Tuesday, December 31, 2013

Selamat tahun baru 2014

Ting....ting....ting...... esok dah tahun baru.... cepatnya masa berlalu.... Bermula tahun di mana aq adalah seorang isteri.... ^_^....... Kalau imbas kembali memang macam-macam dugaan juga yang kami lalui bersama. Cuma syukur alhamdulillah semuanya dah selesai.

Xda apa sangat yang nak di kongsikan dalam blog dah..... Nak review tentang perkahwinan gambar yang kat sabah tak siap lagi... Gambar majlis bertandang adalah juga. Tapi nak tunggu gambar yang kat sabah dulu.... Lupa nak beritahu... hari ni dah genap sebulan sehari perkahwinan kami.... Semoga kekal sampai ke Jannah.... Doakan ye kawan-kawan......

Apapapun nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2014...... Semoga apa yang kita rancangkan semuanya berjalan dengan lancar..... Sapa-sapa yang nak berazam tu... semoga mencapai azam baru.......

Friday, December 13, 2013

Seorang Isteri.......

Alhamdulillah..... Hanya itu yang mampu aq katakan. Akhirnya aq menjadi seorang isteri kepada Mohd Hasbi Bin Abd Rohin.... Perkenalan selama 4 tahun 2 bulan akhirnya menjadi hubungan yang halal..... Syukur Alhamdulillah..........

Walaupun 13hari dah menjadi isteri tapi aq masih tak percaya. Hahaha....dulu hidup bujang boleh buat sesuka hati. Sekarang ni apa yang di buat semuanya kena fikir ada suami. Lepas ni dah kuranglah ber Blog..... Sebab dah tak tahu nak story kan apa.....Huhuhu....

Dalam kegembiraan pun ada kesedihan juga. Kucing aq yang bernama Bolat dah mati. Mati sebab jangkitan kuman selepas gaduh dengan kucing liar. Dulu Corak melarikan diri ni sekarang Bolat lak dah mati. Nasiblah ada seekor kucing baru namanya JOJO..... Sekarang kena fokus dengan JOJO jak.....

Tuesday, October 15, 2013

Aku tak layak.........T_T

AkU tak layak........ Ya ALLAH peritnya bila dengar perkataan tu. Apatah lagi bila di ucap oleh orang yang kita sayang....... Air mata jangan cakaplah. Mengalir tak henti saat perkataan tu terdengar. Aku tak kira dia nak marah or apa jak pun tapi janganlah sesuka hati nak lemparkan perkataan apatah lagi perkataan yang begitu sensitif.  Lepas tu mudah jak dia anggap semuanya macam biasa. Itulh lelaki...........

Semakin dekat memang semakih banyak dugaan. Perkara kecil memang boleh wat gaduh besar. Tapi fidak fahamkah dia yang sememangnya aku tak suka di desak. Aku diam bukan bermakna aku nak keruhkan keadaan cuma aku diam kerana aku cuba pujuk hati aku untuk tidak ambil hati. Tapi bagi sia aku diam sebab nak keruhkan keadaan..... Dah bertahun tapi masih tak faham dengan  aku.

Cuma aku betul-betul terasa bila dia kata aku tak layak........ Hari raya aidiladha yang tak boleh aku lupakan..............


Monday, October 07, 2013

Makin sensitif......

Waaaaaa dah mula menghitung hari... ahahaha..... Tak sampai 2 bulan lagi. Aq pun apa lagi buat kerja ada je yang x kena. Hahahaha..... Mood nak bercuti dah sampai awal. Walaupun tak semua benda settle.

Cuma sejak akhir-akhir ni aq cepat betul terasa dengan Asbi walaupun benda kecil. Dan aq sedar kerana benda kecil tulah benda besar tak dapat buat. Aq pun tak tahu kena aq begitu sensitif dengan dia. Kekadang macam perangai budak-budak pun ada. Tapi nak buat macam mana.Huhuhu...... Nasib baiklah asbi leh tahan dengan karenahku..

Ya ALLAH... permudahkanlah segalanya. Hari demi hari silih berganti....Takut pun ada juga....Hahahaha....... Doakan semoga semua berjalan dengan lancar.....AMIN........

