Thursday, October 27, 2011

PEMERGIANNYA……..

Hidup tak seindah yang kita impikan. Adakalanya kita berada di atas, adakalanya kita berada di bawah. Seperti roda yang berputar yang tidak pernah berhenti. Kita tidak pernah mensyukuri dengan nikmat yang ALLAH telah bagi namun kadang-kadang kita sebagai manusia asyik menyalahkan takdir apabila dugaan datang menyapa………………………………………………..
“Myza, ko sakit ke???” kata Mia setelah melihat Myza memegang kepalanya dengan muka yang berkerut menahan kesakitan.
“Tak da apa-apalah Mia. Pas makan ubat oklah ni.” Myza cuba berdalih di samping melawan kesakitan yang di hadapinya.
“Risau aku tengok ko ni. Bukan malam ni je aku tengok ko begini. Hampir setiap malam tau. Ko sakit apa juga ni. Beritahulah aku Myza.” Mia tidak puas hati apabila dia merasakan Myza seperti menyembunyikan sesuatu darinya. Mia mengambil panadol di atas meja dan segelas air lalu memberikan kepada Myza.
“Thanks Mia. Maaflah kalau menyusahkan ko. Ko dah tidur tapi terpaksa plak bangun sebab aku. Maaf ya.” Myza berasa bersalah kerana mengejutkan Mia dengan tangisannya kerana tidak mampu menahan sakit kepalanya. Myza membaringkan badannya setelah menelan 2 biji panadol yang di berikan oleh Mia.
“Kenapa ko cakap macam tu. Aku kan kawan ko. Manalah tau esok-esok aku plak yang sakit. Tapi betul ko tak rahsiakan apa-apa dari aku kan.” Mia masih lagi tidak puas hati kerana dia merasakan Myza menyembunyikan sakitnya.
“Tak da lah Mia. Dahlah, tidurlah. Aku tak apa-apa. Thanks k…” Myza cuba menyakinkan Mia yang dia hanyalah sakit kepala yang biasa…
Selepas Myza berkata begitu, Mia menuju ke katilnya. Myza memiringkan badannya membelakangkan katil Mia. Myza dah merasakan hidupnya begitu singkat sedangkan banyak lagi yang perlu di capai. YA ALLAH, andai ajalku telah tiba, matikanlah aku dalam keredhaan MU………..Doa Myza di dalam hati dan tidak lama kemudian Myza tertidur dengan linangan air matanya………………………………………………..
*************************************************************************
Myza cuba berlagak biasa walaupun kadang-kadang sakit kepalanya menyerang. Begitulah Myza yang sentiasa menghiburkan dirinya sendiri dan juga orang lain walaupun sakit yang di tanggungnya hanya ALLAH yang tahu.
“Myza, Fariz kirim salam dengan ko” Lina menyampaikan salam Fariz atau nama sebenarnya Fariz Nizam yang di jumpanya sebentar tadi. Lina yang merupakan kawan sekuliah dengan Fariz yang mengambil jurusan yang sama.
“Waalaikumsalam. Kat mana ko jumpa dia..” Myza berkata.….
“Kat perpustakaan tadi. Aku tengah cari buku marketing, pastu dia yang tegur aku Tanya ko mana.” Lina kemudian mengambil tempat duduk di hadapan Myza. Di lihatnya Myza begitu tekun menatap buku di depannya.
“Oooo….” Jawab Myza ringkas tanpa menoleh ke arah Lina. Fariz, lelaki yang cuba mendekati Myza namun Myza mempunyai alasan yang tersendiri untuk tidak melayannya. Semua itu untuk kebaikan semua orang…………
“Kenapa ko tak terima Fariz. Aku Nampak dia suka sangat dengan ko. Tapi ko buat acuh tak acuh je… Apa kurangnya Fariz??????” soal Lina bila di lihatnya Myza begitu tekun menumpukan perhatian terhadap buku didepannya. Lina tidak puas hati kerana di lihatnya Myza seperti tiada apa-apa perasaan. Di saat itu hanya Lina dan Myza berada di meja dekat Blok A di Fakulti Ekonomi & Pengurusan.
“Ntahlah Lina, aku tak terbuka hati untuk menerima mana-mana lelaki lagi. Cukuplah aku pernah di kecewakan dengan lelaki yang betul-betul aku sayang tapi tak pernah menghargai aku.” Jawab Myza sambil menutup buku consumer behavior.
