09/11/2014 (Ahad)
Post ni sekadar berkongsi cerita dimana anak aq Asfa Razin terkena kuning atau jaundice. Semua orang tahu jaundice tu apa kan so tak payahlah nak tulis sinopsisnya,.....hehehe... Asfa Razin kena masa umur dia 3 hari.Sedih....takut.....semua ada dalam fikiran. Memang hati tak tenteramlah walaupun orang kata perkara biasa untuk baby yang baru lahir. Apatah lagi aq jenis yang darah O. Masa tu hari Ahad dan nurse datang rumah. Dia kata anak aq memang kuning dan dia paksa pergi hospital Banting hari tu juga. So petang tu pergilah aq dengan suamiku. Pergi sana nama je kecemasan tapi punyalah ramai orang. Kenalah menunggu, dahlah masih pantang dan jahitan masih berbisa sikit. Demi anak kan.......... Lepas Asfa RAzin ambil darah kena tunggu setengah jam plak. Kami decide untuk tunggu dalam kereta sebab kami pasti kena tahan malam tu juga. Tunggu keputusan darah 2 jam. Masa tu aq memang tak senang dan terasa nak nangis. Kalau boleh aq nak berpantang di rumah...............................
Lepas 2 jam tu, keputusan darah keluar.....tinggi.... bacaan kuning 297 klu tak silap aq. Kenalah duduk dekat wad. Hospital Banting........ layanan nurse ok cuma kemudahan terlampau kurang. Mentang2lah hospital lama. Masa tu wad bayi tengah renovate so terpaksa menumpang dekat wad kanak2.... Kedudukan plak sempit gila...... Memang sengsara bagi mak2 yang masih dlm pantang ni.....
hari pertama masuk wad...sedih....
Hari pertama masuk wad....duduk bawah lampu Asfa razin memang langsung tak nak duduk dalam katil tu. Mungkin tak selesa agaknya. Terpaksa aq pangku dia macam tu. Sedih memang sedih...Nangis juga aq tapi aq kena kuat demi anak aq. Yang membimbangkan aq juga masa tu, masa nurse cek dengupan jantung dia laju..... Mahu tak mahu terpaksalah dia pakai wayar oksigen. Bertambah sedih bila melihatnya. Dahlah pakai benda tu dia tak sukar nak bernafas. Doktor kata mungkin dia terkena jangkitan kuman. Ya ALLAH, aq redha dengan semua ni. Memang aq tak boleh lupakan semua ni....... semalam aq pangku dia. Berat badan dia pun sebenarnya susut... Masa lahir 3.15 kg tapi hari tu turun ke 3kg......
10/11/2014(Isnin)
Esok paginya, rutin kat hospital tu doktor akan cek pagi-pagi. Bacaan masih kuning lagi dan terpaksa duduk bawah lampu lagi. Cuma pagi tu Asfa Razin dah boleh duduk dalam katil dia dan masa tulah aq boleh rehatkan diri. Hasbi plak boleh masuk tengha ari je masa melawat. Masa Hasbi datang kami bagi dia minum sikit susu kambing segar. Kita ikhtiar selagi boleh kan memandangkan kuning dia masih lagi tinggi.
11/11/2014 (Selasa)
Hari ni bacaan kuning dia dah turun. Alhamdulillah........tapi terpaksa duduk seminggu sebab nak pantau pernafasan dia. Doktor bagi masuk antibiotik untuk menguatkan paru-parunya. Kiranya susu kambing tu berkesan juga lah.
bila di benarkan pakai baju
12/11/2014 (Rabu) & 13/11/2014 (Khamis)
Hari rabu tiada apa-apa perubahan dan hari Khamis wayar oksigen di buka...cuma terpaksa duduk dalam wad lagi untuk meneruskan antiobiotik tu...... Alhamdulillah. Rasa lega bila wayar-wayar tu di cabut. Kalau ada wayar tu, bukan saja menyukarkan pergerakkan Asfa Razin, malah menyukarkan aq untuk menyusukannya. Dahlah anak aq ni jenis yang aktif.
14/11/2014 (Jumaat)
Bila hari jumaat tu kuning dia naik balik. Ingatkan kuning dah settel........ Terpaksa duduk bawah lampu sekali lagi. Memang dugaanlah. Lepas satu....satu lagi.... Time tu dalam hati memang dah tak tentu. Macam mana kalau kuning dia tak nak turun esok. Kena tahan lagi ke??????
15/11/2014 (Sabtu)
Pagi sabtu tu, bila doktor cek, kuning dia ada lagi cuma paras bacaan kuning tu di bawah paras yang berbahaya mengikut berat badannya. So petang tu akhirnya boleh balik rumah selepas mengambil antibiotik yang terakhir. Alhamdulillah........ boleh balik rumah dan temu janji seterusnya hari selasa minggu depan untuk pantau penafasan dia lagi.... Lega bila sampai rumah.... Ya lah pantang entah ke mana. Dahlah first time memang tak tahu macam mana...........
16/11/2014 (Ahad)
Pagi ada nurse datang rumah. Yang datang Kak Rohayu tu. Dia memang nurse yang jaga rekod aq bila dah masuk trisemester tu. So bila cek Asfa Razin kuning ada lagi so kak Rohayu suruh datang KK esok Dan bila part aq plak...... Cek luka...... JAHITAN TERBUKA...... Astagfirullahalazim...... Nak kata sakit memang aq tak rasa apa2. Cuma pedih sikitlah. .... Masalah baru yang aq hadapi.