Friday, September 13, 2013

Ujian HIV.....Alhamdulillah........

Hari ini ambil half day petang sebab nak wat ujian hiv. Minggu lalu hasbi beritahu yang dia nak buat ujian hiv tu. So misi minggu ni mmg nak buat ujian hiv tu. Hari isnin baru2 ni hasbi call klinik kesihatan seri kembangan. Kalau ikutkan hati aq nak cari klinik kesihatan yang xpayah nak wat temu janji. Walk in je tapi bila dapat call KK seri kembangan kena wat temu jani. Itupun hanya 3 hari je. Isnin....Selasa....Jumaat. So hasbi pilih hari jumaat sebab oleh kerana aq ni makan gaji dgn org kenalah mohon cuti 4 hari sebelum nak cuti tu. Petang hari isnin tu jugalah aq isi form cuti.  Ambil half day je...Jimat cuti....hahaha....

Hari selasa tu hasbi pergi wat temu janji tu sebab tak boleh buat temu janji by phone. Lega bila dah confirm buat hari jumaat..... so prosedur wat ujian hiv di klinik kesihatan seri kembangan ni...... sampai sana kena ambil nombor... pastu kena isi borang. Bagi perempuan ni dia bagi 2 borang. 1 borang untuk saringan hiv dan lagi satu untuk kehamilan. Bila dah habis isi borang... hasbi dah ke bilik 6 tapi aq kena p check darah tinggi.... ketinggian...berat.... barulah pergi ke bilik 6.

Tunggu punya tunggu giliran aq sampai..... Memang berdebar2...... Masa nurse tu cucuk memang x sanggup nak tengok. Seram.... Dahlah cari urat x dapat2....Memang pedihlah. Dahlah ambil darah ku banyak....hahaha...... Selesai ambil darah tu kena hantar lak darah tu ke makmal 7. Mungkin nak check kencing manis or apa je lah....... Yang peliknya lelaki meka cucuk hujung jari je. Kalau perempuan dekat lipatan lengan tu............ Nak tunggu keputusan tu lah yang lama. Hampir sejam 30minit tungu. Barulah keputusan tu dapat. Alhamdulillah selesai satu pekara penting.....Simple tapi leceh sebab tunggulama. Tapi syukur sangat2 sebab dah selesai dan yang penting alhamdulillah aq BEBAS DARI HIV..... hehehe......



                                     Asbi dapat kawan dari China...

                                       Keputusan.......


Monday, August 12, 2013

Cuba fikir positif......

X sedar masa berlalu dengan pantas...... Lebih kurang 3 bulan lagi majlis tu tapi rasanya satu persediaan pun belum ada lagi. Ingatkan masa raya ni bolehlah buat hantaran tapi sebab akak aq yg balik raya sekali tu terpaksa balik awal jadinya tak dapatlah buat. Dugaan lagi dengan tertangguhnya apa yang di rancang. Mak aq pulak kata abg aq yang kat tawau mahu seorang or kena ada wakil masa hantaran tu. Andailah sabah ngan semenanjung ni dekat kan tak kisahlah nak balik berkali2....... 

Tapi seorang kawan ku kata mungkin familyku di sabah xmau di kemudian hari ada orang cakap yg bukan2. Maklumlah mulut org susah nak tutup. Mungkin aq pun kena fikir positive juga. Lagipun aq kan bongsu..... Majlis perkahwinan yang terakhir dalam adik beradik. InshaAllah. Aq terpaksa slow talk dengan family asbi dan aq harap familynya x fikir aq ni menyusahkan pihak mereka. Risau juga kan. Dahlah masa merisik tu pun mereka kena datang.

Semoga semuanya di permudahkan...... inshaAllah.......

Tuesday, June 18, 2013

3011.......Syukur Alhamdulillah.......


Alhamdulillah....hanya itu yang mampu aq ucapkan...... salah satu impian aq tercapai. Alhamdulillah. Walaupun x semewah orang lain tapi atas usaha sendiri akhirnya dapat juga. Kiranya adalah juga daripada tak da kan. InshaAllah 3011 akan membawa banyak erti buat diriku dalam tahun ni.... Alhamdulillah..... WYM 3011..............

