……..
“Sudahlah
tu. Rupa-rupanya perkara ni yang menganggu sayang ku ya. Patutlah sejak dua
menjak tak mahu senyum dengan aku.” Nizam tersenyum melihat buah hatinya.
Perasaan gembira di hatinya turut ada kerana Iamy kini telah meluahkan
perasaannya……
“Terima
kasih Nizam….. Terima kasih kerana telah membalas cinta ini” Iamy berkata
sambil bertatapan dengan Nizam……
Masing-masing
tersenyum bahagia kerana cinta yang menyatukan mereka……. Di dalam hati
masing-masing berharap hubungan yang tercipta di restui oleh ALLAH dan
berkekalan sampai bila-bila…..Together Forever and Ever……………6.26pm(11mei2009)