Sunday, September 30, 2012

Mampukah aku.....

Dah terlalu lama aq x update blog aq.... Betapa malasnya aq kan... Tapi sememangnya aq malas nak tulis walaupun ada banyak benda yang berlaku. 2 minggu yang lalu aq dah beritahu mak bapa ku yang aq nak kahwin..... Perasaan yang betul2 meng "gemuruh" kan aq...Huhuhu.... Cuma ada masalah sedikit dalam hal ini. Mungkin tak dapat di kongsikan bersama. Tapi yang pastinya cukup terseksa namun apakan daya kita hanya mampu merancang ALLAH S.W.T yang menentukan. Kawan-kawan doakanlah semoga ada jodoh aq dengan Hasbi..... Perbincangan itu tertangguh lagi dan aq pun tak tahu bila lagi aq ada kekuatan untuk telefon mak bapaku... 


Perancangan tahun ni nak kahwin tak kesampaian sebab masa dah suntuk dan abang aq pun baru kahwin bulan 3 tahun ni. InsyaALLAH tahun depan....

Ok stop cerita sal kahwin ni. Lagipun baru langkah pertama. Aq pun tak berani nak cakap lebih-lebih lagi. Sekarang ni berkaitan dengan pekerjaan aq lak. Sekarang aq kena ambil ahli kerja kak Ogy memandangkan dia dah naik pangkat jadi HR Exc dan tak pasal-pasal aq kena masuk dalam bahagian akaun. Huhu mampukah aq sedangkan dalam masa yang terdekat ni aq berniat nak berhenti kerja. Aq dah pasang niat jika da HR Exc baru  masuk aq nak bla tapi jodoh pekerjaan aq di IBSB makin panjang. Ya ALLAH bagilah aq petunjuk. Andai rezeki aq masih di situ tetapkanlah hati ku dan berikanlah aq kekuatan untuk menghadapi segala kemungkinan dan betulkan niatku untuk bekerja supaya mendapat keredhaan MU dalam mencari rezeki.....amin....... 


Aq harap aq dapat betulkan niat aq yang aq bekerja kerana ALLAH S.W.T..... Masa belajar punyalah tidak suka belajar akaun... akhirnya aq masuk juga dalam dept acct... Tapi aq bersyukur juga sebab aq belajar benda yang baru. Walaupun study dalam major marketing tapi kerja dalam admin dan akhirnya acct.... Cuma aq harap aq mampu bertahan dekat IBSB kerana aq sayangkan kakak2 yang ada di situ..........