Saturday, April 20, 2013

My Corak & Bolat.......



Ok kali ni aq nak cerita sal Corak & Bolat...Sapa mereka? Mereka adalah kucing kesayanganku. Mulanya yang menjadi peneman corak. Dari kecil umur sebulan kot aq ambil dia kat kilang. Sedih juga sebab pisahkan dia ngan mak dia tapi nak ambil sekali ngan mak dia aq dah boleh. Nanti aq x mampu nak jaga. Lagipun bukan umah sendiri kan. Kalau umah sendiri memang aq dah angkut.Hahaha..........Corak ni adalah jantan.... Hahaha....

Corak ni jenis kucing yang aktif. Kucing kampunglah katakan. Suka berlari dan tak manja langsung. Aq selalu jadi mangsa gigi nya. Asyik nak mengigit je. Tapi redhalah juga sebab dia xda kawan kan. Kat rumah hanya aq ngan kak azi je. Mula-mula sampai rumah ketakutan jugalah dia. Kesian gak tengok.... Nasiblah tu pun sehari je dia takut. Pastu ok dah... Wat macam rumah sendiri. Hehe....... Yang geram tu dia suka panjat-panjat almari. Hari tu dia pecahkan frame kak azi. Huhuhu..... Lupa lak nak beritahu.... aq bagi nama CORAK sebab badannya bercorak-corak...haha. Walaupun ramai kata x sedap lantaklah. Kucing aq kan... HAHAHAHA.......

Jenuh juga nak ajar Corak ni berak dan kencing kat tandas. Alhamdulillah akhinya dia pandai juga. Paling senanglah nak ajar dia. Lagipun dia x suka berak or kencing kat sangkar dia. Kira pembersih jugalah. Hehe... Kalau aq pergi kerja balik keja tu kena lepaskan dia sebab time tu lah dia akan kecing dan berak.......

Lepas umur Corak 5 Bulan barulah berteman.... Teman spesis. Haha... Itu pun sebab ada sorang oficemate aq suruh ambil sebab kesiankan kucing tu kat umah dia. Mahu x mahu ambillah juga. Yang syoknya ofismate ingatkan kucing tu betina rupa-rupanya jantan juga. Sama ngan Corak... Haha kesian Corak tak da pasangan. Tak pahlah xda juga nak risau kena mandulkan kalau betina. Yang lainnya Bolayt ni bulu ekornya jenis bulu panjang. Kucing kacuk kot. Nama Bolat sempena matanya yang Bulat tu...hahaha....

Lain fesyennya Bolat kalau nak berak dan kencing. Suka kencing ngan berak merata. Yang port dia palin suka kat bawah meja makan. Geram betul. Kalau Corak habis aq pukul2 punggung dia tu. Yang Bolat ni x leh pukul bab dia ni jenis lembik semacam. Huhuhu.... Cuma sekarang ni alhamdulillah dia dah reti sikit-sikit pergi tandas. Itu pun kena pantau juga sebab takut datang sewel dia p membuang merata. 

Asyik cerita sal meka tapi gambar xda..... K lah kalau cerita sal mereka memang tak habis. Mereka lah kucing-kucing kesayangan ku. Walaupun dia bukan kucing parsi atau bulu lebat tapi mereka lah penghibur yang paling aq sayang...... LOVE YOU CORAK & BOLAT...........


                                                      Corak

                                                     Bolat

                                            Gaya tidur bebas...

                                              Bergurau-gurau

                                              Bermalas-malasan

                                                Gaya bebas Corak







Friday, April 19, 2013

My Bolat buat hal....Gerrrrrrrraaaaaaaammmmmmmmmmm..........

Pagi-pagi Bolat buat hal... Geram tahap gaban dah aq ni. Macam-macam perangailah. Sapa Bolat ni? Nantilah aq cerita kat entri yang lain........ Memang sejak akhir-akhir ni Bolat suka jenguk jiran sebelah. Kadang-kadang terpergi juga kat sebelah tapi masih boleh di kesan lagi. Pagi ni betul-betul menguji kesabaran. Langsung dah x reti nak balik.......

Mula-mula ingatkan dia ada main kat dapur tapi bila jenguk dah tak da. Jenuh cari satu rumah tapi x ada juga. Jenguk kat umah jiran sebelah pun x nampak juga. Biasanya nampak je ekor dia tu. Dahlah nak kejar masa nak p kerja dia buat hal lak. Geram betullah. Terpaksalah aq tebalkan muka tuk ketuk juga pintu jiran sebelah. Dahlah jiran tu bujang lelaki.....huhuhu........

Kesian jiran tu...... Ya lah tidur kena kacau.....hahaha..... Tu pun banyak kali juga ketuk barulah dia buka...... Tapi xpa janji Bolat tu dapat balik. Buka je pintu tu jiran tu dah pegang Bolat...... Ai Bolat.... Bolat...... suka betul nak p rumah orang.........




Tuesday, April 16, 2013

Baju nikah - Bahagian ke 2 kot.....


Baju oh baju......Ari ni plan nak p hantar baju nikah. P dgn ofismate sebab butik tu dia je yg tahu. Kebetulan  My Abg x niaga so bolehlah ajak dia sekali. Butik pengantin tu namanya Rose MZ.... Ntah korang tahu or x. Butik tu xdalah besar sangat pun. Tapi masuk butik tu mmg byk bju pengantin......Dah namanya butik pengantin....hahaha.....

Masa bincang tu memang nak wat baju peplum....tapi org kat situ kata kain yg aq beli tu x boleh buat. Lagipun baju peplum ni banyak perlukan kain.Kalau 4 meter memang x cukup.Aq dah cuak dah. Nak fikir design apa pulak ni......... Bincang punya bincang tu boleh buat tapi kena tambah kain. Tanpa fikir panjang aq beli je kain yg ada kat situ.Yang penting match dengan baju tu......

 Bila tiba total berdoa dah supaya janganlah mahal sangat sebab lari budget juga ni. Sekali  tengok total baju perempuan rm 360.00.... Alahai nasiblah My Abg... sebab turn dia yang bayar upah baju. Baju pihak lelaki lak dia yang tentukan macam mana. Harga dia pun boleh tahan juga.... Rm 170.00..... So total upah baju kami rm 530.00..... betul-betul terbang duit....hahaha.......


Kalau ak cantik aq pun xtaulah nak kata apa...huhu... Apapapun kita tunggu dan lihat jelah.......










Monday, April 08, 2013

Mari membaca.....

Hari ni dapat novel dari Karya Seni..... Bukan dapat percuma tau. Kenalah beli baru dapat.Hahaha... Ok aku beli novel tajuknya "Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik". Tertarik dengan sinopsisnya.Ok jom layan sinopsisnya.........

Nura Alia seorang gadis periang yang telah jatuh cinta dengan Syed Azmi, seorang anak Datuk yang kaya dan handsome! Walaupun dia tahu Syed Azmi seorang womeniser. Nura Alia yakin bahawa lelaki itu pasti akan meninggalkan gelarn itu demi cinta mereka bersama.

Akhirny, dari cinta ia berubah benci! Syed Azmi juga hampir-hampir meragut kesucian Nura Alia. Nura Alia menyimpan dendam kesumat pada lelaki itu.

"Aku bencikan kau, Syed Azmi! Kau memang lelaki tak guna!" - Nura Alia

Demi menjalankan rancangan membalas dendamnya, Nura Alia akhirnya nekad untuk menjadi babysitter kepada  abang Syed Azmi yang autistik, Syed Azwan a.k.a Boboy, budak tak cukup seringgit yang sengal! Dalam terpaksa dia rela melayan setiap karenah Boboy.

" Boboy! Boboy memang suk menyusahkan akak, kan?! Eee.... geramnya aku!" - Nura Alian

Selama tujuh tahun, Boboy hidup di dalam dunianya sendiri. Dunia kanak-kanak autistik yang sengaja diciptakannya demi menyembunyikan sejarah silam. Sejarah silam yang membuatkan dia menyimpan rasa bersalah sehingga ke hari ini.

Namun, semuanya itu berubah apabila Nura Alia hadir dalam hidupnya. Hati Boboh berdegup lagi. Dalam diam, dia menyayangi si bsbysitternya itu.

" Kita minta maaf sebab selalu menyusahkan kakak. Kita sayangkan kakak!" - Boboy

Tapi, tiada siapa yang dapat menghalang suratan takdir. Nura Alia dan Boboy akhirnya bersatu dalam sebuah ikatan. Pada saat cinta mereka bersemi, muncul pelbagai halangan yang menggugat rasa cinta yang baru hadir itu. Masing-masing masih menyimpan banyak rahsia. Rahsia yang mampu mengundang kecewa dan duka dalam hati mereka berdua.
Rahsia siapakah yang bakal terbongkar dahulu? Apakah nasib 'cinta' yang baru bersemi dalam hati mereka itu? Adakah dari cinta sekali lagi ia akan berubah menjadi benci?

" Maafkan abang, sayang. Selama ini abang dah tipu Lia. Abang sebenarnya bukan Boboy yang autistik. Abang masih Syed Azwan yang normal. Abang......." - Syed Azwan

Macam tu lah sinopsisnya......Macam bestkan... Kira tebal juga novel ni. Genap 888 muka surat. Ntah berapa lama aku baca ni. Hahaha yalah kadang-kadang ikut mood kan. Tak pa apa-apa hasilnya nanti aku buag dekat entri yang lain k.... Selamat membaca.....













Saturday, April 06, 2013

Doorgift 2 : Macam gila nak wat paper bag...DIY......


Sekarang ni gila dan bersemangat tinggi nak buat paper bag tuk doogift.... Dalam cadangan paper bag tu untuk bagi ngan budak2 je sebab nak letak makanan ringan. Banyak juga reseacrh ngan mr.google ni..... Sampai tak tau nak buat macam mana.... Jadi rambang mata jadinya.....

 Kalau boleh nak yang cantik....simple...dan paling penting murah.....hehe. Lagipun saja nak isi masa terluang. Bosan-bosan bileh buat kan.Tapi harap-harap bukan hangat-hangat tahi ayam.Hahahaha..........Aku pun masih tak tau mau guna bahan-bahan apa. Harap-haraplah pa yang aku mau buat ni berjaya......

Paper bag.....oooooo paper bag.........















Sunday, March 31, 2013

Macam-macam aq Merepek vs Merapu......

Menaip hari ni sebab boring.....Boring kat tempat kerja....Dengan hidung yang tersumbat lagilah menambahkan ketidakadaan mood....huhu ayat dah ntah apa-apa... Hari demi hari macam banyak yang perlukan duit. Nak beli itu ini semua guna duit. Macam-macam perlukan duit.....

Bila di tempat kerja macam-macam isu... ada orang ni tak suka orang tu.... Ntahlah. Kadang-kadang macam rasa bersalah pun ada juga. Ya lah asyik bergosip sana-sini jak.... Aq biasalah dengan kebecokkan ku... Suara aq jak dengar kat ofis ni. Yang tu tak boleh di nafikan....hahaha.......

Cuma hari ni aq nak diam jak. Macam malas dah nak kutuk-kutuk orang. Ya lah xda faedahnya rasanya. Teringat kata-kata Dr. Fadilah Kamsah pagi tadi....... Kalau kita di uji oleh ALLAH pasti ada sebab... Kita kena lihat diri kita... Ada kah kita selama ni perbuatan kita dah cukup baik......Adakah amalan kita dah cukup baik...... Ya ALLAH,ampunilah dosa2ku..........

 Tinggal 8 bulan lagi..... Semoga semuanya berjalan dengan lancar... Walaupun aq takut jika perkara yang tak di ingini berlaku tetapi aq kena kuatkan hati dengan segala pa yang bakal terjadi.  Aku pasti satu perkara.... ALLAH takkan menguji hambaNYA jika DIA tahu hambaNYA tidak mampu menghadapinya...... Permudahkanlah semuanya YA ALLAH.......

Dah macam-macam dah aq merapu ni.....ntahlah.....Apa yang terlintas di fikiran semua aq nak tulis...Tapi xmampu juga sebab kalau ikutkan hati banyak yang mau aq merapu di sini...hahaa..... Ni pun aq tulis bersambung-sambung....haha....bila ada mood baru sambung. Sekarang aq habiskan..Kalau aq mau sambung lagi aq bat post lain.....



Wednesday, March 20, 2013

Door Gift.....


Dah x update.....huhu bukan pa xda story sgt..... sal kerja aq rasa aq makin xda motivasi sbb gaji x naik....waaaaa brg semua naik tp gaji xnaik2 lagi.....xda moodnya mau kerja klu begini......

Dah lari dr tajuk......cerita sal doorgift ni....ri tu p nilai 3 ngan my abg x byk sgt benda yg menarik.... Masalah kat Nilai 3 tu kedai perkahwinan jarak-jarak....so payah nak round semuanya. Tu yang leceh. My abg tu payah sikit nak ajak tengok2 barang.Lelakilah katakan..... Lagipun mood ri tu x cantik...sakit kepala...huhu.....

So bila dah fikir2 nak buat doorgift guna candy jar....skrg ni dah popular org wedding guna candy jar...... Cuma payah nak bawa balik sabah je.... Tanya akak ipar dia kata kat sana mahal. Kenalah beli kat sini juga. Tapi sekurangnya settle sal idea doorgift ni..... Boleh fokus benda lain lak pasni.... 



                                     ni candy jar yang berkenan.....





Saturday, February 02, 2013

Persiapan kahwin - Kain.......

Hari ni p cari kain baju tuk wedding.....tinggal 11bulan lagi....huhu...dah mula menghitung hari...so langkah pertama cari kain...... gara2 aq kak niza ngan kak ida terpaksa p kl ri ni......semata2 just temankan beli kain....hehe...sayang akak2 aq tu.....penasihat imej tu.....hehe.....

Misi utama p Jakel dekat masjid india tu..... ingatkan just nak servey je tapi sampai sana bila kak ida tunjukkan satu kain shiffon tu terus jatuh cinta...... kak niza pun kata ok..... belek punya belek ambil keputusan beli jelah...duit pun da naklumlah dah gaji......so ambil pakej pengantin.....total kain tu rm550 termasuk kain baju perempuan dan lelaki serta sampin sekali......kira ok lah tu....tuk upah jahit lak minta support ngan tunang aq....hehe... kain tu xlehlah kongsi sekarang nnt x surprise.....hehe

Lepas satu hal......banyak lagi sebenarnya nak buat....tp kena pelan2.... nak jahit kena minta tolong kak niza lagi bab sepupu dia da keja kat butik kajang.... nak hantar tuk jahit kena hati2....takut nnt kain kita rosak lak....huhu.... apapapun alhamdulillah dah settle satu hal.......

Sunday, January 20, 2013

Alhamdulillah......

Alhamdulillah.....tu yang mampu aq nak cakap buat sekarang ni. Hari ni aq dah jadi tunang kepada Mohd Hasbi Abd Rohin......Syukur alhamdulillah. Walaupun pertunangan ini tidak pernah di rancang tapi semuanya berjalan dengan lancar....... Terima kasih yang tak terhingga kepada family aq yang berada di sabah.

Pada mulanya, aq ingat dengan kedatangan family asbi ke sabah untuk merisik jak sebab tu langsung tak buat persiapan. Tapi abg man aq suruh asbi hantar cincin tunang sekali. Kelam kabut asbi mencari cincin petang tu juga. Nasib baik jumpa juga cincin....Kalau tak.......huhuhu.... Tapi aq rasa bersalah yg teramat dengan mak
 bapa asbi sebab semuanya jadi kelam kabut......Ntahlah......

Bermula dah aq menjadi tunangan org. Aq harap semuanya akan berjalan lancar sampai hari pernikahan kami....In shaa Allah..... Walaupun aq xda di hari pertunangan ku tetap bersyukur sebab semuanya berjalan dengan lancar....... Rasa terkilan di hati langsung xda sebab bagi aq yg penting majlis tersebut berjalan lancar dan itu dah cukup mengembirakan aq........ Syukur alhamdulillah Ya Allah......