“Mana boleh macam tu Myza. Fariz bukan sama dengan lelaki lain. Jangan cuba samakan ex-boyfriendmu dengan lelaki lain. Ko silap.” Lina cuba menyakinkan Myza tentang Fariz kerana Lina tahu Fariz serius dengan Myza. Kalau tidak kenapa Fariz sanggup menunggu Myza selama 2 tahun sejak mereka menjejakkan kaki di Universiti Putra Malaysia ini.
“Dahlah Lina. Aku malas nak ambil tahu pasal lelaki lagi.” Myza mengemaskan buku-buku di hadapannya.”Kita ada kelas ni. Aku pergi dulu kalau ko tak nak gerak lagi.” sambung Myza dan berlalu meninggalkan Lina. Myza tahu dia bersalah dengan Fariz namun apakan dayanya. Myza tidak nafikan hatinya mula menyayangi Fariz namun Myza tidak mampu membalas cinta Fariz andai dia sendiri yang akan mengecewakan Fariz………………………………
Lina hanya mampu mengangguk kerana Lina sememangnya tidak mahu masuk awal ke kelas Penyelidikan Pemasaraan. Lina memandang sepi dengan pemergiaan Myza. Lina begitu terkilan dengan sikap Myza yang tidak pandai menghargai perasaan orang yang menyintainya. Kadang-kadang Lina merasakan Myza tidak pandai bersyukur dengan kehadiran cinta seorang lelaki yang begitu menyintainya.
*************************************************************************
Myza melangkah lemah keluar dari Pusat Kesihatan Universiti. Ya ALLAH dugaan apa yang KAU berikan kepadaku sekarang ini. Kuatkanlah hatiku dengan dugaan yang KAU berikan ini YA ALLAH….. bisik di hati Myza. Teringat kembali di saat dia berjumpa dengan doctor sebentar tadi….
“Adik, adik tabah ya dengan apa yang saya nak katakan ini. Semua ini ada hikmahnya” Doktor Zailina tenang memulakan perbualan.
“ Kenapa doktor? Apa yang berlaku dengan saya sebenarnya. Apa sakit saya doktor? Kata Myza seperti orang yang tidak sabar.
“Myza menghidapi barah otak di tahap yang kritikal” Doktor Zailina segera mendekati Myza dan mengusap belakang Myza supaya Myza tenang dengan apa yang telah di sampaikannya. Doktor Zailina tahu amat sukar sesorang menerima apabila menghidap penyakit yang sudah tiada harapan lagi.
“ Sabar ya Myza. Semua ini dugaan dari ALLAH” sambung Doktor Zailina setelah melihat Myza kaku.
“Ya ALLAH….” Hanya itu yang mampu terucap di bibir Myza di kala itu.
Pin…….pin……………..pin……………………… bunyi hon kereta di mematikan lamunan Myza di kala itu. Myza segera berjalan ke tepi jalan kerana Myza sendiri tidak menyedari yang dia berjalan di tengah-tengah jalan raya.
“Dik hati-hati kalau berjalan dik.” Kata pemandu yang menghonnya sebentar tadi.
“Maaf ya bang. Tak sedar.” Myza berkata sambil memberikan senyuman. Myza segera menuju ke perhentiaan bas untuk pulang ke kolejnya.
Sesampai Myza di bilik, Myza merebahkan badannya di katil. Terasa lemah seluruh badannya setelah mengetahui bahawa dirinya adalah sakit……
“Mak…… aku rindu dengan mak. Mak anakmu ini sakit mak. Kenapa semua ini terjadi dengan diriku mak…..” rintih Myza sambil air matanya merembes keluar. Mia tiada di saat itu dan ini memudahkan Myza menangis sepuas-puas hatinya……………….
Agak lama juga Myza menangis dan akibat terlalu lama menangis Myza tertidur lagi dalam tangisannya……
*************************************************************************
Tiada siapa yang mengetahui Myza sedang bergelut dengan penyakitnya. Myza sengaja merahsiakan daripada semua orang kerana Myza tidak mahu orang lain bersimpati dengan dirinya. Myza tidak perlukan simpati daripada orang lain. Sekarang ini hidup Myza hanya bergantung dengan ubat untuk menahan segala kesakitan yang di hadapinya. Ubat-ubatan itu pun Myza sorokkan daripada pengetahuan Mia yang merupakan roomatenya.
“Myza, napa aku tengok ko sejak dua menjak ni lain je. Ko sakit ke???? Aku tengok badan ko pun dah susut. Aku dah kata jangan diet ko nak degil.” Mia  berkata panjang kerana apa yang di katakan semuanya benar.
