9/10/11.......Aq ngan pakwe aq pergi Bukit Broga...... Kenapa kami teringin nak ke sana??? Sebab kami selalu dengar orang kata Broga tempat yang cantik. Anis (adik Hasbi) dah pun pergi dan dia pun kata cantik. Dalam otak aq ni Broga tu tidaklah perlukan pendakian yang terlampau rupa-rupanya kami silap..... Dengan selambanya kami berdua mendaki juga bukit Broga itu dengan pemakaian yang hanya sesuai pergi ke shopping mall atau jalan-jalan di taman bunga. mesti semua orang dah dapat mengagak pemakaian kami kan.......hahaha...... Semua orang memandang pelik kerana orang yang datang ke situ semuanya berpakaian sukan. Dahlah Hasbi hanya memakai selipar je..... Tapi demi keinginan dalam hati untuk melihat pemandangan yang cantik kami berdua buat slamba je meneruskan pendakian..... Ingatkan dekat rupa-rupanya ketinggiannya boleh tahan juga. Kami mengambil lebih kurang 45minti untuk sampai ke atas. Kalau orang lain yang dah biasa mungkin hanya 30minit untuk sampai. Punyalah tinggi bukit tu. Tapi Hasbi kata kena teruskan juga walaupun kami berdua dah basah lencun dengan peluh. Bila nak dekat atas bukit tu aq ketikanya aq berhenti sebab gayat...Bagi orang yang biasa panjat bukit or gunung pasti x kisah kalau berada di tempat yang tinggi...kat bawah ni ada beberapa gambar masa kat bukit broga.....
Seperti biasa lagi nak tengok lebih semua ada kat fb....Tapi macam biasalah aq dah tak upload gambar-gambar yang "gegar-gegar" sebab pak we aq dah tegur....hehehe...Ikutkan ati aq memang aq upload semuanya.....hahahaha.... Best memang best...Kalau pergi ramai-ramai lagi best. Dalam hati dah ada niat nak pergi kali ke 2 sebab tempat yang tinggi sikit belum terpanjat lagi.... Ada umur yang panjang dan masa lapang nak ajak kawan-kawan sama...... Rugi kalau tak pergi....
No comments:
Post a Comment