Saturday, April 20, 2013

My Corak & Bolat.......



Ok kali ni aq nak cerita sal Corak & Bolat...Sapa mereka? Mereka adalah kucing kesayanganku. Mulanya yang menjadi peneman corak. Dari kecil umur sebulan kot aq ambil dia kat kilang. Sedih juga sebab pisahkan dia ngan mak dia tapi nak ambil sekali ngan mak dia aq dah boleh. Nanti aq x mampu nak jaga. Lagipun bukan umah sendiri kan. Kalau umah sendiri memang aq dah angkut.Hahaha..........Corak ni adalah jantan.... Hahaha....

Corak ni jenis kucing yang aktif. Kucing kampunglah katakan. Suka berlari dan tak manja langsung. Aq selalu jadi mangsa gigi nya. Asyik nak mengigit je. Tapi redhalah juga sebab dia xda kawan kan. Kat rumah hanya aq ngan kak azi je. Mula-mula sampai rumah ketakutan jugalah dia. Kesian gak tengok.... Nasiblah tu pun sehari je dia takut. Pastu ok dah... Wat macam rumah sendiri. Hehe....... Yang geram tu dia suka panjat-panjat almari. Hari tu dia pecahkan frame kak azi. Huhuhu..... Lupa lak nak beritahu.... aq bagi nama CORAK sebab badannya bercorak-corak...haha. Walaupun ramai kata x sedap lantaklah. Kucing aq kan... HAHAHAHA.......

Jenuh juga nak ajar Corak ni berak dan kencing kat tandas. Alhamdulillah akhinya dia pandai juga. Paling senanglah nak ajar dia. Lagipun dia x suka berak or kencing kat sangkar dia. Kira pembersih jugalah. Hehe... Kalau aq pergi kerja balik keja tu kena lepaskan dia sebab time tu lah dia akan kecing dan berak.......

Lepas umur Corak 5 Bulan barulah berteman.... Teman spesis. Haha... Itu pun sebab ada sorang oficemate aq suruh ambil sebab kesiankan kucing tu kat umah dia. Mahu x mahu ambillah juga. Yang syoknya ofismate ingatkan kucing tu betina rupa-rupanya jantan juga. Sama ngan Corak... Haha kesian Corak tak da pasangan. Tak pahlah xda juga nak risau kena mandulkan kalau betina. Yang lainnya Bolayt ni bulu ekornya jenis bulu panjang. Kucing kacuk kot. Nama Bolat sempena matanya yang Bulat tu...hahaha....

Lain fesyennya Bolat kalau nak berak dan kencing. Suka kencing ngan berak merata. Yang port dia palin suka kat bawah meja makan. Geram betul. Kalau Corak habis aq pukul2 punggung dia tu. Yang Bolat ni x leh pukul bab dia ni jenis lembik semacam. Huhuhu.... Cuma sekarang ni alhamdulillah dia dah reti sikit-sikit pergi tandas. Itu pun kena pantau juga sebab takut datang sewel dia p membuang merata. 

Asyik cerita sal meka tapi gambar xda..... K lah kalau cerita sal mereka memang tak habis. Mereka lah kucing-kucing kesayangan ku. Walaupun dia bukan kucing parsi atau bulu lebat tapi mereka lah penghibur yang paling aq sayang...... LOVE YOU CORAK & BOLAT...........


                                                      Corak

                                                     Bolat

                                            Gaya tidur bebas...

                                              Bergurau-gurau

                                              Bermalas-malasan

                                                Gaya bebas Corak







Friday, April 19, 2013

My Bolat buat hal....Gerrrrrrrraaaaaaaammmmmmmmmmm..........

Pagi-pagi Bolat buat hal... Geram tahap gaban dah aq ni. Macam-macam perangailah. Sapa Bolat ni? Nantilah aq cerita kat entri yang lain........ Memang sejak akhir-akhir ni Bolat suka jenguk jiran sebelah. Kadang-kadang terpergi juga kat sebelah tapi masih boleh di kesan lagi. Pagi ni betul-betul menguji kesabaran. Langsung dah x reti nak balik.......

Mula-mula ingatkan dia ada main kat dapur tapi bila jenguk dah tak da. Jenuh cari satu rumah tapi x ada juga. Jenguk kat umah jiran sebelah pun x nampak juga. Biasanya nampak je ekor dia tu. Dahlah nak kejar masa nak p kerja dia buat hal lak. Geram betullah. Terpaksalah aq tebalkan muka tuk ketuk juga pintu jiran sebelah. Dahlah jiran tu bujang lelaki.....huhuhu........

Kesian jiran tu...... Ya lah tidur kena kacau.....hahaha..... Tu pun banyak kali juga ketuk barulah dia buka...... Tapi xpa janji Bolat tu dapat balik. Buka je pintu tu jiran tu dah pegang Bolat...... Ai Bolat.... Bolat...... suka betul nak p rumah orang.........




Tuesday, April 16, 2013

Baju nikah - Bahagian ke 2 kot.....


Baju oh baju......Ari ni plan nak p hantar baju nikah. P dgn ofismate sebab butik tu dia je yg tahu. Kebetulan  My Abg x niaga so bolehlah ajak dia sekali. Butik pengantin tu namanya Rose MZ.... Ntah korang tahu or x. Butik tu xdalah besar sangat pun. Tapi masuk butik tu mmg byk bju pengantin......Dah namanya butik pengantin....hahaha.....