“ Nampak sangat ke aku ni kurus…Slim lagi tau. Mana ada aku diet” Myza tersenyum bila Mia mengingatkan dia sedang diet. Kerana pengambilan ubat tu lah badannya makin susut. Rambut-rambutnya banyak yang gugur sehinggakan rambut yang dulu lebat menjadi nipis.
“ Ko ni kan, aku cakap serius ko fikir aku berlawak.. Tak faham aku dengan ko ni” Mia seakan kesal dengan sikap Myza yang tidak pernah serius apabila dia berkata.
“ Dahlah, ko ni bah nak marah je, nanti cepat tua baru tau. Lari plak budak Hafiz tu”ketawa Myza dengan kuat.
“ Biarlah, lau Hafiz nak lari aku boleh cari lain….hahaha” Mia turut ketawa lalu menuju ke bilik air.
Myza tersenyum dengan gelagat Mia itu. Myza sedar kawannya itu sedang berbahagia dengan Hafiz. Tapi dirinya?????? Myza sedar Fariz menunggunya namun Myza beranggapan untuk apa terima Fariz andai dia yang tinggalkan. Kini Myza tidak sibuk mencari atau mengharapkan cinta daripada insan lain. Yang Myza tahu Myza sentiasa mendekatkan diri kepada yang Maha BERKUASA……
*************************************************************************
YA ALLAH, ampunkan segala dosa-dosaku. Ampunkan dosa kedua orang tuaku yang telah mengasihiku sejak ku kecil. Berilah aku petunjuk dan hidayahMU. Bimbinglah aku kejalan yang benar dan di redhai. Berikanlah aku kekuatan dengan segala dugaan yang KAU berikan kepadaku. Tempatkanlah aku ke dalam golongan-golongan yang sentiasa beriman kepadaMU YA ALLAH……….Ampunkan segala dosa-dosa hambaMU yang hina ini. Izinkan aku mati dalam keimanan dan keredhanMU. Amin…. Amin Ya Rabbal Alamin…………………………….”
Myza menangis dalam doanya. Hanya itu yang mampu di lakukannya. Bermohon semoga dosa-dosanya yang lalu di ampuni……….
Selesai solat Myza bersiap-siap nak pergi kuliah. Myza sendiri perasan berat badannya kini semakin susut, pipi yang dulu tembam kian cengkung. Semua ini adalah dugaan dari ALLAH……………………………………………………..
Tiba di fakulti, Myza meuju ke DKEP18. Namun langkahnya terhenti apabila kedengaran seseorang memanggilnya. Myza menghentikan langkahnya dan berpaling ke belakang. Di lihatnya Fariz sedang berlari-lari anak menuju ke arahnya.
“Apa lagi lah yang dia nak” bisik di hati Myza.
“Myza, habis kuliah tunggu saya ye. Saya ada perkara nak beritahu Myza. Bolehkan” Fariz memandang Myza dengan penuh pengharapan.
“Mmmm bolehlah. Tapi kat mana?” Myza memberikan persetujuan kerana terlalu kerap dia menolak ajakan Fariz dan mungkin dan sampai masanya dia menyuruh Fariz tidak mengharapkannya lagi.
Wajah Fariz ceria apabila Myza sudi bertemu dengannya selepas kelas nanti. Dah berkali-kali di ajaknya Myza bertemu namun ada saja alasan yang keluar dari mulut gadis itu. Tapi berlainan pada hari ini. Terserlah kegembiraan di wajah Fariz.
“Kita jumpa kat meja situ” kata Fariz sambil menunjukkan tempat yang di maksudkan. Tempat itu agak tersembunyi sedikit dan sesuai untuk perkara yang akan di bincangkan nanti……
“Ok. Saya pergi dulu, saya ada kelas ni. Nanti kita jumpa” balas Myza dan berlalu pergi……
Setelah 2 jam kuliah, Myza melangkahkan kakinya menuju tempat yang di maksudkan Fariz untuk bertemu dengannya. Di lihatnya Ijam sudah ada di situ.
“Assalamualaikum” Myza memberikan salam. Di lihatnya Fariz seakan-akan mengelamun.
“Waalaikumsalam. Eh Myza, sory tak perasan.”
“Ada apa yang Fariz nak kata dengan saya?” Myza cuba memulakan perbualan.
“Myza tahu kan yang saya suka dengan Myza tapi kenapa Myza tidak pernah memberi jawapan dengan saya” Fariz meluahkan apa yang ingin di luahkannya.
“Saya tahu Fariz. Tapi saya minta maaf. Saya tidak layak untuk awak. Maafkan saya” ucap Myza perlahan sambil menundukkan wajahnya.