17/11/2014 (Isnin)
Pagi-pagi tu aq dgn Hasbi ke KK Bukit Changgang untuk cek bacaan kuning Asfa Razin. Tinggi lagi.... Ya Allah... time tu aq dah tak mampu nak berkata apa-apa. Doktor suruh ke Hospital lagi namun aq beritahu ada temu janji esok dan doktor dengan berat hati membenarkan aq untuk pergi esok. Sebab kalau diikutkan aq kena pergi hospital hari itu juga. Cuma masa tu doktor nasihatkan supaya pantau keadaan Asfa Razin.
18/11/2014 (Selasa)
Pagi tu, kami bawa Asfa Razin pergi kedai......mak mertua jemur, kami akan usaha selagi boleh.
nyenyaknya anak ibu ni........
Aq dan suami dah redha untuk hadapi semua ni. Kalau kena tahan sekali lagi, aq redha. Demi anak aq sanggup walaupun jahitan aq terbuka masa tu. Petang tu kami pergi Hospital Banting sekali lagi. Menghadap doktor dengan hati yang berdebar-debar walaupun tahu akan kena tahan. Macam biasa, ambil darah lagi. Kesian anak ibu kena cucuk lagi.....sabar ya nak...... sementara tunggu keputusan darah, doktor cek penafasan dia laju lagi. Doktor suruh masukkan wayar oksigen ke hidung dia.... Dalam hati aq, sekali lagi???????? Ya ALLAH........ Tapi Hasbi tak benarkan. Agak lama juga dia dengan doktor bedebat dan akhirnya Hasbi tetap juga berkeras untuk tidak mahu anak dia mengunakan wayar oksigen tu. Kalau nak tahan pun biar atas kes kuning. Bukan kerana penafasan......... Bacaan kuningnya tinggi....... 304............ dan bermula lagi kisah............
19/11/2014(Rabu)
Bila duduk kat hospital ni, aq dah redha. Aq terima dengan hati terbuka. dalam fikiran kuat demi anak.........
Aq ambil gambar ni sebab geli hati tengok gelagat anak aq tidur.... dah lah buas.....hehehe.... Pandai anak ibu ni menghiburkan hati ibu. Ibu akan teman Asfa Razin sampai bila2 nak. Yang penting Asfa Razin sihat................................
20/11/2014 (Khamis)
Hari ni, Asfa Razin dah boleh keluar. Bacaan kuning masih tinggi tp macam biasalah, bacaan tu paras yang di benarkan dengan berat badannya. Mungkin kuning tu tak nak pergi sebab aq darah O. Mana-mana yang berdarah O, anak pasti akan dapat kuning. Cuma beza sekejap or lama. Sebelum keluar tu, Asfa Razin kena ambil air kencing sebab dah nak dekat 2 minggu kuning. Mereka nak tengok sama ada, ada "benda" lain yang menyebabkan kuning ni berterusan. Petang tu kami balik rumah....... Alhamdulillah...............................
21/11/2014 (Jumaat)
Pagi tu, nurse datang rumah check up. Kuning ada lagi dan nurse suruh pergi cek dekat KK petang tu..... Masa tu, aq pun tak tahu kenapa aq beremosi........ Memang lemah semangat bila nurse suruh pergi KK lagi.... Memang menangis lah time tu. Tapi nasib baik Hasbi pujuk untuk kuatkan semangat. Petang tu lepas solat Jumaat, kami pergi................... Bila ambil darah, kuning still ada lagi.....222.............. Sabar je lah....... Tapi oleh sebab dah ada temu janji untuk keputusan air kencing tu, doktor kata tunggu keputusan tu. Cuma kena pantau keadaan dia. Kalau nampak dia lemah terus bawa ke Hospital. Tapi itupun doktor suruh repeat ambil darah hari isnin lagi..............
24/11/2014 (Isnin)
Pagi-pagi dah terpacak kat sini, sebab apa?? Macam biasalah, cek kuning dan aq sekali....... Memang kuning ni tak nak tinggalkan anak aq....huhu.... Bacaan still lagi 200+++....... Ntahlah, macam-macam juga kami dah buat...mandikan dengan air itu ini....pun tak jalan juga. Bila part aq plak, pasal jahitan tu, memang terbuka habis.... Masa tu memang aq rasa pedih bila duduk. Tapi kalau berjalan tak rasa apa-apa. Terus doktor rujuk aq pergi hospital. Sekali lagi kena pergi........ Dapat je surat tu, kami terus pergi sana. Time memang lemah semangat balik. Kena jahit balik ke????????? Dahlah bagi aq masa jahit lagi sakit berbanding masa teran...... Ya Allah...kuatkanlah semangat ku........... Bila doktor pakar check, jahitan tu memang terbuka cuma dia ambil specimen tuk di uji tgk ada kuman or tak. Cuma antibiotik kena ambil mengikut time yang di tetapkan............ Temu janji seterusnya.......27/11/2014..... Asfa Razin plak 26/11/2014.............. Memang jadi pelawat tetap kat Hospital Banting ni......yang tu aq post kat entry lain plak.......