Masa bincang tu memang nak wat baju peplum....tapi org kat situ kata kain yg aq beli tu x boleh buat. Lagipun baju peplum ni banyak perlukan kain.Kalau 4 meter memang x cukup.Aq dah cuak dah. Nak fikir design apa pulak ni......... Bincang punya bincang tu boleh buat tapi kena tambah kain. Tanpa fikir panjang aq beli je kain yg ada kat situ.Yang penting match dengan baju tu......

 Bila tiba total berdoa dah supaya janganlah mahal sangat sebab lari budget juga ni. Sekali  tengok total baju perempuan rm 360.00.... Alahai nasiblah My Abg... sebab turn dia yang bayar upah baju. Baju pihak lelaki lak dia yang tentukan macam mana. Harga dia pun boleh tahan juga.... Rm 170.00..... So total upah baju kami rm 530.00..... betul-betul terbang duit....hahaha.......


Kalau ak cantik aq pun xtaulah nak kata apa...huhu... Apapapun kita tunggu dan lihat jelah.......










Monday, April 08, 2013

Mari membaca.....

Hari ni dapat novel dari Karya Seni..... Bukan dapat percuma tau. Kenalah beli baru dapat.Hahaha... Ok aku beli novel tajuknya "Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik". Tertarik dengan sinopsisnya.Ok jom layan sinopsisnya.........

Nura Alia seorang gadis periang yang telah jatuh cinta dengan Syed Azmi, seorang anak Datuk yang kaya dan handsome! Walaupun dia tahu Syed Azmi seorang womeniser. Nura Alia yakin bahawa lelaki itu pasti akan meninggalkan gelarn itu demi cinta mereka bersama.

Akhirny, dari cinta ia berubah benci! Syed Azmi juga hampir-hampir meragut kesucian Nura Alia. Nura Alia menyimpan dendam kesumat pada lelaki itu.

"Aku bencikan kau, Syed Azmi! Kau memang lelaki tak guna!" - Nura Alia

Demi menjalankan rancangan membalas dendamnya, Nura Alia akhirnya nekad untuk menjadi babysitter kepada  abang Syed Azmi yang autistik, Syed Azwan a.k.a Boboy, budak tak cukup seringgit yang sengal! Dalam terpaksa dia rela melayan setiap karenah Boboy.

" Boboy! Boboy memang suk menyusahkan akak, kan?! Eee.... geramnya aku!" - Nura Alian

Selama tujuh tahun, Boboy hidup di dalam dunianya sendiri. Dunia kanak-kanak autistik yang sengaja diciptakannya demi menyembunyikan sejarah silam. Sejarah silam yang membuatkan dia menyimpan rasa bersalah sehingga ke hari ini.

Namun, semuanya itu berubah apabila Nura Alia hadir dalam hidupnya. Hati Boboh berdegup lagi. Dalam diam, dia menyayangi si bsbysitternya itu.

" Kita minta maaf sebab selalu menyusahkan kakak. Kita sayangkan kakak!" - Boboy

Tapi, tiada siapa yang dapat menghalang suratan takdir. Nura Alia dan Boboy akhirnya bersatu dalam sebuah ikatan. Pada saat cinta mereka bersemi, muncul pelbagai halangan yang menggugat rasa cinta yang baru hadir itu. Masing-masing masih menyimpan banyak rahsia. Rahsia yang mampu mengundang kecewa dan duka dalam hati mereka berdua.
Rahsia siapakah yang bakal terbongkar dahulu? Apakah nasib 'cinta' yang baru bersemi dalam hati mereka itu? Adakah dari cinta sekali lagi ia akan berubah menjadi benci?

" Maafkan abang, sayang. Selama ini abang dah tipu Lia. Abang sebenarnya bukan Boboy yang autistik. Abang masih Syed Azwan yang normal. Abang......." - Syed Azwan

Macam tu lah sinopsisnya......Macam bestkan... Kira tebal juga novel ni. Genap 888 muka surat. Ntah berapa lama aku baca ni. Hahaha yalah kadang-kadang ikut mood kan. Tak pa apa-apa hasilnya nanti aku buag dekat entri yang lain k.... Selamat membaca.....













Saturday, April 06, 2013

Doorgift 2 : Macam gila nak wat paper bag...DIY......


Sekarang ni gila dan bersemangat tinggi nak buat paper bag tuk doogift.... Dalam cadangan paper bag tu untuk bagi ngan budak2 je sebab nak letak makanan ringan. Banyak juga reseacrh ngan mr.google ni..... Sampai tak tau nak buat macam mana.... Jadi rambang mata jadinya.....

 Kalau boleh nak yang cantik....simple...dan paling penting murah.....hehe. Lagipun saja nak isi masa terluang. Bosan-bosan bileh buat kan.Tapi harap-harap bukan hangat-hangat tahi ayam.Hahahaha..........Aku pun masih tak tau mau guna bahan-bahan apa. Harap-haraplah pa yang aku mau buat ni berjaya......

Paper bag.....oooooo paper bag.........