“ Semua orang tidak sempurna Myza. Apa salah saya. Janganlah samakan saya dengan lelaki lain” Fariz seakan-akan merayu dengan Myza. Bagi Fariz terlalu sukar untuk Fariz memasuki hati Myza.
“Ntahlah Fariz, yang pasti saya tidak mampu terima awak. Apalah gunanya saya terima awak tapi akhirnya saya juga yang mengecewakan awak. Saya harap awak tidak mengharap dengan saya lagi. Banyak lagi perempuan yang layak untuk awak. Yang boleh bahagiakan awak. Tolong jangan tunggu saya lagi.” Myza meluahkan apa yang tersirat di hantinya sambil air matanya mengalir. Selesai saja Myza berkata Myza terus cepat mengangkatkan kaki meninggalkan Fariz yang terdiam seribu bahasa.
Fariz terkedu dengan apa yang telah di ucap dengan Myza. “kenapa terlalu sukar kau nak terima aku Myza” bisik di hati Fariz. Fariz hanya memandang sayu dengan pemergiaan Myza. Tiada kekuatan untuk dia nak mengejar Myza ….
“Cinta ini hanya untukmu Myza” nekad di hati Fariz ………………………………….
Setibanya Myza di bilik Myza menangis dan terus menangis. Myza menangis kerana telah menyakiti hati orang yang mula di sayanginya…..”Maafkan aku Fariz ….maafkan aku” ucap di hati Myza ……………………………………….
*************************************************************************
Masa 3 bulan telah berlalu. Doktor Zailina telah beritahu bahawa Myza hanya mampu bertahan selama 3 bulan sahaja. Myza kini telah berada di rumahnya sendiri. Semua ahli keluarga telah tahu kerana Myza tiba-tiba pengsan semasa kuliah. Pihak Pusat Kesihatan University telah memohon kebenaran kepada pihak universiti untuk menghantarnya pulang ke Tawau. Kini Myza hanya mampu terbaring di katil seperti bangkai yang bernyawa. Myza kasihan melihat emaknya yang bersusah payah menguruskan dirinya lantaran dirinya tidak mampu mengurus dirinya sendiri.
“Macam mana keadaan Myza mak” kata Ramlan abang Myza.
“Macam tu lah Lan. Makin hari makin lemah. Kasihan mak tengok dia. Kenapalah dia tanggung semua ini” Mak Myza mengalirkan air mata melihat anak bongsunya menderita akibat penyakit yang di hadapinya.
“Sabarlah mak. Semua tu dugaan dari ALLAH. Semua ada hikmahnya” Ramlan cuba memujuk maknya walapun dia sendiri seperti tidak sanggup melihat keadaan adiknya. Ramlan sendiri tidak menyangka yang adiknya menghidap penyakit yang berbahaya.
Hari itu semua adik beradik Myza berkumpul kerana mereka tahu Myza akan pergi bila-bila masa.
Malam itu mak Myza tersedar apabila mendengar nafas Myza seperti tersekat-sekat. Mak Myza cuba mengusap dada Myza namun tidak mendatangkan apa-apa hasil…
“Mak, am… punkan dosa-dosa…Myza. Myza ban…yak bu…at do…sa deng…an mak. Ampunkan Myza” Myza berkata dengan suara yang tersekat-sekat.
“Mak ampunkan dosa-dosa mu nak. Myza anak yang baik. Janganlah tinggalkan mak nak” Mak Myza mula menangis. Dia tahu masa Myza dah tiba..”jangan tinggalkan mak nak” sambung Mak Myza lagi……
“Kenapa dengan Myza mak?” kata Ramlan apabila bila melihat emak nya menangis.
“ Adik kau Lan. Nafasnya dah perlahan ni. Mak risau Lan. Mak risau dia tinggalkan mak.” Rintihan kata dari mak Myza.
“ Sabar mak…” Ramlan cuba menenangkan maknya. Ramlan kemudian mendekati adiknya.
“Myza, mengucap dik. Ingat ALLAH dik. Mengucap banyak-banyak.” Ramlan berbisik di telingan Myza.
Di lihat adiknya mengerak-gerakkan mulutnya mengucap dan tidak lama kemudian adiknya mengembuskan nafasnya. Adiknya telah pergi buat selama-lamanya. Ramlan menitiskan air matanya kerana kehilangan adik yang paling di sayanginya. Adiknya yang selalu menceriakan rumah dengan kehadirannya…Kedengaran tangisan maknya makin kuat kerana kehilangan anak bongsunya. Semua ahli keluarga berkumpul mendekati jenazah…..
*************************************************************************
Pagi itu suasana begitu sunyi dan hambar. Mia,Lina dan Fariz sanggup datang pada malam itu setelah di beritahu pemergian Myza. Mia tidak sangka selama mereka sebilik, Myza begitu rapi merahsiakan penyakitnya sehinggakan dia langsung tidak tahu yang Myza derita menanggung sakit. Mia begitu sedih kehilangan sahabat yang begitu memahaminya. Di saat dia bergaduh dengan Hafiz dengan Myza lah dia meluahkan segala-galanya……………………………………………………………………….
Kini persoalan di minda Fariz akhirnya terjawab. Fariz telah mengerti kenapa Myza tidak mahu membalas cintanya walaupun telah bertahun Fariz menunggu balasan cinta dari Myza. Fariz tidak pernah salahkan Myza. Fariz sedar cintanya terhadap Myza hanya takdir yang pisahkan mereka berdua. Pemergiaan Myza membawa kesedihan yang paling besar dalam hidup Fariz. Di saat dia bertemu dengan gadis idamannya, di saat itulah takdir menduga kehidupannya. Namun Fariz pasrah dan redha dengan pemergiaan Myza. Seperti kata Myza setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya……………….
“Adik ni yang bernama Fariz?” Ramlan menyapa seorang pemuda yang masih tidak berganjak dari kuburan adiknya. Fariz menoleh apabila suara Ramlan menyapa lamunannya.
“Ya bang” jawab Fariz sambil bersalaman dengan Ramlan.
“Ni ada surat untuk adik. Arwah bagi abang masa mula-mula dia sampai di Tawau dulu.”Ramlan menghulurkan sepucuk surat kepada Fariz.
Fariz menyambutnya surat bersampul hijau itu dan berkata “ Terima kasih bang”……
Ramlan berlalu memberikan Fariz ruang. Lagipun banyak perkara yang perlu di uruskan lagi.
Fariz memandang sepi ke arah surat yang di pegangnya. Dengan sisa kekuatan yang ada Fariz membuka surat tersebut…………………………………………………………………

Assalamualaikum Fariz …..
Di saat Fariz membaca surat ini, Myza mungkin telah pergi buat selama-lamanya. Maafkan Myza kerana merahsiahkan semuanya dengan Fariz. Myza tahu penantian yang Fariz buat hanyalah sia-sia. Maaafkanlah Myza. Myza memang tidak mampu membalas cinta Fariz kerana Myza tahu Myza pasti akan tinggalkan Fariz. Myza minta maaf dengan Fariz. Lebih baik hati Fariz terluka sekarang daripada Fariz terluka di kemudian hari. Myza sendiri sedar apa yang akan terjadi dengan Myza. Memang perit untuk merahsiakan perasaan cinta Myza terhadap Fariz namun takdir tidak mengizinkan kita bersama. ALLAH telah memberi pertemuaan pada kita berdua tetapi ALLAH tidak mengizinkan kita hidup bersama. Cinta tidak semestinya kita memiliki insan tersebut. Myza harap Fariz akan bertemu dengan perempuan yang mampu menjaga Fariz sampai akhir hayat Fariz. Myza betul-betul minta maaf dengan Fariz. Myza doakan Fariz terus berjaya dalam hidup. Tunaikan impaian Fariz untuk menjadi seorang usahawan seperti yanga pernah Fariz katakan pada Myza kerana itu jugalah impian Myza. Myza ucapkan terima kasih kerana telah menyintai diri Myza walaupun Myza sentiasa menyakiti hati Fariz. Myza hentikan tulisan ini dan semoga tiada dendam di antara kita selama-lamanya……………………………….. Pertemuan antara kita adalah sebuah takdir dan perpisahan antara kita juga pasti ada hikmahnya………………….
Menyintaimu,

- Myza –

Fariz menitiskan air mata setelah selesai membaca surat itu. Ya ALLAH, selama ini rupanya dia tidak bertepuk sebelah tangan. Patutlah dia merasakan menunggu seribu tahun pun hatinya tidak pernah mahu berubah….. Bisik Fariz di dalam hatinya…..
Fariz memandang sepi kuburan arwah Myza. “Myza, aku akan bawa cinta di dalam hatiku terhadapmu sampai bila-bila.” Fariz melangkahkan kaki meninggalkan pusara orang yang di cintainya itu……………………. “semoga roh arwah di cucuri rahmatNYA”…….Amin……………………………

No comments: